Friday, November 9, 2012

TEMUDUGA KERAJAAN

title je da seram semacam je rasa... Persediaan macam mana???

Tetibe teringat la 1st time temuduga kerja dengan pihak Telekom Malaysia untuk projek jalur lebar. Memang lawak giler la...

Main tibai je apa yang ditanya. Ada satu soalan yang buat aku ingat sampai tua...

Apa perkembangan tanah rancangan Felda???

Jawapan aku, ada jalan raya, sekolah, ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Kena gelak je dengan pegawai-pegawai tu...

Hahahahahahaha...

Memandangkan aku kurang berminat dengan kerja itu, tapi siapa sangka, aku diterima sebagai seorang pekerja Pusat Jalur Lebar Komuniti.

Haaa... yang kali ini x boleh nak buat hal ok... Kena study betul-betul Jabatan tempat aku akan ditawarkan kerja dan isu-isu semasa dan ekonomi Malaysia juga. Memandangkan jawatan yang ditawarkan untuk peringkat Ijazah Sarjana. Sure ramai pesaing...

Ok, jom checklist barang-barang yang nak dibawa esok:
  1. Kad pengenalan
  2. Surat tawaran temuduga
  3. Resume ringkas
  4. Gambar berukuran passport


Memandangkan perut dan membuyung, so kenalah cari baju berwarna gelap... br nampak slim... ewahhh...

Jangan nak perasan ok, anda dah 7 bulan... Hehe...

Sampai kena tegur dengan member, perut dah besar baru nak pergi interview...

Cakap siang pandang-pandang ok, perut i cute... Rezeki anak namanya, dulu time Ammar pun tengah sarat la dapat exam PTD, tapi tak pi...

Doakanku moga dipermudahkan urusanku, ye kawan-kawan....


Checklist dokumen yang diperlukan


No giliran ku... orang ke 18...



Kawasan dalam pejabat SPA, Putrajaya...


Sebelum balik, duk berangan. minta tolong pegawai yang bertugas tolong amik pic...


No comments:

Post a Comment