Friday, September 28, 2012

INCIK AMMAR: HELMET UNTUK BAYI... KERISAUANKU MENJADI KENYATAAN...

Aku tak sangka perkara yang selama ni bermain di fikiran menjadi kenyataan...

Malam tadi, lepas aku setelkan semua barang-barang untuk naik ke tingkat atas rumah, aku dukung Incik Ammar. Kebiasaan bila Mr Hubby ada di rumah, aku hanya bawa bakul dan Incik Ammar didukung oleh Papanya. Entah kenapa, harus aku yang mendukungnya naik.

Hingga kini, masih terbayang-bayang detik dia jatuh dari tangga paling atas rumah hingga ke pertengahan. Hampir 5 mata tangga juga. Agak tinggi. 4 kaki lebih ketinggian. Tanpa memikir keadaan diri yang sedang hamil 5 bulan, terus ku berlari 3 mata tangga hingga dapat ku capai Incik Ammar yang terbaring di tangga pertengahan. Mr Hubby yang duduk di dapur juga berlari ke mata tangga.

Tangisan... Memang tak dapat dibendung... Mungkin dia terperanjat bila aku menjerit panik memanggil namanya.


Maafkan Mama, Ammar... Mama cuai... Masa aku nak pulas pintu bilik, dia masih berdiri jauh dari tangga. Biasanya aku terus tarik dia ke bilik dan tutup pintu. Bila aku berpaling, dia dah di mata tangga ke tiga.

Ku tarik Ammar ke dakapanku dan ku peluk erat dan terus aku angkat naik ke bilik. Aku cium dia puas-puas. Aku baringkannya di tilam dan cuba redakan tangisannya.

Ketakutan menyelebungi... Ya Allah, macam dah xleh nak fikir apa. Aku tak nak terjadi apa-apa padanya. Semoga Tuhan melindunginya dan jauhinya dari sebarang malapetaka.

U, tolong ambilkan air masak, nak bagi Ammar minum. Itu je terlintas di fikiranku bila setiap kali Ammar terjatuh.

Mr Hubby pun terdiam dan ke dapur mengambil air.

Sampai sekarang masih rasa menyesal... Bila bangun pagi tadi, ada lebam di bahagian bawah kawasan matanya.

Aku rasa patut beli helmet keselamatan di dalam rumah. Semoga Ammar aktif seperti biasa dan x muntah-muntah... Minta dijauhkan...

Tapi rasa nak bawa Ammar ke hospital utk CT scan... takut ada kesan...

Thursday, September 27, 2012

INCIK AMMAR : DUIT RAYA!!!

Tahun ni first time beraya ada anak, memang seronok dan lain rasanya... Terlebih-lebih bahagia bila nak menyediakan persiapan untuknya di samping itu nak kumpul duit raya untuk Incik Ammar.

Aku tak rajin nak bawa Incik Ammar ni berjalan memandangkan Mr Hubby xnak ikut kami beraya. Alhamdulillah murah juga rezeki Incik Ammar ni...



Kali kedua mengumpul dapat masa party birthday Ammar yang lepas. Diucapkan terima kasih banyak-banyak pada yang sudi datang dan bagi hadiah.

Duit raya ni semua dah masuk ke akaun Ting Ammar. Untuk simpanannya.

Mama pun dapat juga... thanks Papa...


RENCAH KEHIDUPAN : KENAPA ALLAH MENCIPTA BAHU DAN MENGAPA TANGISAN SINONIM DENGAN WANITA???

Wanita dan tangisan tidak bisa dipisahkan... 

Bila mereka gembira, bahagia, rindu, sedih, pilu, kecewa pasti ada yang menitiskan air mata...  


Tetapi, apabila wanita menangis, dia perlukan bahu yang boleh dia menumpang meletakkan kepalanya...

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.


Tapi aku kini amat memerlukan bahu untuk aku lentukkan kepala, dan meluahkan isi hati... Yang pasti bahu yang aku perlukan amat jauh dariku kini.

