Wednesday, October 3, 2012

ULTRASOUND BABY 2D, 3D & 4D

Perubatan kini semakin canggih. Ujian ultrasound untuk mengetahui jantina, perkembangan juga kecacatan bayi dalam kandungan juga semakin maju. Kini ultrasound 2D atau Dua Dimensi diperkenal. Jom kita rujuk sedikit perbezaan ujian ultrasound 2D, 3D dan 4D.

Ujian Ultrasound 2D [2 Dimensi]

Ujian ini menggunakan mesin ultrasound yangs elalu dijalan ke atas ibu mengandung untuk mengkaji perkembangan bayi sepanjang proses kehamilan. Ia juga boleh dikatakan sebagai scan hitam putih di kalangan ibu bapa yang boleh didapati di klinik swasta atau hospital kerajaan. 

Terdapat 2 jenis ujian ultrasound 2 Dimensi:

1. 2D "Growth Scan"

Ujian ini untuk mengetahui perkembangan bayi secara ringkas atau lebih mudah di dengar scan yang biasa  kita dapatkan di klinik ketika check up setiap bulan. 

2. 2D "Detail Scan"

Ujian ini adalah untuk mengesan perkembangan janin di dalam perut secara teliti seperti kecacatan bayi, perkembangan organ-organ dalaman yang dijalankan di hospial-hospital pakar oleh ahli-ahli sonografi yang bertauliah dan berpengalaman. Ujian ultrasound ini juga boleh mengesan 70% - 80% fizikal kecacatan bayi tetapi tidak boleh mengesan kecacatan kromosom seperti sindrom down.

Ujian Ultrasound 3D [3 Dimensi]

Ujian ini merupakan gabungan 2 Dimensi dalam volume oleh mesin ultrasound untuk menghasilkan gambar statik[tetap], contohnya luaran rupa bayi anda ayng selalu difahami oleh ibu bapa.

Ujian Ultrasound 4D [4 Dimensi]

Ujian ini merupakan imbasan ultrasound 3D yang bergerak secara masa atau dengan kata lain pengimbasan secara langsung dalam bentuk video. Ibu bapa boleh mengintai pergerakan si comel seperti menguap, tidur, mengosok kelopak mata, dan menendang-nendang. 

Ujian ini boleh dibuat melalui temujanji yang boleh ditempah secara online di blog 3D4D Scan Malaysia[klik link]

Untuk melihat video 4D dan gambar 3D milik anak saya ketika berusia 6 bulan, boleh lihat di SINI[klik link]

Tak sabar nak intai-intai 2nd baby ni plak...Maybe next month...

No comments:

Post a Comment