Wednesday, January 23, 2013

Kronologi Kelahiran II - Little AR Jr. Muntah Hijau

12.1.2013 Sabtu

Sedang elok melayari mimpi-mimpi indah, tidurku diganggu dengan sakit perut secara tiba-tiba... Malam2 sebelumnya juga begitu. Tapi malam ni terasa semacam... Esok hari last aku kerja kalau mengikut tarikh maternity leave aku.

2.35am - aku bangun dari tidur kerana terganggu dek sakit perut yang tetiba. Lepas membuang sgl hajat aku terus mandi. Agak lama juga. Then masuk tidur balik tapi da agak x selesa. Baring bertukar posisi je...

3.00am - sakit kontraksi semakin kerap... sekali... dua kali... tiga kali... 4 kali... terus aku bangun dari tidur...
Argh sakit perut... sakit pinggang... Cecepat siapkan diri... Dan time ni juga Incik Ammar bingkas bangun. Mr Papa terus siapkan segala keperluan dan buatkan susu Ammar. Aku pula persiapkan diri kemudian ku bergegas ke toilet lpas terasa ada sesuatu keluar... Darah... So memang confirm la ni...

4.00am - bergerak keluar dari rumah utk menghantar Incik Ammar ke rumah pengasuh... Alhamdulillah mak Ammar angkat telefonku...

4.30am - sampai di lobi hospital Serdang. Keadaan sunyi... Dan x ramai yang berada di ruangan menunggu dewan bersalin.

Setelah mendaftar tanpa menunggu Mr Papa parking kereta aku terus masuk di wad sementara. BHP diambil. Kemudian ujian CTG utk mengesan kadar jantung bayi dilakukan. Kemudian doktor datang utk check bukaan rahim... sakit.... "Puan, baru 3cm katanya... Mungkin kena tunggu lagi 4 jam utk kita check lagi, katanya..."

Menunggu pukul 8.00am sungguh menyeksakan... Kontraksi datang semakin kerap... Pesakit di kanan dan kiri katil aku juga mengalami nasib serupa... Aku hanya beristigfar setiap kali sakit tu datang...

Memang x sanggup rasanya... Ya Allah...

8.00am - sekali lagi doktor datang untuk check bukaan rahim... Adus... Kena seluk lagi...

Puan, da buka 6cm... Sabar ya...Mungkin x lama lagi...

8.45am - Aku ditolak ke bilik bersalin...Takutnya...

"En Jef Arjuna, sila masuk ke bilik bersalin..." Aku dengar suamiku dipanggil... Dia akan menemani ku speanjang tempoh aku melahirkan zuriat kedua untuknya...

Sepanjang tempoh menunggu dalam keadaan kontraksi yang menyakitkan tiba-tiba kepalaku pening dan ingin muntah...

Lama ku tahan, akhirnya muntah juga...

Muntah Hijau
Ini disebabkan oleh jus gaster kerana sejak aku masuk ke wad, aku tak makan apa-apa. Jus tu menurut doktor ia dari hempedu. Memang pahit rasa tekak.

9.30am - Mr Papa masih menemani aku... Kata-kata semangat diberi... U pasti boleh... Kena kuat.. Ingat Allah...

Bila tak tahan kontraksi, aku teran sekuat hati... Air ketuban pecah dan membasahi kain yang ku pakai... Terus ku minta Mr Papa memanggil doktor yang bertugas sebab ku rasa macam da nak bersalin...

Tetapi hanya seorang nurse sahaja yang datang dan membantu ku...

Bila ku ingin meneran, nurse kata jangan teran Puan, tapi aku dah tak tahan sangat... Huhu... Akhirnya dia membantuku untuk melahirkan.


Saat itu aku rasa cam berada di medan perang. Mr Papa di sebelah memberi kekuatan...

U, rambut bayi dah nampak... Teran lagi... U... Kuat lagi...

Huwa.... Sakit... Terasa kebas di kawasan miss v...

X lama kemudian sekumpulan doktor datang dan meneruskan prosedur kelahiran...

10.10am - Dalam berhempas pulas, akhirnya kedengaran suara bayi memecah suasana hening.. Alhamdulillah... Bayi diletakkan di atas dadaku...

Puan, tengok baby u... Baby apa?

Girl, jawapku...

Little AR Jr...
Ku kepenatan, pada Mr Papa di sebelah, ku pegang tangannya, ku cium dan tanpa disedari air mata meleleh ke pipi. Sakit gembira bahagia bergabung...

Mr Papa terus mengazan serta mengiqamatkan di telinga bayi kami yang masih berada di atas dadaku...

Sepanjang prosedur kelahiran, aku teringat-ingat kat Incik Ammar. Kerana semasa nak keluar rumah pagi tadi, aku marah kerana dia x sabar nak keluar ke pintu. Dengan rasa sedih, dia ambil botol susu dia n masuk semula ke tempat tidur dan baring sambil nangis. x sampai hati aku tengok. Maafkan Mama, Abang...

Uri Melekat
10.30am - ku ingat segala prosedur sudah selesai, rupanya uriku masih di dalam... X keluar sekali bersama bayi...

Sekali lagi rahimku digodeh utk mengeluarkan uri yang tertinggal. Kerna sekiranya ada urat yang tertinggal, akan berlaku masalah di kemudian hari spt jangkitan kuman. Sangat sakit. Hanya Allah yang tahu....

Setelah selesai uri dikeluarkan, kemudian prosedur jahitan pula menyusul. 6 tempat di kawasan miss v dibius. Prosedur amat lama dilakukan oleh doktor baru... mungkin aku pesakit pertamanya... Setiap kali jarum menusuk di kulit, aku menjerit dan lengan doktor ku paut...

Sangat sakit... Huhu...

Aku diminta menunggu di labour room memandangkan keadaan wad penuh...

4.00pm - aku ditolak ke wad transit. Alhamdulillah, dapatla aku membersihkan diri dan mencuci apa yang patut.

Selesai membersihkan diri, Mr Papa meminta diri untuk pulang. Aku tahu dia kepenatan. x tidur... Kesian Mr Papa. Aku pun sama, masih belum tidur sejak pukul 2 pagi tadi...

6.00 pm - Doktor datang check, dan katanya aku dah oleh keluar kerana bayi dah berak dan kencing... Yeay x perlu bermalam di hospital. Aku terus call Mr Papa untuk menjemputku...

10.00pm - Sampai di rumah kerana sebelum tu jemput Nannny di Terminal Bas Selatan...

Selamat berpantang untuk Aku!!!

Little AR sewaktu hari pertama dilahirkan,

Friday, January 11, 2013

Jatuh Cinta Dengan Knitting








Saya bagi layan gambar2 cute lagi menarik... 

Pasti ada yang akan kata, geramnyaaaaaaaaaa, sangat cute... 

Khas buat baby girl kan... 

Cam confirm je gegirl...

Mama nak belajar la mengait... Nak tempah sure agak mahal kerana kos benang dan alatan mengait serta upah mengait berdasarkan kerumitan cara pembuatan dan masa yang diambil.

Selepas saya survey dalam blog-blog berkaitan mengait, benang yang sesuai untuk mengait pakaian bayi dan kanak-kanak adalah Baby Nako Luks Minnos kerana ia kurang berbulu berbanding benang jenis yg lain.

Nako Luks Minnos


Keperluan Barangan Bayi : Trend Printed Napkin...

Wah, so cute betullah printed napkin ni...

Ok jika dlu time Incik Ammar teringin juga nak beli, tapi perasaan itu diabaikan sebab time tu x kerja, nak minta duit Hubby cam malu kan... So ketepikan dulu perasaan itu...

So for 2nd baby ni, Bila da kerja n pegang wet sendiri, dapatlah memilih sikit untuk barangan keperluan bayi... Daripada barangan mandian, breast pump, pakaian dan keperluan utama... Rezki untuk Little AR Jr.

Kesempatan yang masih ada, aku gunakan sebaiknya... Selagi belum deliver dan kuat tuk merayau mencari apa yang dihajati...

Pi butik Anakku di IOI Mall, Puchong da out of stock. Dengan niat ikhlas ku jengah ke JJ, alhamdulillah ada... Yeay... Tercapai hajat. Selain theme Mickey Minnie, ada juga design doraemon... Dan pelbagai brand lain cam Pureen, Ok Baby dll.


Printed Napkin Anakku Disney Theme - RM27.90

Brand Anakku juga yang biasa.


Printed napkin brand Pureen RM33.90

Diari Kehamilan II - Minggu ke 38 : Jualan Gudang Baby Kiko 2013

Untung rupanya duk Puchong ni... Kilang barangan bayi kebanyakannya terdekat dengan kawasan aku duduk. Sonoknya....