Bondaku di kampung... manakala suamiku nun jauh di selatan menunaikan kewajipan kepada kerjanya.

Mak, rindunya kat mak. Kalau boleh nak duduk dekat dengan mak, tapi apakan daya kena menjalankan amanah mengikut suami.

Aku nak share satu kisah dengan kawan-kawan:

Seorang anak laki-lakikecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "



"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kalian tahu;? kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada setiap wanita yang anda kenal hari ini untuk memperingati Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan mesej ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata.



RENCAH KEHIDUPAN : KU KEHILANGAN LAGI

Waaa... rasa macam nak nangis je... Sorang sorang pergi meninggalkan aku... Sedih rasa... Selain tiada teman berbicara, aku kehilangan teman-teman yang mampu menghilangkan stress bila di office...

Adeh... pepagi dah emo n tension...


No... No... No... Oh No... 

Rakan sekerjaku, dua-dua dah pergi meninggalkan aku kembali duk sorg-sorg kat office. So kerja-kerja yang dibuat oleh 3 orang sepatutnya, kembali ke bahuku.

Hai la badan, hai la nyawa... Ya Allah berikanku kekuatan dan ketabahan mengharungi.

Buat teman-teman yang dah berjaya bertapak di syarikat lain, semoga anda maju jaya. Aku sahaja masih di sini. Menanti dan terus menanti kerja gomen yang x kunjunug tiba... Takkan macam tahun lepas plak, da sarat dengan perut muncit 9 bulan, baru dapat surat panggil temuduga PTD.

 

Hidup perlu diteruskan...


 Huh...

Wednesday, September 26, 2012

Pertanyaan Berkaitan AKIKAH


AQIQAH

APAKAH IBADAH AQIQAH?
Menyembelih haiwan pada hari ketujuh dan mencukur rambutnya (definisi menurut kitab Imam Ibnul Qayyim). Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

BILA AQIQAH DILAKUKAN?
Boleh dilakukan dari bayi baru lahir sehingga akil baligh. Afdhal/utama ialah pada hari ke tujuh kelahiran bayi itu. Rasulullah bersabda “Semua anak bayi tergadai dengan aqiqah yang pada hari ketujuh disembelih haiwan, diberi nama dan dicukur rambutnya" (Hadits Riwayat Abu Dawud 2838, Tirmidzi 1552, Ibnu Majah 3165, Ahmad 5/7-8, 17-18, 22, Ad Darimi 2/81)

APAKAH HUKUM AQIQAH?
Hukumnya sunat mu'akad (dituntut).

APAKAH NAS-NAS BERKENAAN AQIQAH?
Rasulullah bersabda “Aqiqah dilaksanakan kerana kelahiran bayi, maka sembelihlah haiwan dan hilangkanlah semua gangguan darinya" (Riwayat Al-Bukhari )

Rasulullah bersabda ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)


BERAPA BILANGAN/BAHAGIAN BINATANG UNTUK QURBAN?
Untuk bayi lelaki, 2 ekor kambing. Untuk bayi perempuan, 1 ekor kambing. 
Ini merujuk kepada riwayat daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).

Tetapi masih sah jika bayi lelaki hanya seekor kambing. Ini merujuk kepada riwayat dari Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)


SAYA TELAH MELAKUKAN IBADAH AQIQAH UNTUK ANAK LELAKI SAYA DENGAN SEEKOR KAMBING. BOLEHKAH SAYA TAMBAH LAGI SEEKOR UNTUK CUKUPKAN 2 EKOR KAMBING?
Boleh dan sah,

BOLEHKAH SAYA LAKSANAKAN AQIQAH UNTUK CUCU/SAUDARA KERANA IBU BAPANYA KURANG BERKEMAMPUAN SEWAKTU ITU?
Boleh dan sah,

BOLEHKAH SAYA MELAKUKAN AQIQAH UNTUK DIRI SAYA SENDIRI (TELAH AKIL BALIGH) KERANA DULU IBU BAPA BELUM MELAKUKANNYA UNTUK SAYA?
Boleh dan hukumnya harus.

