Monday, October 29, 2012

TIPS MENDIDIK ANAK SUPAYA TIDAK MEMUKUL

Anak-anak kecil dibawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak menda
pat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?

Pertama - Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.

Kedua - Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu barang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.

Ketiga - Teruskan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.

Keempat - Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.

Kelima - Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.

Keenam - Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.

Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia. Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.

Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, Perangai dan akhlak tetap mulia.


JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu 

Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.



Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.



Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Harap dapat la terap kan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak.. Wallahualam.

Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

















Saya dengan rasa penuh kesyukuran ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat warga Malaysia dan Dunia...

Bersama-sama kita menikmati erti pengorbanan...

Raya ni x balik kampung memandangkan lagi 2 minggu nak balik ke Kedah. So persediaan dari segi fizikal dan kewangan perlu dititikberatkan...

Memandu dengan cermat, Ingatlah orang yang tersayang...

INCIK AMMAR : MY NEW SHOES

Budak kaki cute yang besar... Baru setahun 1 bulan, tapi susah banget nak cari kasut dengan saiz 23cm yang ngam dengannya. Huwa... Sedey betul la anak Mama ni... Nak gigit je kakinya yang montok tu...

Semalam sempat gi pasar malam memandangkan dah pi cari kasut atau sandal yang sesuai dengan kakinya. Sampai ke Plaza Alam Sentral Shah Alam minggu lepas mencari kasut atau sandal. Tapi x jumpa yang sesuai. 

Apa pesen kaki le Abang Ammar Oi...

Hehe... 

Balik je dari pasar malam terus tunjuk sandal baru padanya... jom layan reaksi nya yang cute...


trus nak try bila mama hulur kasut kat dia...


belek-belek kasut merah bertanduk


sangat menghargai pemberian Mama... 



Thanks Mama, Abang sayang Mama

Dahi dia bertanda putih tu sebab letak kapur makan... Lebam... Jatuh dari katil sebab lompat-lompat dan terlajak...

Wednesday, October 24, 2012

TERINGIN NAK BOOT COMEL...


Musim dingin cam ni, teringin nak beli boot camni... Comel kan... Huwa... 

Boleh pakai buat pi cameron nnt, sure segak... Tapi nak cari katne...

Ada ke sesiapa jual...???

Kalau orang mengidam makanan time preggy, aku plak mengidam la sangat nak  pakai boot ni...

Sape sudi tolong cari... Hehe...

Warna apa ek lawa... cam rambang mata je kan...

Aku  minat warna khaki tu...

Pe pendapat korang???

Tuesday, October 23, 2012

DIARI KEHAMILAN : PENAWAR SEGALA PENYAKIT ~ DARAH TALI PUSAT

DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB

Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.

Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.

?esedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu keajaiban darah tali pusat kerana jika diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga RM250 setahun, katanya.

Dari segi perubatan, tubuh manusia memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.

Sel stem adalah sel kosong. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat istimewa.

Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu mengelakkannya matang dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli keluarganya di masa hadapan.

Dari mana datangnya sel stem embrio? Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima hari, pembentukan ?lastocyst? terjadi. ?lastocyst? lebih kecil daripada pasir dan mengandungi dua sel, ?rophoblast? dan ?nner cell mass?. Sel stem embrio adalah sel yang membentuk ?nner cell mass?.

Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.

Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4.5 peratus penduduk Malaysia adalah pembawa.

?eperluan pemindahan darah sangat mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya ada menyimpan darah tali pusat,? katanya.

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul (disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat.

Begitupun, keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan terhadapnya saja.

Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga bergantung pada ?eserasian? penderma-penerima, jumlah sel stem yang ada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi seseorang.

Zahrein berkata, di StemLife kos penyimpanan darah tali pusat pada kadar RM2,500 untuk proses pendaftaran, ujian, pemprosesan dan penyelenggaraan manakala RM250 untuk tahun kedua dan seterusnya. Jumlah itu katanya, lebih murah jika dihitung dengan harga segelas teh tarik yang dinikmati rakyat Malaysia saban pagi.