Memandangkan belum deliver, sibuk la nak buat kunjungan terhormat...


Bangunan yang menempatkan jualan gudang...


Wah ramainya... Siap ada yang duduk di tepi bangunan mungkin kepenatan, masing2 dengan beg plastik yang penuh dengan pakaian dan pelbagai barangan... 

Aku duk menyibuk je... Niat nak beli mandian bayi...

Kalau botol besar tu ada yang RM8 dan RM9, boleh buat stok. Wet tissue pun sama...

Kalau pakaian tu memang sangat2 murah, ada juga aku pilih jumper harga hanya RM4. Bila da penuh tangan... Kena beratur la plak... 

 X larat ku nak berdiri dan beratur panjang, sume barang aku letak je balik, ada rezki hari Ahad ni aku turun lagi awal pagi tuk beli... Kena pi awal2 kol 9 pagi walau pun jualan gudang bermula pukul 10.... 

Agak2 malas nak pi, aku kirim je dengan member, makcik dia ada keje sana...

Lagi-lagi PAVLOVA

P-A-V-L-O-V-A...

So nyummy... So delicious...

Wa... bring me inspiration...


Ops... Sila lap mulut anda ye...

Ada air liur meleleh...

Jika anda di kawasan terdekat di puchong, putrajaya dan cyberjaya, boleh tempah dengan Cempaka Cakes House...[klik]

Monday, January 7, 2013

Pasta Express Puchong : Mencari Tempat Makan Sedap

Minggu lepas teringin sangat nak makan grill chicken... Tekak ni sejak mengandungkan 2nd baby merapu ke arah western n japanese food. Truk la... Kopak...

Dulu masa preggy Incik Ammar mudah je, ngidam pun makan kurma dan kacang2 dari Mekah... Thats y bagi nama pun lebih ke arab2 sikit...

Mencari di Baraketh... Tapi memandangkan parking penuh tak dapat nak makan...

Rupa2nya berhampiran rumah yang dibeli ada kedai Western Pasta Express Malaysia baru dibuka... Wow... Menarik...

Apa lagi... Masa untuk mencuba... Terbaik!!!

Orange Juice & Ice Lemon Tea

Fish & Chip RM10.90

Mixed Grill - Lamb Chop, Chicken Grill & Beef - RM16.90

Mama & Incik Ammar...

Incik Ammar - Gelagat Potong Rambut

Baru-baru ni pi kedai gunting rambut uncle. Port Biasa Mr Papa potong rambut...

Wah sonoklah dia... Tak nangis pun. Tapi bila lama-lama, dia menjerit juga... 

          Takut bunyi mesin gamaknya... Lawak betullah...






Da hensem... ewah... 

Bawa pi umah pengasuh, mak cakap Incik Ammar nampak matured... Da leh jadi Abang tecik ni...

Friday, January 4, 2013

Cuti - cuti Cinta : Mandi Manda

Wah, berpeluang ikut Papa visit site memandangkan Mama x kerja hari Sabtu...

Apa lagi.. Lepas habis kerja, Papa bawa pi mandi manda... Mama x mandi memandangkan keadaan diri  yang tak berapa sesuai dah nak join...






DIARI KEHAMILAN II - Doa dan Zikir Amalan Memudahkan Bersalin


Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu rbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi kurang sakitya.

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Selusuh
Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan bersalin.
Namun begitu, tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh. Nasihat saya, jika tidak percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit, sakit hati tentunya.
Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini.
Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan.
Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita, perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas semuanya perlu diubah. Saya sendiri tidak akan membenarkan isteri saya dibedah kerana kedudukan anak yang songsang sebelum mencuba perubatan Islam, berdoa bersungguh-sungguh kepada AlLah.
Pernah berlaku~kisah benar~ seorang ini, anak dalam kandungan isteri dia songsang, dia meminta air selusuh daripada individu tertentu agar dimudahkan bersalin tanpa perlu dibedah kerana doktor menyarankan agar isterinya dibedah.
Ketika melahirkan anak, doktor tersebut terkejut kerana isteri lelaki tersebut tidak perlu dibedah dan melahirkan anak dengan mudah, seolahnya tidak ada masalah sebelum ini.
Doktor tersebut berjumpa dengan si suami, meminta air selusuh yang berbaki kerana isteri doktor itu menghadapi masalah yang sama;bakal dibedah.
Tidak lama selepas itu, doktor tersebut mengirimkan hadiah kepada yang membuat air selusuh tersebut kerana isterinya yang sepatutnya dibedah dapat melahirkan anak secara normal.
Apa yang penting??? Bukan kerjasama yang penting di sini, tetapi keyakinan bahawa ALLAh mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya

Diari Kehamilan II - Proses Kelahiran


Masanya Dah Tiba Untuk Bersalin


Inilah masa yang dinanti-nantikan. Sama ada anda akan bersalin pada minggu 36, 37, 38, 39 atau 40. Topik ini amat penting bagi anda. Jadi, ikuti pengalaman yang menakjubkan ini. Sebagai ibu yang menanti untuk saat melahirkan seharusnya anda bersedia daripada pelbagai sudut. Ada beberapa situasi yang perlu anda awasi dan fahami sebelum melahirkan. Perkara di bawah ini adalah tanda-tanda awal kelahiran:
  • Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi mungkin berlaku secara tiba-tiba.
  • Cirit birit dan diikuti dengan memulas pada bahagian perut.
  • Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu.
  • Sakit seperti senggugut di bawah perut.
  • Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit. Kontraksi berlaku makin kerap.
Masa Melahirkan

Tempoh masa melahirkan dibahagikan kepada tiga tahap. Jika bakal ibu belum pernah ada pengalaman bersalin, proses bersalin akan berlaku dalam jangka masa 12 jam hingga 16 jam. Manakala ibu yang sudah berpengalaman hanya mengambil masa kurang 12 jam.

A. Tahap Pertama

Tahap pertama proses kelahiran bermula:

Rasa sakit di bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks. Rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga pada bahagian bawah abdomen (rongga perut). Keadaan ini berlangsung dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah setiap kali diserang kontraksi.

Wujud tanda-tanda atau petunjuk misalnya keluarnya mukus yang bercampur darah dari vagina. Keadaan ini berlaku disebabkan mukus mulai memenuhi serviks. Pada tahap ini, bakal ibu disuruh berbaring tanpa diberi makan dan hanya sedikit minuman. Proses kelahiran diperiksa dengan memerhatikan keadaan kepala bayi dan bukaan pada pintu rahim. Dalam masa yang sama, doktor atau bidan bertauliah akan memeriksa jantung janin dan direkodkan selang sejam. Keadaan ibu juga diperiksa. Paras air dalam badan, tekanan darah, tahap kesakitan akan diperiksa dengan teliti. Sekali setiap jam, suhu badan, degupan nadi ibu akan direkodkan juga.

Kesakitan pada tahap pertama tidak teruk. Ia dinamakan sebagai fasa pendam. Anda masih boleh bersembang, membaca, menonton televisyen dan sebagainya. Keadaan ini boleh berlaku selama lapan hingga sembilan jam. Apabila pengecutan menjadi semakin hebat, serviks akan bertukar menjadi pendek.

Proses menipis serviks ini dinamakan sebagai efasmen serviks. Dalam keadaan ini serviks menjadi pendek, lembut dan menjadi satu saluran pendek yang dinamakan sebagai serviks matang. Penekanan ke atas serviks ini memaksa saluran serviks terbuka. Situasi ini membuatkan kepala bayi turun ke bahagian pelvis. Namum, lapisan pundi ketuban masih lagi teguh. Apabila kesakitan semakin terasa, ia menandakan kesakitan ke tahap aktif.

Ketika ini, pengecutan rahim menjadi semakin kuat dan bertambah kerap. Serviks terus terbuka dan janin akan menurun. Bagi ibu yang belum pernah bersalin, jumlah bukaan berlaku dengan kadar bukaan satu sm sejam. Manakala, bagi wanita yang pernah bersalin akan membuka serviks 1.5 hingga 2 sm sejam.

Ketika ini ibu akan merasa kemuncak sakit. Namum, ibu masih belum boleh meneran kerana serviks belum terbuka sepenuhnya. Jika ibu tidak dapat menahan sakit, boleh lakukan senaman menahan sakit. Selain itu, anda boleh meminta bius epidural untuk melegakan kesakitan bersalin.

Peringkat pertama kelahiran berakhir apabila serviks terbuka sepenuhnya. Ibu yang pernah bersalin sering mengalami kerumitan air ketuban pecah terlebih dahulu kerana penipisan otot rahim. Sekiranya proses pembukaan serviks terhenti pada ukuran di bawah 6 sm, ini menandakan serviks mengalami masalah untuk membuka sepenuhnya. Sekiranya serviks kelihatan edema atau lebam, ini adalah petanda buruk dan proses kelahiran alternatif akan dilakukan seperti dengan cara pembedahan.