Tuesday, September 25, 2012

INFO: BAYI 1 BULAN DIROGOL HAMPIR MATI

Zaman kian maju, tapi manusia masih tandus dengan sifat kemanusiaan. Ya Allah, x dapat dibayangkan bayi sekecil ini mampu menghadapinya.Terkenang pada anakku, aku sayang sangat kat dia. Tapi kenapa la manusia yang hampir separuh abad ni mampu menjadi binatang...


my lovely son 1 month...

LONDON: Seorang bayi lelaki berusia satu bulan berjuang untuk hidup selepas dirogol dan didera hingga menyebabkan jantungkan terhenti dan mengalami kecederaan dalaman yang teruk. Kes ini merupakan kes paling teruk di Britain berkenaan penderaan kanak-kanak. 

Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati. Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain. Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.


Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol. Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu. Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut. Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.
Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend. Jirannya berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir. Mereka disifatkan sebagai peramah. Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.
sumber : m.sullivan@the-sun.co.uk


Duit Free dari say.com, RM0.20-RM0.40 per klik

Jom Jana Pendapatan dengan SAY.COM/MY… anda akan di bayar berdasarkan pada jumlah klik link  iklan yang di berikan. Anda akan dibayar RM0.20-RM0.40 per klik .


anda boleh daftar disini


Selepas daftar ,sila semak email** anda dan verify pendaftaran anda di say.com..sila klik link yang diberikan.

**EMAIL AKAN DIHANTAR DALAM MASA 24 JAM
selepas daftar ,sila LOGIN di say.com dan pergi ke menu SPECIAL untuk mendapatkan iklan untuk dipromosi.


Thursday, September 20, 2012

Incik Ammar : Happy Birthday Sayang

19.9.2012 Cukup usia anak ku 1 tahun... 

Pada 16.9.2012 (Ahad) bersamaan 29 Syawal 1433H, aku dan Mr Hubby ada mengadakan majlis rumah terbuka dan majlis sambutan hari lahir Incik Ammar. Kami menjemput kaum kerabat, rakan-rakan sekerja dan jiran-jiran...

Ni 1st time kami buat majlis, persediaan amatlah sederhana...

Majlis bermula jam 2 petang - larut malam juga ada tetamu datang ke rumah, alhamdulillah...

Birthday Boy
Birthday Kek Ammar
Birthday Banner
Nanny with aunty Nanny
Tempat kids main-main

Antara tetamu yang hadir...
Mak & kakak Ammar


Happy Birthday To You, Sayang Mama Papa
Chef terbaik...
 





Anak Baba
Anak Papa
 

Madam Cili Bulat

PB : Permulaan Perjalanan ke Arah Kejayaan


Assalammualaikum...

Tanpa permulaan kita tiada pengakhiran. Terpulang kepada anda untuk berubah atau masih ingin duduk di takuk lama. Perjuangan demi perjuangan kita hadapi untuk memulakan penghidupan yang lebih sempurna.

Carilah titik permulaan itu agar kita mampu meneruskan perjalanan menuju kejayaan.

Ayuh kawan...

Jom kita merentasi medan perjuangan dengan semangat yang kukuh dan gitu.

Semalam 19.9.2012, aku mengambil cuti kerana kersihatan yang tidak mengizinkan. Namun, ku gagahkan juga diri untuk temujanji yang mungkin bisa MEREALISASIKAN IMPIANKU MENJADI WANITA YANG BERJAYA.

Jam menunjukkan pukul 1 lebih tika aku sampai di JJ Equine, Seri Kembangan. Langkahku menghala terus ke KFC di lantai bawah. Inilah kali pertama aku berjumpa dengan salah seorang dealer PB, 
Siti Rahmah Asari[klik link].


Seronok... Teruja... Pastinya...

Banyak ilmu dikongsi... Akan ku simpul keputusan selepas berbincangan dengan Mr Hubby. Berikanku masa dan ketenangan untuk mengorak langkah perjuangan ke arah kejayaan.


Salmeza Salih

Friday, September 14, 2012

Incik Ammar : Ciri birit (DIARRHOEA) di Kalangan Bayi & Kanak - kanak

Sekadar ingin berkongsi kisah sedih. Baru-baru ini Incik Ammar kena cirit birit yang teruk, hampir 5 hari cirit birit, 6 kali buang air besar 1 hari sampai melecet punggung dan kawasan kemaluan. Sebagai ibu, memang aku tak sampai hati dan sedih sangat. Setiap kali cuci pungggung, pasti dia menjerit menangis kesakitan. Hati ibu mana yang mampu menahan hinggakan aku juga turut menangis.

Semuanya mungkin disebabkan pemakanan. Seingat aku hari Ahad tu, Mr Hubby bagi Incik Ammar merasa nasi minyak dan cupcakes ketika majlis perkahwinan sepupuku.

2 kali aku bawa Incik Ammar ke klinik yang sama untuk mendapatkan rawatan. Kali pertama, Doktor hanya berikan serbuk garam dan ubat kembung perut, setelah 3 hari tak sembuh sekali lagi aku pergi ke klinik, dan doktor berikan antibiotik dan ubat cirit birit. Keesokkan harinya keadaan Incik Ammar bertambah pulih. kurang membuang air besar.

Cabaran dan dugaan sepanjang minggu itu memandangkan Mr Hubby di tugaskan ke selatan tanah air setiap minggu. Aku amalah takut kerana cirit birit ini bersangkut paut dengan VIRUS ROTA yang mampu membunuh. Tapi menurut doktor, pemerhatian yang dibuat ke atas Incik Ammar, dia masih aktif seperti biasan dan tidak kekurangan air. tak ada nampak simpton2 VIRUS ROTA menyerang. Alhamdulillah...


So nasihat saya, tolong sangat2 perhatian pemakanan anak-anak.

Photoshoot Syawal bersama Adinda Boutiques

Selesai Majlis Rumah Terbuka, hujung minggu lepas, kami bergegas ke Serdang Jaya untuk sesi photoshoot Syawal yang telah dijanjikan. Pakej ditawarkan sangat murah RM50/sesi. Masa n gambar yang diberi unlimited.

Pihak Adinda Boutiques memang terbaik la. Sangat sporting, sampai suruh  kami buat pelbagai aksi mengikut keselesaan dan kehendak kami. So apa lagi, kami amik peluang yang diberi dengan baik.

Posing sana, posing sini... Sampai Incik Ammar x larat nak melayan kami. Ceh over plak Papa Mama ni. Hehe...

Last-last Incik Ammar main sensorang sampai dok tergolek... Muka nak nangis, tapi ketawa... Then nangis pi cari Papa. Hehe. Cian dia...








Sangat seronok... Tahun depan kita buat lagi ye, Papa. Tapi berempat pula...

Incik Ammar : Check List Birthday Party 1st Ammar

Wa... da setahun... jap je anak Mama ni besar... Huwa, pening juga kepala nak buat majlis hari lahir ni ye... Adoi... Pepun kena buat senarai gak supaya bajet x melebihi paras membazir... Birthday party sekali open house juga.