Jenis Sel Stem

a) Sel stem totipotent boleh menjadi apa saja jenis sel dalam tubuh termasuk placenta.

b) Sel stem pluripotent - terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penyuburan boleh menjadi apa saja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel placenta.

c) Sel stem multipotent warisan daripada sel setm pluripotent dan sel lain dalam tisu.

d) Sel progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem

* Barah darah
* Penyakit darah (talasemia)
* Penyakit metabolik
* Keimunan
* Jantung
* Diabetes
* Parkinson

Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?

* Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.

* Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi

* Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah

INFO:

Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.

Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.

Jika anda ingin menderma sel stem darah tali pusat bayi anda, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara. Sekiranya ingin menyimpannya untuk kegunaan peribadi ada dua bank swasta yang boleh anda hubungi.

DIARI KEHAMILAN II : TANDA HAMIL BAYI LELAKI DAN BAYI PEREMPUAN

Memang berbeza rasanya mengandungkan anak-anak... Pelbagai ragam dan karenah diri... tapi inilah masanya untuk bermanja dengan Mr Hubby...


TANDA HAMIL BAYI LELAKI


• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh

• perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
• sukakan makanan yang masam dan masin
• suka makan daging dan keju
• tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala


TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN

• mengalami morning sickness di awal kehamilan

• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
• sukakan buah-buahan
• suka minum air atau jus yang bersifat masam
• anda lebih cerewet semasa hamil
• mudah moody berbanding sebelumnya
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
• tidak suka makan roti bersama kulitnya
• mengalami sakit pinggang yang teruk
payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur





Monday, October 22, 2012

Diari Kehamilan II : Insurans Melindungi Darah Tali Pusat




Dengan PruBSN SmartLink, anda layak menerima diskaun yuran pendaftaran sebanyak 20 peratus untuk pakej darah tali pusat. Tawaran ini terhad, jadi jangan tunggu lama untuk buat keputusan yang betul.
Jika anda hamil 20 minggu dan berusia di antara 19 hingga 45 tahun, anda boleh memiliki pelan bijak ini.PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan hinggalah dia dilahirkan. Malah, bayi anda juga akan menerima manfaat-manfaat selepas lahir yang membantu dia membesar dengan sihat dan bijak.
Nantikan artikel seterusnya mengenai komplikasi mengandung serta bersalin dan ketahui lebih lanjut bagaimana PruBSN SmartLink dapat memberi perlindungan kesihatan dan perubatan untuk bayi anda.
Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh didapati di sini. Anda juga boleh menghubungi 03-2053 7188 atau e-mel kepada customer@prubsn.com.my untuk sebarang pertanyaan. Sila nyatakan 'Pa&Ma'dalam komunikasi anda kepada PruBSN...

Diari Kehamilan II - Penyimpanan Darah Tali Pusat Bayi

Atas kesedaran tentang pentingnya darah tali pusat dan kemampuannya menyelamatkan nyawa manusia, ramai ibu bapa turut memasukkan proses penyimpanan darah tali pusat bayi baru lahir mereka dalam senarai semak persiapan menyambut bayi baru. Tetapi kosnya mungkin tinggi bagi sesetengah pihak.

Sejak mengandungkan Incik Ammar dulu aku memang da lama simpan angan-angan nak buat simpanan darah tali pusat... Pelbagai info aku survey nak dapatkan maklumat.