Apabila memasuki peringkat kedua, bidan akan menyapu larutan antiseptik pada bahagian pubis, abdomen bawah, vulva, lubang vagina serta bahagian paha dan sekitarnya. Anda akan berasa sejuk sebaik sahaja antiseptik disapu pada bahagian yang disebut tadi. Hal ini kerana, antiseptik ini disimpan di dalam peti sejuk untuk menjamin keselamatan dan kebersihannya.

1. Kepala bayi mulai turun ke pintu rahim pada peringkat pertama kelahiran.

2. Tekanan kepada bayi pada rektum dan lantai pelvik mengaktifkan proses meneran kepada si ibu.

3. Sebahagian muka dan kepala mula kelihatan sedikit demi sedikit diikuti bahagian bahu dan anggota lain akan mengikuti kemudian.

4. Plasenta atau uri akan dikeluarkan dan diperiksa. Bidan akan memastikan tiada sisa uri yang tertinggal dalam rahim ibu.

B. Tahap Kedua

Peringkat kedua bermula apabila serviks terbuka sepenuhnya dan air ketuban keluar dengan banyak akibat pundi ketuban pecah. Doktor atau bidan akan memerhatikan pundi-pundi kencing anda supaya tidak mengembung dan boleh menghalang kepala janin daripada turun.

Apabila proses pengeluaran janin sedang berlaku, ibu perlu berada di posisi baring (mengikut posisi yang dianggap sesuai) sambil meneran sekuat hati apabila kecutan rahim sampai ke kemuncaknya. Pada ketika ini kepala janin sudah berada pada tahap perinium dan bahagian dubur mulai mengembang. Tugas paling kritikal pada tahap kedua ini adalah mengelak perinium terkoyak.

Perinium

Pengoyakan perinium boleh dielak dengan mencegah kepala bayi keluar pada masa di antara pengecutan rahim. Jika terdapat sebarang tanda bahawa kepala bayi turun terlalu cepat, doktor akan menekannya dengan satu tangan supaya dia tidak terkeluar serta-merta. Sementara tangan sebelah lagi diletakkan di perinium untuk menolong pengeluaran verteks (puncak kepala anak) melalui saluran peranakan. Hal ini adalah untuk mengelakkan kelahiran normal dan membolehkan diameter kepala yang terkecil muncul melalui salur keluar.

C. Tahap Ketiga

Tujuan utama dalam peringkat ketiga kelahiran ialah untuk mengeluarkan uri dan selaput ketuban serta menghentikan pendarahan dan untuk menjamin pengecutan dan penarikan balik rahim dengan sempurna.

Tanda-Tanda Uri Terasing
  • Ibu berasa sakit apabila rahim mengecut dengan kuat kerana ruang rahim menjadi kosong.
  • Sedikit pendarahan daripada faraj.
  • Tali pusat yang ditarik panjang.
  • Fundus (bahagian atas) rahim timbul atas pusat.
  • Bahagian atas tulang simfisis pubis menggelembung
Uri terasing dengan cepat. Lazimnya dua hingga lima minit selepas bayi lahir. Setelah uri terasing dengan lengkap dan terletak longgar di bawah rahim, doktor akan menggunakan sebelah tangan menolak rahim yang mengecut ke arah pusat. Manakala tangan satu lagi akan memegang tali pusat ke atas untuk meringankan berat uri yang keluar.

Tali pusat di dalam salur peranakan ditarik perlahan-lahan untuk mengeluarkan. Jika selaput ketuban melekat atau tidak boleh menembusi rongga serviks, tali pusat akan dibelit-belit seperti tali dan ditarik keluar secara perlahan-lahan.

Bahaya inversi serviks hanya berlaku jika proses penarikan dilakukan sebelum uri betul-betul terasing dengan sepenuhnya pada serviks. Sebaik sahaja uri dikeluarkan, uri dan selaput ketuban akan diperiksa untuk memastikan keadaan sempurna. Selepas kepala bayi keluar, 0.25mg ubat ergometrin disuntik untuk mendorong rahim mengecut selepas bayi lahir. Kemudian, diikuti dengan kedua-dua belah bahu dan seterusnya sehingga seluruh badan bayi keluar.

