Friday, October 5, 2012

RENCAH RUMAHTANGGA : Bila suamiku kahwin lagi...

Pagi Jumaat yang mulia... Wah topik pagi ni sedikit hot n menganggu konsentrasi kehidupanku.

Petang tu, datang seorang wanita bersama anak perempuan kecil berusia lingkungan 2 tahun yang tak pernah aku cam wajah dan parasnya. Memperkenalkan diri sebagai isteri kedua Mr Hubby.

Aku terkedu dan keliru. Adakah ianya benar atau khayalan untuk memecah belahkan rumahtangga kami yang baru dibina.

Selama ini kami bahagia... Dan aku tak mengesyaki sebarang kelakuan aneh dari suamiku. Setiap hari, dia terus pulang ke rumah selepas kerja. Pulang lebih awal dariku dan kadangkala dia yang mengambil Incik Ammar di rumah pengasuh...

Dugaan apakah ini???

Ya Allah, kuatkanlah aku...

Penjelasan demi penjelasan ku dengar. Otakku ligat berputar. Dalam keadaan diri yang hamil buat aku rasa biarlah aku pergi dari dunia nyata ini. tapi aku tak sanggup untuk meninggalkan Incik Ammar bersama lelaki yang mengkhianatiku.

Perasaan benci menusuk di tangkai jantungku...

Tak sanggup rasanya menelan rencah kehidupan yang datang mendadak dan menghirisjiwaku sebagai seorang wanita yang dimadu.

Seawal perkahwinan aku telah nyatakan aku tak sanggup bermadu, dan aku sanggup pergi sekiranya dia lebih memilih untuk meneruskan niatnya.


Pilu dan sayu terasa... Sukar untuk aku berfikir...

Buntu... Ya Allah berilah perlindungan-Mu, tenangkanlah hatiku...

Dalam sedih, aku terpaksa menerima kehadiran DIA di antara KAMI. Namun episod tragis dalam hidupku tidak berakhir di situ.

Saban hari aku terpaksa melihat kemesraan mereka di depanku.

Kesabaranku memuncak dan aku meminta Mr Hubby melepaskanku sekiranya dia tidak menceraikan Dia.

Kain bajuku dan Incik Ammar ku kemas... Tika aku ingin berlalu, tanganku direntap. Mr Hubby merayuku dalam tangisan jangan meninggalkannya dan dalam masa yang sama Mr Hubby tidak mahu kehilangan Dia.

Dalam langkah longlai aku nekadkan niatku, mendukung Incik Ammar yang masih kecil dengan beg pakaian menyusuri jalan-jalan yang ku rasa tiada makna. Kaki ku bagai berada di atas awangan-awangan...

Tinggallah kasih.... tinggallah sayang. Cintaku dikhianati...

Air mata mengalir di pipi menemani perjalananku... Dadaku terasa berat...

Ya Allah, terjaga dari mimpi... Ku lihat Mr Hubby tiada di sebelah... Menambah kepanikkanku... Ku capai handphone di tangan, 7.10 pagi...

Mr Hubby sudah berada di bawah menyediakan sarapan... Aku hanya merenung matanya dalam... Bagai meminta penjelasan. Masih tertanya-tanya betul ke mimpi tu. Adakah aku meraguinya. Akhirnya aku menceritakan mimpiku kepadanya. Dia hanya tersenyum.

Syukur Ya Allah, ini hanya mimpi. Tapi sakitnya masih terasa. Minta simpang... Tak sanggup aku berkongsi...

Sempat juga usha maksud mimpi suami berkahwin lagi...

As salam ustaz...
Saya kerap bermimpi suami saya beristeri lain...dan setiap kali mimpi..ia seperti kejadian yang sebenar..menangis hingga pagi saya bangun dari tidur...airmata serta sedu sedan masih ada..saya sangat takut jika kejadian itu benar berlaku...


JAWAPAN :

Dalam ilmu tafsir mimpi, walaupun ada dua orang mengalami mimpi yang sama atau hampir sama, tapi kadang-kadang maksudnya berbeza.

Sebelum ini memang ada seorang wanita bermimpi suaminya berkahwin lain, dan ta'bir yang saya berikan ialah suaminya bakal dapat sesuatu kekuasaan atau keuntungan.

Dalam kes anda, saya sudah cuba mentafsirkan mimpi anda tapi tidak dapat. Saya kira mimpi anda itu dari jenis mimpi yang tidak perlu ditafsirkan. Ia terhasil daripada keadaan emosi anda sehari-hari.

Contohnya, seseorang yang lapar bermimpi makan. Mimpi jenis ini biasanya tidak ditafsir.
Kita marah seseorang lalu tertidur dan bermimpi memukul orang itu. Biasanya mimpi sebegini juga tidak perlu kepada tafsiran.

Ini sekadar pendapat saya yang dhaif.


WaAllahua'lam.


sumber: ikhtiar muslim

No comments:

Post a Comment