Tahukah anda bahawa darah tali pusat boleh menyelamatkan anda, keluarga anda ataupun ramai orang lain? Tahukah anda ianya bernilai puluhan ribu ringgit? Malah untuk mencari darah yang “matching” dengan darah anda boleh mencecah ratusan ribu ringgit?
Apakah darah tali pusat atau biasa disebut sebagai “Stem Cells”?
Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong.Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja. menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.
Apakah “stem cells?
Stem Cells ialah “master cells” kerana dari “sel master” inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Stem cell yang ada di dalam “tali pusat” ini adalah “building blocks” kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada:
  • Sel Darah Merah
  • Sel Darah Putih
  • Platelets (Sel yang akan memulihkan kecederaan)
Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu, ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. Terdapat dua punca utama untuk sel stem:
Sel Stem Dewasa
Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).
Sel Stem Embrionik
Sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik. Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak kanak.
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:
  • Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.
  • Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
  • Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
  • Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.
  • Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Soalan Lazim Mengenai Bank Tali Pusat/Cord Blood Bank
Apakah tujuan adanya bank darah tali pusat (cord blood bank)? Adakah kerajaan memberi kemudahan simpanan darah tali pusat?
Kini, tumpuan yang besar diberikan kepada usaha menemui dan memperkembangkan suatu punca tetap sel yang mampu menjana jenis-jenis sel yang pelbagai. Ia juga bertujuan mengelakkan masalah penolakan tisu transplantasi (pemindahan).
Sel-sel tersebut yang dikenali sebagai sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia.
Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu, ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik (HSC). Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak-kanak.
Transplantasi darah tali pusat pertama berjaya dilakukan 16 tahun yang lalu. Sejak itu, lebih daripada 3,000 transplantasi sudah dilakukan di seluruh dunia. Hanya sebilangan kecil transplantasi dilaporkan di kalangan orang dewasa.
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:
  • Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.
  • Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
Kini, tiada panduan yang rasmi di Malaysia tentang isu kutipan dan penyimpanan darah tali pusat untuk transplantasi pada masa depan.
Pusat Darah Negara sejak beberapa tahun dahulu telah mengutip dan menyimpan darah tali pusat sebagai projek Bank Darah Tali Pusat Nasional yang tidak bertujuan mendapat untung. Doktor-doktor boleh melakukan carian di senarai penderma awam untuk mendapat sampel daripada orang yang bukan saudara pesakit sebagai punca alternatif bagi transplantasi sel stem.
Isu ini bertambah rumit dengan adanya bank darah tali pusat swasta yang membuat tuntutan kesihatan tanpa sokongan fakta perubatan. Akademi Pediatrik Amerika Syarikat memberi amaran bahawa keluarga mudah terpedaya dengan aktiviti “pemasaran emosi” apabila anak mereka baru lahir.
Kemungkinan untuk seorang anak menghidap suatu penyakit yang memerlukan transplantasi darah tali pusat masih belum dikenal pasti. Tiada anggaran tepat untuk kebarangkalian seorang anak memerlukan sel-sel sendiri yang disimpan. Tekaan yang paling hampir untuk keperluan ini adalah 1 dalam setiap 1,000 hingga 1 dalam 200,000 kes. Anggaran ini menunjukkan bahawa keperluannya amat kecil untuk seseorang menggunakan sel-selnya yang disimpan.
Petunjuk saintifik untuk kutipan dan simpanan darah tali pusat amat sedikit dan kecil. Keluarga yang mempunyai penyakit genetik yang boleh dirawat dengan transplantasi sel stem harus mengutip dan menyimpan darah tali pusat setiap anaknya. Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
  • Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.
  • Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Penyimpanan darah tali pusat oleh bank tali pusat swasta berdasarkan premis bahawa sel-sel disimpan untuk digunakan oleh ahli-ahli keluarga dan khususnya untuk anak tersebut sendiri (transplantasi autologus).
Transplantasi autologus menimbulkan masalahnya yang tersendiri kerana sel-sel stem seseorang mungkin tidak dapat mengubati patologi yang menyebabkan penyakit tersebut. Dalam kes leukemia dan penyakit kongenital seperti Talasemia dan Anemia Fanconi, memindahkan sel-sel sendiri dengan gen dan struktur imun yang cacat (dan menjadi punca penyakit tersebut) adalah kurang logik kerana ia akan “memulangkan” penyakit tersebut kepada diri sendiri.
Jumlah darah tali pusat yang dikutip pada waktu lahir, iaitu 80-100ml memadai untuk bayi atau si anak kecil. Bilangan sel stem tidak mencukupi sekiranya si bayi memerlukannya pada masa depan di alam remaja dan dewasa.
Oleh itu, konsep “insurans biologi” yang kerap dipromosikan oleh bank tali pusat swasta tidak tepat dan tidak kukuh. Perkiraan aktuari menunjukkan bahawa kemungkinan sel-sel tersebut akan digunakan sangat rendah. Dan juga, keperluan seseorang untuk ditransplantasi dengan darah tali pusatnya sendiri amat kecil.
Sebaliknya, penyimpanan darah tali pusat awam harus diperluaskan bagi kebaikan orang ramai. Kutipan darah tali pusat yang altrusitik (yang menguntungkan orang ramai) dan pendermaan khusus untuk keluarga berisiko tinggi harus digalakkan. Bank Darah Tali Pusat Nasional telah ditubuhkan untuk mencapai objektif-objektif ini tanpa kos. Di samping menyimpan darah tali pusat untuk penggunaan sendiri, orang lain yang memerlukan darah tali pusat boleh memanfaatkannya melalui transplantasi alogenik (berbeza dari segi genetik).

