Thursday, April 25, 2013

JATUH TANGGA

Astagfirullahalazim...

Memang mengucap panjang saya pagi ini. Peristiwa yang sangat2 saya tak ingini berulang sekali lagi. Ya Allah, rasa macam nak tercabut  nyawa. Huhu.

Pagi ini agak kelam-kabut. Situasi yang paling tak suka nak hadapi iaitu menguruskan kedua-dua little kids berseorangan. Pagi tadi bangun agak lewat kerana malam bangun 3 kali susukan Cik Annur. Dalam keadaan pening terpaksa juga gagahkan diri. Siap uruskan diri sendiri, saya terus mandikan Incik Ammar dan memakaikannya baju. Siap semua, baru kejutkan Cik Annur. Alhamdullilah anak-anak saya tak ada masalah untuk bangun dan mandi air sejuk biarpun mereka masih kecil.

Siap semua dan nak turun bawah, Incik Ammar beriya-iya nak tolong Mama bawa beg. Mama da cakap x payah tolong Mama. Biar Mama buat semua, bila saya nak ke bilik dukung Cik Annur, tetiba terdengar bunyi menda jatuh kemudian teriakan Incik Ammar. Ya Allah, nasib baik tak tercampak Cik Annur, saya letak baik ke tilam dan berlari dapatkan Ammar yang terbaring di tangga yang paling bawah, tanpa berfikir apa saya peluk dia erat sambil menangis sama-sama.

Mama minta maaf, Abang. Duduk berdua di hujung tangga. Tak boleh nak fikir apa-apa. Otak semakin jamm. Inilah salah satu sebab saya tak suka rumah dua tingkat. Dua kali terjadi seakan meraguut jantung hati seketika. Sangat takut terjadi apa-apa padanya. Ya Allah, saya khilaf. Semuanya terjadi sekelip mata tanpa Papa di sisi.

Beg yang Ammar bimbit terus saya buang ke rumah bawah.

Ammar tetap menangis nak bawa. Saya cakap padanya sambil peluknya, Abang x payah tolong Mama. Mama boleh buat sendiri. Abang turun baik-baik.

Semoga tak terjadi lagi.

Dalam hati, doa banyak-banyak semoga Ammar dilindungi sentiasa oleh Allah SWT.


Sampai di rumah mak BS, saya pesan jika dia muntah atau lain gayanya cepat2 beritahu. Tengah hari terus telefon, mak BS cakap Ammar ok dan aktif macam selalu. Alhamdulillah tetapi masih perlu dipantau. Kerja tak tenteram teringat2 kes pagi tadi. Air mata mengalir. Menyesal dalam hati sebab x jaga amanahMu dengan baik.

lovely sons, mama luv u.

KES PERTAMA : AMMAR JATUH TANGGA

No comments:

Post a Comment