Tali Pusat
Lazimnya ada beberapa pandangan pakar mengenai masa yang tepat untuk memotong tali pusat. Sesetengah doktor memotong tali pusat apabila denyutannya telah berhenti. Ada doktor yang menunggu sehingga darah beroksigen dipindahkan kepada bayi.
Namum, ada juga doktor yang memotong tali pusat sejurus sahaja bayi dikeluarkan. Tali pusat yang sudah dipotong, diikat ketat-ketat di dua tempat yang berdekatan untuk mencegah pendarahan. Selepas dipotong, tunggulnya diperiksa supaya tidak berlaku sebarang komplikasi lain.

Diari Kehamilan II - Kenali Proses Kontraksi... Dah Nak Bersalin ke ni???

Di saat aku membuat entry ini, aku dalam keadaan yang tak tentu arah, Perutku sangat memulas, kakiku sangat lenguh, pinggangku terasa ditarik-tarik, dan terasa ingin membunag air besar...

Sangat tak selesa... Tapi masih tiada tanda-tanda seperti darah dan lendir...



Adakah belum ada bukaan pada rahim???


Bayi belum “turun” tetapi pinggang sudah lenguh. Perut pula semakin memulas. Sakitnya semakin lama semakin kerap. Adakah itu tanda hampir bersalin?

Seawal tiga minggu dari tarikh jangkaan kelahiran, kesakitan yang dirasai semakin kerap. Selain itu, pengeluaran lendir bercampur darah atau lelehan air ketuban menandakan anda telah sampai ke peringkat awal proses bersalin. Pengecutan rahim merupakan asas utama yang akan memulakan keseluruhan proses bersalin. Rahim merupakan organ reproduktif wanita yang akan membiarkan janin membesar tanpa sebarang gangguan dan akan berkontraksi mengeluarkan janin sewaktu kelahiran. Ia merupakan dua fungsi yang bercanggah untuk satu organ yang sama.

Otot-otot yang terdapat di dinding rahim adalah jenis smooth muscle yang tidak dapat dikawal seperti otot-otot pergerakan di kaki dan tangan. Jadi, pengecutan otot ini bergantung kepada tindak balas saraf dan hormon-hormon yang dilepaskan ke dalam sistem badan ibu oleh janin yang dikandungnya.
Pemerhatian klinikal menunjukkan pengecutan bermula dari bahagian atas rahim dan merebak ke bahagian bawah menuju ke arah pangkal rahim. Ia berlaku berulang-ulang kali dengan kekerapan yang semakin tinggi. Namun, sebelum aktiviti maksima ini, proses yang sama telah pun berlaku tanpa disedari. Proses ini sebenarnya adalah proses yang normal untuk memastikan rahim, pangkal rahim dan bukaan faraj berada dalam kedudukan sejajar bagi membolehkan bayi turun dan keluar semasa proses kelahiran.

Kesakitan yang dirasakan sebenarnya berpunca dari pengecutan rahim yang berkala. Pengecutan yang kerap menyebabkan otot semakin kekurangan oksigen, suatu keadaan yang menimbulkan rasa sakit di dalam otot itu sendiri. Selain itu, tekanan ke atas komplek saraf yang tersepit di antara dua struktur bertulang yang keras iaitu kepala bayi dan tulang pelvik ibu menyebarkan sakit bersalin ke semua arah. Kesakitan ini berterusan dan semakin kuat apabila bukaan pangkal rahim bergerak secara aktif. Untuk kehamilan pertama, bukaan berlangsung dalam anggaran bukaan 1 cm setiap sejam.

Bayi akan mula turun melalui rongga yang telah tersusun dan membuka. Penurunan ini akan menimbulkan satu lagi punca kesakitan apabila bayi sampai dalam vagina dan bersedia untuk keluar. Regangan keseluruhan rongga vagina dan semua otot-otot pelvik di peringkat akhir proses bersalin juga memberikan rasa sakit.