Saturday, October 20, 2012

DIARI KEHAMILAN II: KEPUTIHAN KETIKA HAMIL


Adakah anda perasan yang anda mempunyai lelehan faraj yang berlebihan semasa hamil? Jangan bimbang, keadaan ini adalah normal.
Lelehan faraj normal atau vaginal discharge akan kelihatan agak keputihan, tidak berbau atau sedikit berbau. Walaupun ia mengalir dengan kuantiti yang lebih banyak semasa hamil, ia kelihatan seperti lelehan yang keluar beberapa hari sebelum anda datang haid. Hormon estrogen yang banyak dikeluarkan oleh uri dan bertambahnya aliran darah disekitar faraj adalah punca kepada fenomena ini.
Anda akan dapati ia akan bertambah dengan banyak sepanjang kehamilan anda. Pada saat-saat akhir kehamilan, anda mungkin akan mengeluarkan plug mukus yang tebal yang membawa isyarat yang kelahiran sudah dekat.

Apa yang perlu saya buat?

Anda boleh gunakan pantiliner sekiranya ia terlalu banyak dan anda merasa selesa. Pastikan kawasan faraj bersih, gunakan alat pencuci yang sesuai dan sapu kering dari depan kebelakang.
Jangan gunakan:
  • Tampoon
  • Sabun yang berbau harum
  • Pad yang harum
  • Kertas tandas
  • Douching
  • Seluar ketat

Adakah saya mengalami jangitan faraj?

Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur, atau anda mengalami kemerahan, kekeringan atau kegatalan, kemungkinan anda mengalami jangkitan. Keputihan yang berupa seperti keju mungkin menunjukkan anda mengalami jangkitan kulat. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya anda fikir yang anda mengalami jangkitan faraj. 


Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri.

Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.
Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau.
Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.
Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa bahaya kepada kandungan.
Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung.
Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung?
Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini. Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan ujikaji.
Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C.
Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.
Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil ini lagi, anda jangan terkejut kerana ia merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan selain daripada masalah keputihan ketika hamil termasuklah perkara berkaitan keguguran.
Selain itu, ramai pasangan tidak tahu punca-punca kepada berlakunya keguguran. Malah ada diantara mereka ‘sengaja’ mendekatkan diri mereka kepada risiko berlakunya keguguran. Jadi dengan Panduan ini diharapkan bakal ibu-bapa lebih peka terhadap sebarang risiko yang boleh membawa kepada keguguran.
Apa yang istimewanya Panduan ini adalah, ia bukan sahaja menceritakan masalah-masalah yang bakal ibu mengandung hadapai malah ia juga ada menerangkan lebih ‘detail’ termasuk gambar rajah apa yang perlu wanita mengandung lakukan supaya senang untuk bersalin kelak.