MAJLIS HARI LAHIR

  • Kek : Bajet RM100 tapi dapat RM80. Tema football. Setaman je. [order dengan FIZA ON-9 Boothleh klik link. 
  • Hadiah Ammar : Bajet RM100 je [ni mama papa kongsi ye]
  • Banner Birthday : [Bajet RM50 tapi dapat RM35 with Imtiaz Digital]
  • Snack, coklat untuk kids souvenir : Bajet RM150, beli punya beli dapat RM100 termasuk plastik]
  • Belon dan topi : beli sekali dengan snack
  • Souvenir utk org dewasa : cawan seramik
  • Sampul duit raya [sambutan ini nak buat pada hari last raya]
  • Kanopi / Meja / Kerusi : pinjam dengan persatuan penduduk dan jiran


PERKAKASAN 

Memandangkan kami kurang membeli barang keperluan rumah, jadi untuk majlis ini, apa yang perlu di beli / dipinjam:

  • Bekas air minuman. [Cam ada kepala paip tu]
  • Bekas makan
  • Cawan/mangkuk/pinggan/sudu/garfu plastik [sebab kelengkapan x cukup]
  • Plastik sampah
  • Apron [papa akan jadi chef ala cart. so kena sediakan apron utk papa]
  • Kuali [papa da beli sebab papa memang suka masak. so dapat jimat]
  • Periuk [pinjam aunty je]
  • Dapur masak [pinjam mak]
  • Sudip : Bajet RM20 tapi dapat RM15]

MENU MASAKAN 

Bajet untuk beli barang masakan RM400. Ti akan diupdate berapa total sebenar.

  • Mee goreng [chef papa akan masak bila ada permintaan dari tetamu, ewah...]
  • Soto nasi / bihun
  • Tembikai / orange
  • Air Ribena / Teh ais 
  • Nugget / Sosej
  • Kuih muih ala kampung : kuih bakar [minta sponsor aunty]
  • Kuih / kerepek raya
  • Dadih [guna skill yang ada sebagai peniaga dadih sebelum berkahwin].
Semoga apa yang dihajati untuk majlis ini akan jadi yang terbaik.

Monday, September 10, 2012

Rencah Rumahtangga : Open House 2012

Hujung minggu lepas aku penuhi dengan undangan majlis rumah terbuka daripada kenalan terdekat.

Sabtu 
X keje, so leh bangun lewat sikit. Just kena ikut husband pi keje memandangkan pada hari yang sama ada open house rumah boss husband. Sepanjang tunggu keje tu, aku tumpang umah kawan husband. Ammar memang x reti duk diam, aku rasa lemas. suruh tidur xmau. Last2. mesej Mr Hubby, kalau habis keje cecepat jemput. X larat nak menjaga sorg2.

Belum Mr Hubby ambil, Ammar main tepi tangga, ada cawan Seramik milik aunty kawan husband. Pecah berderai. Aku dah cuak giler... Huwa... Napa ammar buas sangat nih. Huhu... Serpihan seramik, ammar amik n masuk mulut, berdarah lah tepi bibirnya bila ada adegan tarik menarik dengan aku. Nasib baik x serius.

Hubby sampai je cecepat aku bersiap. Sebelum pi open house, ku singgah di kedai pemborong snek utk majlis di rumah kami minggu depan.

Ahad
Seawal jam 7.30 pagi dah keluar rumah, mencari sarapan. Destinasi ditujui kedai mamak di Puchong Utama. Menu pilihan adalah nasi lemak goreng pisang, roti telur dan untuk Ammar putu mayam je...


Incik Ammar yang dah x sabar nak keluar pi breakfast. Time ni baru pukul 7.30am. 


Mama, Abang nak keluar... Amboi-amboi cam tau2 je...


Bosan sudah menunggu makanan...


Muke toye ...


Cepat le mamak ni...


Ni da siap nak pi open house pula di rumah aunty Mama [ mama angkat Papa ]. Jangan noty-noty ye Ammar. Kebiasaan aku ajar, setiap kali keluar nak pi umah orang, aku selalu pesan kat Incik Amaar, jangan noty-noty, kita nak pi umah orang. Kalau kita noty, orang tak sayang...


Ok Mama, ready...


Birthday Dani (4 tahun) & Nia (2 tahun)


Cupcakes & Snek...