Monday, April 29, 2013

Love U... Love U Not... I'm Sure I Really Love U...

Oh No...

Saya cintakan awak tapi saya tak cintakan awak...

Saya rasa cam da jatuh cinta dengan awak, makin lama saya pendam, makin menyeksakan, setiap hari saya cuba pasang strategi untuk lebih cintakan awak, saya selalu kejar awak, sejak 3 bulan ni, semakin saya kejar, semakin itu awak rapat dengan saya...


Pelbagai cara saya gunakan, makin lama makin jatuh cinta dengan awak. Awak beri semangat untuk saya lebih usaha... Awak suntik aura untuk saya... Awak buat saya semakin cantik dan bertenaga...

Oh Shaklee... Sejak 3 bulan pertemuan ini, saya rasa saya dah dapat dapat awak erat2.. Dan jangan awak bimbing, saya takkan sia2kan peluang yang awak beri untuk saya berjaya dan berjaya...


Saya memang tak dapat lupa pertemuan pertama kita ketika awak didatangkan khas buat saya di rumah dan diperkenalkan sebagai set berpantang. Saya teruja sangat nak sayang awak.

Setelah seminggu mengenali awak saya sangat teruja. Jahitan bersalin saya cepat baik dan cantum. Benang tak sempat nak reput dan berbau. Awak buat saya rasa selesa nak berjalan. Dan x rasa sesak nak berjalan dan membuang air. Saya bersyukur bertemu awak. Dulu  masa bersalin anak pertama x sempat saya jumpa awak. Hari ke 10 pantang saya dah yakin boleh drive kereta dan keluar berjalan dengan baby.

Walaupun malam pun tidur x cukup, sepanjang pantang saya tak pernah tidur siang.

Bekas-bekas hitam masa preggy pun totally hilang. strechmarks pun pudar. Alhamdulillah.

After dis, saya akan buat orang lain pun jatuh cinta dengan awak.

Love u Shaklee, Really... Mmuahhh...


Segan ke? Nak sihat x? contact me ya...

Salmeza Salih

013 222 0240 | www.facebook.com/shakleevitaminvalley


Thursday, April 25, 2013

JATUH TANGGA

Astagfirullahalazim...

Memang mengucap panjang saya pagi ini. Peristiwa yang sangat2 saya tak ingini berulang sekali lagi. Ya Allah, rasa macam nak tercabut  nyawa. Huhu.

Pagi ini agak kelam-kabut. Situasi yang paling tak suka nak hadapi iaitu menguruskan kedua-dua little kids berseorangan. Pagi tadi bangun agak lewat kerana malam bangun 3 kali susukan Cik Annur. Dalam keadaan pening terpaksa juga gagahkan diri. Siap uruskan diri sendiri, saya terus mandikan Incik Ammar dan memakaikannya baju. Siap semua, baru kejutkan Cik Annur. Alhamdullilah anak-anak saya tak ada masalah untuk bangun dan mandi air sejuk biarpun mereka masih kecil.

Siap semua dan nak turun bawah, Incik Ammar beriya-iya nak tolong Mama bawa beg. Mama da cakap x payah tolong Mama. Biar Mama buat semua, bila saya nak ke bilik dukung Cik Annur, tetiba terdengar bunyi menda jatuh kemudian teriakan Incik Ammar. Ya Allah, nasib baik tak tercampak Cik Annur, saya letak baik ke tilam dan berlari dapatkan Ammar yang terbaring di tangga yang paling bawah, tanpa berfikir apa saya peluk dia erat sambil menangis sama-sama.

Mama minta maaf, Abang. Duduk berdua di hujung tangga. Tak boleh nak fikir apa-apa. Otak semakin jamm. Inilah salah satu sebab saya tak suka rumah dua tingkat. Dua kali terjadi seakan meraguut jantung hati seketika. Sangat takut terjadi apa-apa padanya. Ya Allah, saya khilaf. Semuanya terjadi sekelip mata tanpa Papa di sisi.

Beg yang Ammar bimbit terus saya buang ke rumah bawah.

Ammar tetap menangis nak bawa. Saya cakap padanya sambil peluknya, Abang x payah tolong Mama. Mama boleh buat sendiri. Abang turun baik-baik.

Semoga tak terjadi lagi.

Dalam hati, doa banyak-banyak semoga Ammar dilindungi sentiasa oleh Allah SWT.