Wednesday, October 17, 2012

DIARI KEHAMILAN II - BABY 6 Bulan OK... MUMMY LAGI OK...

Alamak... da pukul 8.00 pagi... lewat sampai dek kerana berita gembira... Huhu... Sorry Abang, Mama x sempat nak hantar Abang gi umah Mak...

Sampai klinik, orang da ramai... bila punch dpt no. 12... Huwa sedihnya... Hikhik... Sure lambat kan... Duk menunggu sambil tunggu, call mak di kampung... Wa sonok dengar sore mak nak khabarkan berita gembira.



Dengar suara mak sayu... Mak gembira dan bersyukur...

Pukul 9 pagi baru dipanggil masuk bilik rawatan...

Tekanan Darah 110/80
BHP 10.0
Berat badan 51kg

Alamak... ni yang merisaukan, BHP turun mendadak daripada 12.6. Abis la kena bebel dgn nurse... di samping tu juga dapat ubat satu bundle... huwa... banyak betul... nurse ckp obimin tu x cukup khasiatnya. so kena amik acid folic yang bulat kecik warna kunig berserta ubat tambah darah n lain-lain...

Lagi 2 minggu pula ada appointment MGTT... ni la yang bikin aku pusing... x suka minum air gula... Pesan nurse lagi kena puasa start jam 8 malam. X boleh makan nasi... 

Berat badan pula naik 2 kg... Risaunya la... Tak apalah untukmu wahai anak.. 2nd pregnant ni Mr Hubby da x pernah teman untuk check up bulanan. Katanya da ada pengalaman... Sedih juga dalam hati...

Friday, October 12, 2012

DIARI KEHAMILAN II : APPOINTMENT WITH 3D/4D SCAN MALAYSIA

Alhamdulillah, 6 bulan sudah... My baby pun dah busy sangat... Kick sana... Kick sini... Ingat perut Mama ni padang bola gaknya... Cam Abg Ammarnye yang lasak...

So today, luangkan sikit masa booking tarikh untuk buat ultrasound 2D, 3D n 4D utk minggu depan, kerana inilah masanya yang amat sesuai untuk mengintai-intai si kecik di dalam sana...

Aku pastinya akan ke page FB 3D/4D Malaysia... Rupanya sekarang ada booking online la... Maju lagi setapak...

Come... nak share form yang perlu di isi di website : klik link INI untuk ke booking form



Thursday, October 11, 2012

FANATIK : KOLEKSI TUDUNG FAREEDA DISERBU

Wah... betul-betul hot ya...  ada seorang teman di FB share video penangan koleksi tudung Fareeda yang hot di pasaran... memang lawa-lawa koleksi yang pernah ku lihat. tapi belum sampai seru nak membelinya... Sekadar melihat..

Video ini diambil di butik tudung yang terdapat di Sungai Petani Kedah...

Jom tonton...

video

KRONOLOGI:


Sebelum pintu dibuka... koleksi tudung tersusun...


2 saat pertama, bila pintu dibuka, orang ramai mula menyerbu masuk


7 saat pertama, makcik tudung kuning siap berasak-asak... Semangat betul...


Dalam masa 16 saat koleksi tudung tiada di tempat gantungan...

DIARI KEHAMILAN II : GEMUK KE AKU? PENINGKATAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

Da masuk 6 bulan... berat masih maintain 49kg... Wow cukup memberangsangkan...

