Friday, September 14, 2012

Incik Ammar : Check List Birthday Party 1st Ammar

Wa... da setahun... jap je anak Mama ni besar... Huwa, pening juga kepala nak buat majlis hari lahir ni ye... Adoi... Pepun kena buat senarai gak supaya bajet x melebihi paras membazir... Birthday party sekali open house juga.

MAJLIS HARI LAHIR

  • Kek : Bajet RM100 tapi dapat RM80. Tema football. Setaman je. [order dengan FIZA ON-9 Boothleh klik link. 
  • Hadiah Ammar : Bajet RM100 je [ni mama papa kongsi ye]
  • Banner Birthday : [Bajet RM50 tapi dapat RM35 with Imtiaz Digital]
  • Snack, coklat untuk kids souvenir : Bajet RM150, beli punya beli dapat RM100 termasuk plastik]
  • Belon dan topi : beli sekali dengan snack
  • Souvenir utk org dewasa : cawan seramik
  • Sampul duit raya [sambutan ini nak buat pada hari last raya]
  • Kanopi / Meja / Kerusi : pinjam dengan persatuan penduduk dan jiran


PERKAKASAN 

Memandangkan kami kurang membeli barang keperluan rumah, jadi untuk majlis ini, apa yang perlu di beli / dipinjam:

  • Bekas air minuman. [Cam ada kepala paip tu]
  • Bekas makan
  • Cawan/mangkuk/pinggan/sudu/garfu plastik [sebab kelengkapan x cukup]
  • Plastik sampah
  • Apron [papa akan jadi chef ala cart. so kena sediakan apron utk papa]
  • Kuali [papa da beli sebab papa memang suka masak. so dapat jimat]
  • Periuk [pinjam aunty je]
  • Dapur masak [pinjam mak]
  • Sudip : Bajet RM20 tapi dapat RM15]

MENU MASAKAN 

Bajet untuk beli barang masakan RM400. Ti akan diupdate berapa total sebenar.

  • Mee goreng [chef papa akan masak bila ada permintaan dari tetamu, ewah...]
  • Soto nasi / bihun
  • Tembikai / orange
  • Air Ribena / Teh ais 
  • Nugget / Sosej
  • Kuih muih ala kampung : kuih bakar [minta sponsor aunty]
  • Kuih / kerepek raya
  • Dadih [guna skill yang ada sebagai peniaga dadih sebelum berkahwin].
Semoga apa yang dihajati untuk majlis ini akan jadi yang terbaik.

No comments:

Post a Comment