Tuesday, August 14, 2012

Ratapan Seorang Isteri


Kisah ini aku dapat daripada sharing kenalan di FB, Qaseh Hazniza. 

Sebagai seorang yang bergelar Isteri, pastinya hati aku tersentuh dan mengalir air mata ini. Kerna aku tak pernah terfikir menda-menda camni yang bakal aku hadapi, hanya tak tahu bila tapi pastinya akan tiba.

Harapan aku, biarlah aku yang pergi dulu. Kerna aku tak mampu untuk hadapi kehilangannya. Sesungguhnya seluruh kehidupanku bergantung hanya padanya.

Dari aku menutup mata hinggalah aku membuka kembali mata keesokkan harinya. Dan pastinya orang pertama yang ku cari, pastinya dia, Arjuna hatiku.

Setiap hari niatku, sebelum aku menutup mata untuk tidur, aku ingin minta maaf daripadamu. Tetapi seringkali aku tewas. Kerana aku selalu tertidur lebih awal daripadamu.

Maafkanku, Suamiku.

MadamCili Bulat

No comments:

Post a Comment