Aktiviti aku setiap kali balik je dari keje, mencari penimbang berat... Haha... sebab nak maintain berat badan... Takut gemuk... Cam hamil anak pertama, makan langsung x jaga. Sekali pi check up sure naik 4kg - 5kg... Cukup merunsingkan...

sumber: Incik Google

Selain itu, ini pula rutin setiap hujung minggu... Nak tahu perkembangan my little baby... 2nd pregnant ni perut x la over besar dan membonjol... Menurut mak bidan yang selalu mengurutku setiap kali pulang ke kampung, katanya baby girl... Tak kisah la jantina Mak Mah, janji sihat walafiat cukup sifat, amin...

sumber : Incik Google

TIPS: 


Tambahkan berat badan secara perlahan 

Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda. 

Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara lapan kilo dan 15 kilo. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak dan gula dalam jumlah sedikit. 

Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar. 

Makan hidangan kecil setiap beberapa jam 

Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan. 

Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan.



DIARI KEHAMILAN II : BAHAYA DIET KETIKA HAMIL

Aduh... Kenapa badan rasa tak menentu ni... Rasa pening dan bila dibuat berdiri macam melayang je... Tengah hari tadi x sempat nak beli makanan kerana berkejar nak bayar bil. Harapan dapat bertahan hingga ke petang. Tak sampai setengah jam melabuhkan badan di kerusi terasa berada di awang-awangan...

Ya Allah, angin dah memenuhi perut... Terasa mual, ingin muntah dan kepala terasa berat.

Atas ikhsan rakan sekerja, meminta membeli nasi untuk aku bersantap... Anak mama da lapar ye... I'm sorry, sayang... Mama ingat nakdiet... Tapi kesian kat baby...



Jangan berdiet 

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat. 

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar! 

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.

Makanan tak sesuai kadang-kala adalah OK 

Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang diproses dan pencuci mulut yang manis seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda. Jadi untuk snek, cuba makan buah pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding dengan cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika anda hanya makan biskut kadang-kala. Nikmatilah setiap gigitan!


Wednesday, October 10, 2012

TRAGEDI OKTOBER : JAMU SUSUK DARA ~ MRS ARJUNA


Ewah ni yang dinamakan tragedi...

1/10/2012 mula mendaftarkan diri menjadi salah seorang keluarga Empayar JAMU SUSUK DARA RESOURCES...

Bermula dengan itu mulalah bersemangat buat blog, page dan group bagai di FACEBOOK untuk memasarkan produk yang cukup gah diperkatakan.

Sana sini duk dengar orang bercerita pasal alien yang terkeluar selepas menggunakan jamu keluaran syarikat bumiputera ini. Produk berasaskan herba tempatan yang kaya dengan khasiat untuk keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga selain untuk penjagaan dalaman dan luaran wanita dan lelaki.

So kawan-kawan, jika ada masa lawatilah blog yg ku baru buat ini. Banyak info yang aku ingin kongsi bersama kalian.

klik SINI untuk ke blog... JAMU SUSUK DARA ~ MRS ARJUNA [amik sempena nama Mr Hubby] moga perniagaanku diberkati... amin...

Friday, October 5, 2012

RENCAH RUMAHTANGGA : Bila suamiku kahwin lagi...

Pagi Jumaat yang mulia... Wah topik pagi ni sedikit hot n menganggu konsentrasi kehidupanku.

Petang tu, datang seorang wanita bersama anak perempuan kecil berusia lingkungan 2 tahun yang tak pernah aku cam wajah dan parasnya. Memperkenalkan diri sebagai isteri kedua Mr Hubby.

Aku terkedu dan keliru. Adakah ianya benar atau khayalan untuk memecah belahkan rumahtangga kami yang baru dibina.

Selama ini kami bahagia... Dan aku tak mengesyaki sebarang kelakuan aneh dari suamiku. Setiap hari, dia terus pulang ke rumah selepas kerja. Pulang lebih awal dariku dan kadangkala dia yang mengambil Incik Ammar di rumah pengasuh...

Dugaan apakah ini???

Ya Allah, kuatkanlah aku...

