Monday, August 13, 2012

Zakat Fitrah 1 Kewajipan...

Alhamdulillah... 

Tahun ni Mr Papa bayar fitrah untuk kami bertiga: Papa, Mama + Incik Ammar.

Papa n Mama memang teruja sgt beraya tahun ni, jika tahun lepas Incik Ammar masih di dalam kandungan. Tahun ini da ada depan mata Papa Mama. Beraya bersama, berboria bersama.

Awal2 Papa da bayar zakat fitrah.

Sampai je rumah terus tunjuk kat Mama resit pembayaran bernilai RM7/seorang.

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat:
Bahasa -bersih suci,bertambah dan subur

Fitrah:
Bahasa -tabiat manusia yang suci bersih


Istilah syarak Zakat Fitrah
mengeluarkan makanan asasi lesbian negara dengan kadar tertentu dan diberi kepada orang tertentu dengan syarat tertentu boleh dilakukan bermula dari awal Ramadan hingga iman berdiri untuk tunaikan solat hari raya



Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.




Madam Cili Bulat

No comments:

Post a Comment