Sampai di rumah mak BS, saya pesan jika dia muntah atau lain gayanya cepat2 beritahu. Tengah hari terus telefon, mak BS cakap Ammar ok dan aktif macam selalu. Alhamdulillah tetapi masih perlu dipantau. Kerja tak tenteram teringat2 kes pagi tadi. Air mata mengalir. Menyesal dalam hati sebab x jaga amanahMu dengan baik.

lovely sons, mama luv u.

KES PERTAMA : AMMAR JATUH TANGGA

TESTIMONI MEALSHAKE






Tuesday, April 23, 2013

Kepentingan Makanan Tambahan (suplemen) Shaklee

Shaklee bukan UBAT tapi MAKANAN TAMBAHAN.



Pernahkah anda terbaca iklan mengenai makanan tambahan (dietary supplement) di akhbar-akhbar tempatan atau di internet? Kewujudan makanan tambahan seperti produk kesihatan yang sering dicanangkan dengan pelbagai kebaikan atau khasiat, telah mempengaruhi ramai pengguna untuk mendapatkan atau mengguna produk tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan tambahan?

Menurut Food and Drug Administration (FDA), makanan tambahan ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba. Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut. Namun, anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan kesihatan.

Kelebihan makanan tambahan

Penghasilan makanan tambahan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan turut menimbulkan persoalan kepada pengguna. Mereka sering bertanya atau ingin tahu apakah kepentingan dan keperluan mengambil makanan tambahan memandangkan masih ramai yang kabur tentang fakta terhadapnya.

Secara amnya, makanan tambahan dapat memulih dan memelihara kesihatan individu. Memandangkan gaya hidup yang kurang bergerak dan pemakan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi”, mengandungi bahan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organik, glukos dan hormon.

Selain itu, pengambilan makanan tambahan berfungsi untuk menyingkirkan toksik dalam badan iaitu dengan mengurangkan kerosakan tisu-tisu dalam badan. Makanan tambahan juga dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan seharian. Contohnya, dengan mengambil makanan tambahan yang mengandungi cendawan gano.

Bagaimana seseorang individu boleh mengamalkan pengambilan makanan tambahan?

Pengambilan makanan tambahan sebaik-baiknya dimulakan dari peringkat awal, iaitu ketika masih kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, mereka turut mewarisi pemakanan tidak seimbang dalam keluarga dan perlu diteruskan sehingga tua. Keperluan orang tua terhadap pengambilan makanan tambahan biasanya lebih banyak berbanding golongan muda kerana mangalami masalah kesihatan.

Bagi seseorang individu yang mahu memulakan makan makanan tambahan, disarankan mengambil pil multivitamin dengan mineral dan mengandungi 400 mikrigram asid folik. Setelah selesa, barulah mengambil pil kalsium, pil antioksidan seperti vitamin C dan E.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti, anda mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.

Saturday, April 20, 2013

Kurang Tenaga Tanpa ESP (sumber power)

Sabtu yang lembap... Sejuk sepanjang malam tidur...

Bangun pagi seawal jam 5. Dikejutkan Cik Annur yang sangat energetik. Nak susu. Lepas menyusu, Cik Annur tidur balik dan Mama terus tak tidur. Bangun dan basuh kain. Naik atas sambung lipat kain. ! jam kemudian Cik Annur bangun lagi berserta Incik Ammar minta susu.

Bagus betul anak Mama Papa ni tak pernah susah nak kejut bangun tapi mereka bangun sendiri. Sejak bayi memang ajar mereka bangun, minum susu dan terus mandi. Mandi pun air sejuk je. X pernah ajar mandi air panas, memandangkan rumah pun xda beli heater.

Pagi ni breakfast kat luar dgn Mr Hubby.

So saya sangat2 terlupa nak minum ESP. Sampai office terus ajak staff dan driver pi kedai Hardware, nak beli batu bata konkrit dan pasir utk deko taman buluh Jepun mini bos.  Setiap kali datang bos asyik bising, mai office cam x semangat. X seronok meh... Hehe. Xpe i try my best Sir.


Kejap je amik masa deco, x sampai 1 jam pun... Baru semangat pi office kan... Biasa2 jadi pasti ada kelainan dari kosong.


Lepas buat kerja, badan tak rasa seperti selalu, cergas. Naik office, badan rasa letih dan lemas. Ni mungkin sbb terlupa amik ESP. Memang lain rasanya. Lenguh sana sini.

Balik ni kena minum energybooster I dulu. Kalau kawan-kawan nak cuba, boleh PM saya. 

Segan ke? Nak sihat x? contact me ya...

