Friday, September 28, 2012

INCIK AMMAR: HELMET UNTUK BAYI... KERISAUANKU MENJADI KENYATAAN...

Aku tak sangka perkara yang selama ni bermain di fikiran menjadi kenyataan...

Malam tadi, lepas aku setelkan semua barang-barang untuk naik ke tingkat atas rumah, aku dukung Incik Ammar. Kebiasaan bila Mr Hubby ada di rumah, aku hanya bawa bakul dan Incik Ammar didukung oleh Papanya. Entah kenapa, harus aku yang mendukungnya naik.

Hingga kini, masih terbayang-bayang detik dia jatuh dari tangga paling atas rumah hingga ke pertengahan. Hampir 5 mata tangga juga. Agak tinggi. 4 kaki lebih ketinggian. Tanpa memikir keadaan diri yang sedang hamil 5 bulan, terus ku berlari 3 mata tangga hingga dapat ku capai Incik Ammar yang terbaring di tangga pertengahan. Mr Hubby yang duduk di dapur juga berlari ke mata tangga.

Tangisan... Memang tak dapat dibendung... Mungkin dia terperanjat bila aku menjerit panik memanggil namanya.


Maafkan Mama, Ammar... Mama cuai... Masa aku nak pulas pintu bilik, dia masih berdiri jauh dari tangga. Biasanya aku terus tarik dia ke bilik dan tutup pintu. Bila aku berpaling, dia dah di mata tangga ke tiga.

Ku tarik Ammar ke dakapanku dan ku peluk erat dan terus aku angkat naik ke bilik. Aku cium dia puas-puas. Aku baringkannya di tilam dan cuba redakan tangisannya.

Ketakutan menyelebungi... Ya Allah, macam dah xleh nak fikir apa. Aku tak nak terjadi apa-apa padanya. Semoga Tuhan melindunginya dan jauhinya dari sebarang malapetaka.

U, tolong ambilkan air masak, nak bagi Ammar minum. Itu je terlintas di fikiranku bila setiap kali Ammar terjatuh.

Mr Hubby pun terdiam dan ke dapur mengambil air.

Sampai sekarang masih rasa menyesal... Bila bangun pagi tadi, ada lebam di bahagian bawah kawasan matanya.

Aku rasa patut beli helmet keselamatan di dalam rumah. Semoga Ammar aktif seperti biasa dan x muntah-muntah... Minta dijauhkan...

Tapi rasa nak bawa Ammar ke hospital utk CT scan... takut ada kesan...


Sedikit Info Mengenai Kecederaan Kepala Kanak-kanak:


3 comments: