Friday, September 14, 2012

Incik Ammar : Ciri birit (DIARRHOEA) di Kalangan Bayi & Kanak - kanak

Sekadar ingin berkongsi kisah sedih. Baru-baru ini Incik Ammar kena cirit birit yang teruk, hampir 5 hari cirit birit, 6 kali buang air besar 1 hari sampai melecet punggung dan kawasan kemaluan. Sebagai ibu, memang aku tak sampai hati dan sedih sangat. Setiap kali cuci pungggung, pasti dia menjerit menangis kesakitan. Hati ibu mana yang mampu menahan hinggakan aku juga turut menangis.

Semuanya mungkin disebabkan pemakanan. Seingat aku hari Ahad tu, Mr Hubby bagi Incik Ammar merasa nasi minyak dan cupcakes ketika majlis perkahwinan sepupuku.

2 kali aku bawa Incik Ammar ke klinik yang sama untuk mendapatkan rawatan. Kali pertama, Doktor hanya berikan serbuk garam dan ubat kembung perut, setelah 3 hari tak sembuh sekali lagi aku pergi ke klinik, dan doktor berikan antibiotik dan ubat cirit birit. Keesokkan harinya keadaan Incik Ammar bertambah pulih. kurang membuang air besar.

Cabaran dan dugaan sepanjang minggu itu memandangkan Mr Hubby di tugaskan ke selatan tanah air setiap minggu. Aku amalah takut kerana cirit birit ini bersangkut paut dengan VIRUS ROTA yang mampu membunuh. Tapi menurut doktor, pemerhatian yang dibuat ke atas Incik Ammar, dia masih aktif seperti biasan dan tidak kekurangan air. tak ada nampak simpton2 VIRUS ROTA menyerang. Alhamdulillah...


So nasihat saya, tolong sangat2 perhatian pemakanan anak-anak.


APA ITU DIARRHOEA?

Cirit-birit adalah penyakit yang biasa terdapat dikalangan kanak-kanak terutamanya yang dibawah lingkungan umur dua tahun. Penyakit ini biasanya bermula dengan muntah-muntah diikuti dengan cirit. Najis yang keluar biasanya cair tetapi adakalanya bercampur denag darah. Demam selalunya tidak ketara. Penyakit ini lazimnya berakhir dalam beberapa hari tetapi adakalanya berterusan hungga berminggu-minggu.

 Penyakit cirit-birit masih merupakan satu punca kematian bayi yang utama dinegara ini dan juga diseluruh dunia terutamanya dinegara-negara yang sedang membangun.  Keadaan yang ada kaitan dengan tingginya kadar penyakit cirit-birit ialah taraf sosio-ekonomi yang rendah, ketiadaan bekalan air yang bebas dari kuman-kuman bakteria (sanitary water supply) serta persekitaran yang kotor.
PUNCA DIARRHOEA?
Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. 


Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurnaselesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu. 


TANDA- TANDA DIARRHOEA?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh memanggil pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan pengambilan cecair atau kehilangan cecair seperti yang berikut: 


• kulit atau bibir kering; 
• lemah lesu; 
• menangis tanpa air mata; 
• ubun-ubun yang menurun; 
• tangan dan kaki pucat; 
• air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang dari yang biasa. 

LANGKAH PENCEGAHAN

Anda seharusnya berbincang dengan doktor jika anak anda: 


• tak mahu minum; 
• demam lebih dari 24 jam; 
• terdapat darah dalam najisnya; 
• tercirit-birit bersama muntah-muntah lebih dari 24 jam; 
• perutnya kembong buncit. 

GEJALA RINGAN PEMBAWA MAUT ANAK ANDA : ROTAVIRUS

Pemberian Vaksin Rotavirus
Rotavirus
Sampel partikel rotavirus yang diambil daripada tubuh manusia
AWAL tahun lalu, negara digemparkan dengan kematian dua kanak-kanak di Tapah, Perak akibat Rotavirus yang disebarkan melalui air menyebabkan Akut Gastroenteritis (AGE). Simptom awal yang berlaku kepada kanak-kanak berkenaan adalah muntah, cirit-birit, demam dan mengalami dehidrasi teruk.

Tiada siapa menyangka simptom ‘ringan’ itu sebenarnya mampu membawa maut, terutama kepada kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Perunding Perubatan Pediatrik, Gastroenterologi dan Hepatologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Chan Pei Fan berkata, Rotavirus adalah penyebab utama kes dehidrasi dan cirit-birit teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak, sama ada di negara membangun mahupun maju.


“Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah berjangkit dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari atas objek keras dan kering. 
“Ia mudah merebak melalui air dan sangat cepat. Secara spesifik, ia adalah punca hampir separuh kes cirit-birit serius di kalangan kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di ibu negara, baru-baru ini.

Di kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun pula, Rotavirus menyebabkan 125 juta kejadian gastroenteritis yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, dua juta dimasukkan ke hospital dan 440,000 kematian hampir setiap tahun.

Chan berkata, Rotavirus memiliki lima strain (keturunan) merangkumi G1, G2, G3, G4 dan P1. Strain ini diketahui menyebabkan 90 peratus jangkitan Rotavirus yang dikesan pada kanak-kanak seluruh dunia dari 1989 hingga 2004.

Lazimnya, bayi dan kanak-kanak adalah golongan paling terdedah pada jangkitan Rotavirus kerana tabiat suka memasukkan jari atau mainan ke mulut.

“Jangkitan biasanya berlaku apabila kanak-kanak minum air atau makan makanan yang dicemari. Malah, ia boleh berlaku melalui permukaan atau mainan yang dicemari Rotavirus. "Rotavirus boleh dipindahkan daripada seorang pesakit kepada pesakit lain atau melalui makanan. Kadangkala kanak-kanak yang kerap memasukkan mainan atau tangan ke mulut juga boleh berdepan risiko Rotavirus.

“Apabila kanak-kanak itu kerap muntah dan cirit-birit secara serentak, dia berisiko mengalami dehidrasi dan tentunya bahaya. Jika tidak menerima rawatan sepatutnya, dia boleh meninggal dunia,” katanya. Meskipun ada yang terfikir membasuh tangan adalah jalan paling selamat dan mudah mengelak virus ini, Chan berkata, jawapannya ya dan tidak.

Ini kerana Rotavirus tahan lasak dan ada kalanya membasuh tangan saja tidak mencukupi. Malah, jangkitan boleh berlaku di kawasan bersih. Beliau juga menolak tanggapan bahawa Rotavirus hanya berlaku di kalangan negara membangun. Hakikatnya, ia turut berlaku di negara maju.

“Ia berlaku di negara maju dan membangun tanpa mengira tahap kebersihan dan sanitasi. Kebanyakan kanak-kanak akan mengalami jangkitan Rotavirus sekurang-kurangnya sekali sebelum usianya lima tahun. Manakala majoriti kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus pula seawal usia enam hingga 24 bulan,” katanya.

Secara global, sebelum umur lima tahun, lebih 95 peratus kanak-kanak menderita penyakit Rotavirus. Malah di negara-negara membangun, cirit-birit dan muntah akibat rotaviras membunuh kanak-kanak hampir setiap minit.

Sementara itu, Pengarah Unit Pediatrik dan Neonatal (jangkitan penyakit dan kajian klinikal) Universiti Padova, Itali, Profesor Carlo Giaquinto berkata, kini pelbagai rawatan boleh didapati, termasuk vaksin, bagi mencegah Rotavirus.

“Di kalangan negara maju, banyak menggunakan alternatif vaksin sebagai pencegahan awal virus ini. Misalnya Finland, Austria, Jerman dan Sepanyol, yang mana mereka tidak dikenakan sebarang caj untuk tujuan berkenaan.

“Cara hidup kita sangat berbeza dengan dulu. Harus diingat, Rotavirus tiada musim untuk menyerang kerana ia boleh berlaku bila-bila saja. “Ramai juga yang menyangka Rotavirus adalah penyakit baru, namun sebenarnya ia wujud sejak 1973 dan ditemui di Australia buat kali pertama,” katanya.

INFO


  • Ditemui kali pertama di Australia pada 1973.
  • Boleh tersebar menerusi air.
  • Ia boleh hidup di atas tangan manusia dan mampu bertahan beberapa hari atas permukaan keras.
  • Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia sehingga seminggu.


    Simptom terkena jangkitan Rotavirus
  • Muntah, cirit-birit dan demam berpanjangan.
  • Tekanan darah dalam badan menurun.


    Simptom
  • Jika tubuhnya tidak boleh menerima sebarang cecair lebih daripada 24 jam.
  • Jika dia mengalami dehidrasi.
  • Jika dia muntah lebih daripada tiga jam.
  • Jangan beri dia sebarang ubat untuk memberhentikan cirit-birit, kecuali atas arahan doktor.


    Langkah elak Rotavirus
  • Sentiasa basuh tangan sebelum menyentuh makanan.
  • Masak air sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum.
  • Elakkan berkongsi makanan dengan pesakit Rotavirus.
  • Orang ramai disaran memasak air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan.
  • No comments:

    Post a Comment