Penjelasan demi penjelasan ku dengar. Otakku ligat berputar. Dalam keadaan diri yang hamil buat aku rasa biarlah aku pergi dari dunia nyata ini. tapi aku tak sanggup untuk meninggalkan Incik Ammar bersama lelaki yang mengkhianatiku.

Perasaan benci menusuk di tangkai jantungku...

Tak sanggup rasanya menelan rencah kehidupan yang datang mendadak dan menghirisjiwaku sebagai seorang wanita yang dimadu.

Seawal perkahwinan aku telah nyatakan aku tak sanggup bermadu, dan aku sanggup pergi sekiranya dia lebih memilih untuk meneruskan niatnya.


Pilu dan sayu terasa... Sukar untuk aku berfikir...

Buntu... Ya Allah berilah perlindungan-Mu, tenangkanlah hatiku...

Dalam sedih, aku terpaksa menerima kehadiran DIA di antara KAMI. Namun episod tragis dalam hidupku tidak berakhir di situ.

Saban hari aku terpaksa melihat kemesraan mereka di depanku.

Kesabaranku memuncak dan aku meminta Mr Hubby melepaskanku sekiranya dia tidak menceraikan Dia.

Kain bajuku dan Incik Ammar ku kemas... Tika aku ingin berlalu, tanganku direntap. Mr Hubby merayuku dalam tangisan jangan meninggalkannya dan dalam masa yang sama Mr Hubby tidak mahu kehilangan Dia.

Dalam langkah longlai aku nekadkan niatku, mendukung Incik Ammar yang masih kecil dengan beg pakaian menyusuri jalan-jalan yang ku rasa tiada makna. Kaki ku bagai berada di atas awangan-awangan...

Tinggallah kasih.... tinggallah sayang. Cintaku dikhianati...

Air mata mengalir di pipi menemani perjalananku... Dadaku terasa berat...

Ya Allah, terjaga dari mimpi... Ku lihat Mr Hubby tiada di sebelah... Menambah kepanikkanku... Ku capai handphone di tangan, 7.10 pagi...

Mr Hubby sudah berada di bawah menyediakan sarapan... Aku hanya merenung matanya dalam... Bagai meminta penjelasan. Masih tertanya-tanya betul ke mimpi tu. Adakah aku meraguinya. Akhirnya aku menceritakan mimpiku kepadanya. Dia hanya tersenyum.

Syukur Ya Allah, ini hanya mimpi. Tapi sakitnya masih terasa. Minta simpang... Tak sanggup aku berkongsi...

Sempat juga usha maksud mimpi suami berkahwin lagi...

As salam ustaz...
Saya kerap bermimpi suami saya beristeri lain...dan setiap kali mimpi..ia seperti kejadian yang sebenar..menangis hingga pagi saya bangun dari tidur...airmata serta sedu sedan masih ada..saya sangat takut jika kejadian itu benar berlaku...


JAWAPAN :

Dalam ilmu tafsir mimpi, walaupun ada dua orang mengalami mimpi yang sama atau hampir sama, tapi kadang-kadang maksudnya berbeza.

Sebelum ini memang ada seorang wanita bermimpi suaminya berkahwin lain, dan ta'bir yang saya berikan ialah suaminya bakal dapat sesuatu kekuasaan atau keuntungan.

Dalam kes anda, saya sudah cuba mentafsirkan mimpi anda tapi tidak dapat. Saya kira mimpi anda itu dari jenis mimpi yang tidak perlu ditafsirkan. Ia terhasil daripada keadaan emosi anda sehari-hari.

Contohnya, seseorang yang lapar bermimpi makan. Mimpi jenis ini biasanya tidak ditafsir.
Kita marah seseorang lalu tertidur dan bermimpi memukul orang itu. Biasanya mimpi sebegini juga tidak perlu kepada tafsiran.

Ini sekadar pendapat saya yang dhaif.


WaAllahua'lam.


sumber: ikhtiar muslim