Thursday, August 16, 2012

Rencah Kehidupan : Rancang Perjalanan Balik Kampung Anda

Sana sini sibuk bercerita risau kesesakan trafik kerana orang yang tinggal di bandar akan pulang berhari raya di kampung. Aku merancang untuk balik hari Jumaat lepas habis kerja. Persiapan hampir 70%, baju2 da siap iron mlm tadi, tinggal packing je dlm beg, paling banyak baju Incik Ammar, over excited nak beraya...



So, sebelum nak memulakan perjalanan, saya nak kongsi sikit tips: 

Sebelum perjalanan
  1. Pastikan anda merancang dahulu perjalanan anda seperti bilakah tarikh dan pukul berapa anda akan bertolak. Hal ini penting bagi mengelakkan anda tidak tergesa-gesa serta dapat menghindari dari terlibat dalam kesesakan jalanraya.
  2. Bawalah kereta ke pusat servis yang bertauliah dan servislah kereta ada. Periksa komponen enjin seperti enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.
  3. Pastikan anda rehat dan tidur dengan secukupnya. Elakkan memandu selepas anda pulang dari tempat kerja. Jika anda keletihan, hal ini boleh mengganggu konsentrasi anda ketika memandu.
  4. Elakkan minum minuman keras atau mengambil ubat yang boleh member kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selesema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda.
  5. Elakkan daripada perasaan marah sebelum memulakan perjalanan. Kemarahan boleh membuatkan anda stres, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain.
  6. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.
  7. Mengisi borang balik kampung di balai polis terdekat untuk memaklumkan ketiadaan anda di rumah, jadi pihak polis boleh membuat rondaan.
Semasa perjalanan
  1. Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan nyawa. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.
  2. Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.
  3. Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.
  4. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasang lampu hadapan. Elakkan daripada memandu laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan.
  5. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat. Hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.
  6. Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memoton. Jangan menghalang kenderaan lain, kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar.
  7. Anda juga boleh melayari laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia [klik], untuk mengetahui status terkini trafik di lebuhraya yang anda lalui.


Tips untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil

  1. Jika anda mempunyai anak kecil maupun anak yang lebih besar, jangan sekali-kali meninggalkan mereka di dalam kereta tanpa pengawasan. 
  2. Jika anda menyusukan anak anda dan tidak selesa melakukannya di tempat umum, anda boleh menyusukan anak di dalam kereta. 
  3. Kemudahan menukar lampin memang jarang dijumpai (jika ada pun, ia mungkin tidak bersih sebagaimana yang anda mahukan), jadi anda juga harus menukar lampin di dalam kereta. 
  4. Hentian rehat yang besar mungkin mempunyai restoran makanan segera yang menyediakan menu kanak-kanak, tetapi kedai-kedai makan tempatan tidak akan menyediakannya. Elok juga jika anda membawa snek dan makanan anda sendiri. 

Jika berlaku kecemasan 

Programkan nombor-nombor bantuan kecemasan ke dalam telefon bimbit anda dan bawa pengecas telefon kereta anda. 

• Perkhidmatan kerosakan kecemasan Persatuan Automobil Malaysia: 03-21610808. 

• Plusronda: 1800-88-0000. (Telefon kecemasan 24 jam Plus Expressway Berhad terdapat di setiap 2km di lebuh raya). 

No comments:

Post a Comment