Monday, October 29, 2012

TIPS MENDIDIK ANAK SUPAYA TIDAK MEMUKUL

Anak-anak kecil dibawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak menda
pat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?

Pertama - Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.

Kedua - Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu barang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.

Ketiga - Teruskan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.

Keempat - Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.

Kelima - Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.

Keenam - Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.

Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia. Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.

Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, Perangai dan akhlak tetap mulia.


JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu 

Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.



Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.



Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Harap dapat la terap kan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak.. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment