Wednesday, December 19, 2012

Diari KEHAMILAN II - Persediaan Berpantang

Wah untuk kali ini, saya lebih berpengalaman dalam persediaan berpantang dari segi fizikal dan mental. Pelbagai keperluan yang dirasakan sangat diperlukan saya beli tak kisah lah terpaksa mengembara berapa jauh sekalipun.

Dari bahan mandian hinggalah keperluan lain... Memang lebih teliti dalam membuat pemilihan.


Nampak yang cam akar kayu n macam-macam ni adalah untuk mandian dan mencuci kawasan miss V supaya lebih wangi dan cepat pulih kesan jahitan sekiranya bersalin kali ni kena gunting juga.

Herba ini saya beli dari Pekan Rabu, Alor Setar. Jauh tu... Sambil bercuti cari keperluan untuk berpantang. Yang bulat tu lah biji manjakani. Tujuan untuk merapatkan miss V dan mengecutkan peranakan. 


Buah kat atas ni plak buah Nenas Batu, digunakan untuk mencuci kawasan Miss V.


Herba di atas inilah digunakan untuk mandi. Wah... sure bau herba. Kalau dulu aku just beli herba dari tabib Cina, tak tahulah apa yang diletak dalam uncang tu...



Pelbagai jenis bengkung dari tradisional hinggalah ke moden, yang stripe tu bengkung lilit, panjangnya 10 meter... Peninglah kepala den nak memutar badan... 

Warna hitam tu bengkung moden infared. Agak-agak malas nak melilit, pakai yang simple ni pun ok.

Warna skin tu plak bengkung strap on, rasaya boleh guna pas habis berpantang kot.


Dan set yang paling utama, Korset Premium Beautiful... Yeay... bebetul nak kurus ni...


Ini pula adalah item yang sangat penting, stokin tebal. Masa berpantang anak pertama aku tak rajin pakai, akibatnya kaki masuk angin. Nak last berpantang, aku cam kena bentan urat. langsung tak boleh jalan, nak pi mana-mana kena merangkak... Seksa... Seksa...


Ni pun barang penting juga, pad herba avail, minyak afiat, minyak gamat, dan beberapa jenis minyak panas.


Tungku moden, hanya perlu cas menggunakan elektrik. Jadi x la terbakar tilam macam dulu bila guna batu sungai. Hehe... Tungku ni saya beli 2 sebab utk gunakan di perut dan letak di bahagian bawah punggung.


Ini pun penting juga, selipar Jepun... Beli kat kedai Daisho. RM5 sahaja... Cute kan...

Tak sabar nak berpantang...

2 comments:

  1. salam.. saya nak tanya, bole sis kongsi mcm mana nak guna buah manjakani tu..

    ReplyDelete
  2. Hi sis, buah manjakani tu sama ada dijadikan serbuk, direbus untuk di jadikan pencuci

    ReplyDelete