Salmeza Salih

013 222 0240 | www.facebook.com/shakleevitaminvalley



Thursday, April 18, 2013

VITAMIN VALLEY: Masalah Sering Keletihan

Alhamdulillah masih dikurniakan roh untuk bersama keluarga...

Pagi Ahad sementara menunggu ketibaan pelanggan untuk COD suplemen Shaklee, Mr Hubby beraksi di dapur menyediakan mee goreng mamak dan teh ais kegemaran pelanggan setianya.

 

Sangat sedap... Jika dulu tak saya memang tak suka makan mee goreng, tapi bila dah kawin, mee goreng air tangan hubby menjadi salah satu makanan kegemaran saya. Terbaik...

Jam 12.30pm, customer datang... minta mereka menjamu selera... 

Habis makan, baru cerita pasal suplemen. Pelanggan datang mengambil suplemen utk penjagaan kulit, tenaga dan penjagaan dalaman wanita. Disamping itu, beliau ada memberitahu ibunya selalu kepenatan hingga tak bangun sehingga tak boleh bangun 2 hari. Saya sarankan beliau mengambil GLA Complex dan B complex untuk energybooster dan penjagaan dalaman wanita.

Set Kesuburan wanita dan penjagaan kulit...
ESP : Energising Soy Isolated Powder (energybooster)

Segan ke? Nak sihat x? contact me ya...

Salmeza Salih

013 222 0240 | www.facebook.com/shakleevitaminvalley

Wednesday, April 17, 2013

Ambil GLA Complex, Tahukah Anda Apa itu GLA?

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Jom tengok kandungan GLA Complex Shaklee.

Inilah Bunga Borage yang menghasilkan Minyak Borage. Minyak Borage ini mengandungi GLA (Gamma Linolenic Acid) semulajadi yang sangat pekat dan merupakan asid lemak Omega 6. Omega 6 merupakan asid lemak perlu digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.  

Minyak Benih Bunga Matahari merupakan satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


Kelebihan dan Keistimewaan GLA Complex Shaklee:
 
  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
  4. Membantu dalam menangani menopous
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangani Ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan Imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-cot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolestrol
  15. Untuk fungsi saraf

CARA PENGAMBILAN :

GLA Complex diambil sebelum tidur setiap hari sebanyak 2 biji. Dengan pengambilan air putih yang lebih mengikut berat badan anda.

1 liter air dapat menampung untuk berat badan manusia 50kg. Jika lebih ambil lebih banyak.

Credit : Mummy Aainaa & Nanny Syu

Malu??? pm kita senyap2 k... rahsia kita2 je...
Whatsapp +6013.222.02.40
Shaklee Independent Distributor 908115

BERDENGKUR PENYEBAB MATI DALAM TIDUR

Pernafasan Tersekat Sewaktu Tidur Berdengkur (Obstructive Sleep Apnoea Syndrome)
Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.
Dengkuran yang teruk bisa menganggu tidur orang lain
Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.
Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur.

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya.
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit.

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan.

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Langkah pencegahan dengkur.

1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.
3. Memilih posisi tidur secara mengiring.
4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.



Shaklee Independent Distributor 908115
Whatsapp / sms call : +6013.222.02.40

Tuesday, April 16, 2013

VITAMIN VALLEY : ASID FOLIK ELAK KECACATAN JANIN

Ramai ibu hamil ambil mudah dan malas nak ambil asid folik dengan alasan takut bayi yang lahir besar.

Anda takut bayi lahir terlalu besar atau inginkan bayi yang sihat dan sempurna?

Pilihan di tangan anda.



MENGAPA IA PENTING?
1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk (anecephaly)

2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan lahir pra matang dan kekurangan darah

3. Mengurangkan kecacatan yang lain:
~ sumbing lelangit
~ kecacatan pada jantung
~ pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama
~ kecacatan pada sistem pembuangan air kencing : tiada lubang perkumuhan.

4. Menambah kepekatan hemoglobin dalam darah ibu hamil

BILA ASID FOLIK BOLEH DIAMBIL?
3-6 bulan sebelum mengandung dan sepanjang kehamilan. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan asid folik boleh dihentikan. Tetapi digalakan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

Terdapat suplemen Shaklee yang dicadangkan khas buat ibu -ibu hamil dan dalam perancangan hamil.

TRIMESTER 1 
Vitalea
B complex dan Asid Folik
Vita C
Ostematrix

TRIMESTER 2 dan 3
Set Trimester Pertama + Omega guard




Untuk maklumat tambahan boleh pm/whatsapp

Shaklee Independent Distributor: 908115
+6013 222 0240