Seringkali anda dinasihatkan untuk terus ke hospital sebaik sahaja tanda-tanda awal bersalin berlaku. Dalam julat masa yang singkat ini, terdapat segelintir daripada anda yang terdedah kepada pelbagai masalah yang melibatkan ibu atau anak dalam kandungan. Selain dari tu, pemantauan perlu dimulakan sebaik sahaja sakit bermula bagi ibu yang menghidap darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung ataupun masalah perubatan yang lain. Kedudukan bayi perlu ditentukan untuk memastikan ia betul-betul sesuai untuk kelahiran biasa. Sekiranya air ketuban telah pecah, keadaan tali pusat bayi perlu ditentukan juga. Bagi masalah tali pusat yang keluar terlebih dahulu sudah tentu memerlukan pembedahan dilakukan dalam masa 10 minit untuk menjamin keselamatan bayi.

Sekiranya keadaan ibu dan bayi adalah baik, bukaan pintu rahim akan menentukan status kelahiran tersebut. Kurang dari 3 cm menandakan proses bersalin peringkat awal. Bukaan pangkal rahim yang lebih besar dari 3 cm menandakan proses aktif telah bermula. Penentuan kaedah kawalan sakit bersalin akan ditentukan berdasarkan status tersebut. Bergantung kepada kaedah yang disediakan di hospital, doktor akan memberikan kaedah yang bersesuaian.  

Mengambil kira kelahiran pertama sebagai contoh, antara kaedah yang dicadangkan ialah suntikan, sedutan gas entonox dan pembiusan epidural. Suntikan ubat tidak lagi sesuai sekiranya bukaan mencecah 8 cm. Dikhuatiri bayi akan mengalami kesan ubat dan susah bernafas sebaik sahaja dilahirkan. Sedutan sendiri gas Entonox boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang proses kelahiran malah boleh diteruskan semasa proses pengeluaran uri atau jahitan dilakukan. Epidural pula hanya boleh diberikan sekiranya terdapat khidmat doktor bius khusus di bilik bersalin, lengkap dengan kakitangan serta peralatan bantuan untuk menangani sebarang komplikasi. Jadi, berbincanglah dengan doktor untuk mendapat maklumat lanjut. Maklumat ini tentunya akan melegakan perasaan cemas yang anda rasai.

Kontraksi palsu

Ada ketikanya, sebaik sahaja bergegas ke hospital, kesakitan reda dengan sendirinya. Biarpun begitu, anda perlu meneruskan pemeriksaan doktor bagi memastikan punca kesakitan tersebut. Ini kerana jangkitan kuman dalam air kencing, radang yang melibatkan appendiks atau usus boleh menimbulkan kesakitan yang sama. Dengan adanya tanda-tanda klinikal yang menjurus kepada lain-lain diagnosis selain sakit bersalin, doktor akan meneruskan pemeriksaan faraj.
Ketahuilah, kontraksi palsu akan hilang dengan sendiri. Ini kerana pangkal rahim masih kenyal dan tertutup rapat. Tiada juga terdapat tanda-tanda pendarahan atau lelehan air ketuban. Tambahan pula pemeriksaan ultrasound menunjukkan tempoh kehamilan masih awal dan bayi berada dalam keadaan yang baik.Rawatan khusus akan diberikan dan biasanya anda diarahkan untuk berehat di rumah untuk tempoh sementara antara tiga hingga tujuh hari sehinggalah pemeriksaan semula dilakukan.

INFO

Bagi mengurangkan sakit kontraksi, anda digalakkan mengiring ke sebelah kiri. Ia membolehkan suami mengurut bahagaian belakang dan tidak mengganggu peralatan yang digunakan. Paling penting, ia tidak akan menyebabkan gangguan aliran darah kembali ke jantung. Jika mengiring ke sebelah kanan, rahim akan menghimpit saluran pembuluh darah utama ke jantung! 

Wednesday, January 2, 2013

Landskap Indah Taman Botani, Putrajaya

Cuti menyambut tahun 2013 dipenuhi dengan aktiviti seawal jam 8 pagi...


Mr Hubby, I dan Incik Ammar bergerak ke Mc D untuk bersarapan... Mak Yong teringin nak makan breakfast buffet... Sebelum meletop nikmati kehendak tekak dulu...

Hampir 1 jam juga duduk di Mc D...

Kemudian, tiada perancangan ke mana-mana. Duk memikir terdetik plak nak ke Taman Botani... Iyer la x pernah menjejakkan kaki biarpun dari rumah ke Taman Botani, Putrajaya hanya 15 minit.

Sangat suka taman ni, cantik dan seni bina bangunan daripada ukiran ayat Al-Quran... menarik, kalau teringin nak buat anniversary photoshoot akn ku buat di sni.

So apalagi amik la pic buat kenangan...