Wednesday, May 29, 2013

Healthy And Beauty Tips For Women



In this fast world everyone would like to look beautiful and attractive. But no one have time to give little bit time to their health and beauty.
If you want when anyone see you and admire you then for this you must give little bit time to your health and beauty.
Here we are telling you some best way how you can become beautiful and attractive.
1) Women should give at least 30 to 60 minutes per day to do different exercise.
2) Women should not take any type of anxiety and worry.
3) Women should not use those beauty products which give them side effects. They should always prefer to natural products.
4) If women want to lose their weight then they should use fruits and vegetables. Fruits and vegetables also make our skin fresh and attractive.
5) Women should take maximum water. At least 10 glass per day because water is essential for our health and beauty. We can’t live without water.
When women does not care of their health and beauty then they looks older than their age. If you will follow these few tips then you will look younger and beautiful and everyone will praise you and ask to you about their beauty. These tips are very effective and beneficial and it always give you positive and permanent result.

Kenali Skoliosis dan Tanda-tanda


Pengenalan
Tulang belakang membantu menyokong badan berkedudukan tegak.
Setiap orang mempunyai bengkokkan semula jadi di mana sedikit daripada bengkokkan itu diperlukan untuk mengimbangi kedudukan badan, bergerak dan berjalan dengan sempurna.


Apakah skoliosis?
Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.
Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud 'bengkok'.
Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.
Siapakah yang menghidap skoliosis?
Kanak-kanak
'Infantile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:
  • Kecacatan sejak lahir
  • Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
  • Kecederaan
  • Jangkitan
  • Ketumbuhan
'Juvenile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 - 10 tahun. Ia jarang berlaku.
Remaja
'Adolescent idopathic scoliosis' - skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.
Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal.
Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.
Faktor keturunan
Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%.
Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Punca-punca skoliosis
Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital. Ia tidak berpunca dari:
  • Duduk membongkok
  • Duduk dalam keadaan janggal
  • Tidur di atas tilam lama atau nipis
Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.
Gejala
Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan. Tanda-tanda lain termasuk:
  • Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
  • Penonjolan tulang bahu
  • Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
  • Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
  • Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
  • Baju yang dipakai kelihatan senget
Jika dibiarkan tanpa rawatan: Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan:
  • Sakit belakang yang berpanjangan
  • Kecacatan bentuk badan
  • Kesukaran bernafas
Rawatan
Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna.
  • Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang belakang tidak menjadi teruk
  • Pesakit akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan
Peralatan khas untuk menyokong tulang belakang ("Bracing")
  • Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok
  • Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai
Pembedahan
  • Akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk
  • Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk
  • Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut
  • Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai "braces" badan hari ke-2 atau ke-3
  • Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa
  • Bersukan dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan
Petua-petua untuk ibu bapa mengesan skoliosis di peringkat awal:
Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya ("idiopathic scoliosis") selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal.
Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas. Tanda - tanda yang dapat dilihat pada anak anda:
  • Bahu kelihatan tidak sama tinggi
  • Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
  • Pinggang kelihatan senget sebelah
  • Pinggul kelihatan tinggi sebelah
  • Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja
Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.

Skoliosis (tulang belakang bengkok) Mengancam Nyawa dan Rawatan Shaklee

Dua hari ini saya sibuk menjaga anak-anak memandangkan babysitter bercuti. Memang x menang tangan menjaga anak aktif dan lincah berumur 1 tahun 8 bulan dan 4 bulan. Seawal 6 pagi saya sudah bangun menyiapkan diri dan membasuh kain. kemudian melayan anak-anak mandi dan memberinya susu.

Siap mengemas rumah, saya hanya fokus kepada anak-anak. kita kemas sini, dia berselerakkan barang di sana.

Kalau ikut keupayaan diri memang tak larat tetapi gagahkan jua disebabkan masalah tulang belakang.

***************************************
AKU BUKAN INSAN SEMPURNA

Imbas balik kenangan 2005 yang lepas. Hampir 8 tahun. Waktu  itu, saya bersama BFF ingin mendaftar diri ke kelas Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat. Kami bertolak dari Medoi menaiki motor baru. Kawan baru je dapat lesen. Aku hanya menumpang di belakang. Sampai di sebelum simpang Duckham, tetiba ada anjing melintas bawah motor, kawan saya break mengejut menyebabkan motor terseret dan saya tercampak ke tengah jalan. Nasib baik ada org baik hati angkat saya ke pinggir jalan. Kalau tidak memang dah arwah sebab ngam2 treler sampai dari jalan yang sama.

Sampai di hospital, imbasan Xray dijalankan memandangkan saya terhentak ke jalan. Pegawai kesihatan menyatakan tulang belakang saya unik kerana hasil imbasan mengesahkan tulang belakang saya bengkok 10 darjah di bahagian lumbar.


contoh

Data terbaru mengungkapkan sepanjang 2011 ada 508 kematian yang disebabkan skoliosis di banyak negara, dimana Amerika Serikat menempati angka kematian tertinggi. The National Scoliosis Foundation AS menemukan fakta skoliosis terjadi pada 4,5% populasi di banyak negara dan lebih sering menimpa perempuan daripada laki-laki dengan nisbah 2:1


Mengikut Doktor Pakar Orto, saya tidak perlu menjalani pembedahan memasang pendakap utk menegakkan kembali tulang belakang kerana risiko 50/50 sama ada pulih atau lumpuh keseluruhan. Saya memang x nak menjalani pembedahan. Bialah saya boleh bergerak bebas dan menjalani kehidupan seperti manusia biasa.

Pernah bertanya pada Doktor Pakar Orto, bolehkah saya mengandung memandangkan saya tak boleh mengangkat beban berat?

Katanya boleh jika tak membahayakan saya. Alhamdulillah saya telah melahirkan 2 orang cahaya mata comel pada tahun yang berturut-turut.


Tapi akhir-akhir ini masalah sakit pinggang dan sengal-sengal di tulang belakang menjadi-jadi. Kadangkala menyebabkan pernafasan saya bermasalah. Dada terasa berat ketika menarik nafas.

Adakah kecondongan makin kritikal? Walahualam.

Sebelum tidur saya akan ambil pil kalsium untuk menyamankan kesakitan dan memudahkan saya tidur.

Alhamdulillah sejak sebulan pengambilan Ostematrix Shaklee, masalah ini dapat diatasi. Saya rasa ringan badan dan kesakitan hilang bila bangun pagi. Masalah sakit -sakit sendi di lutut berkurangan.


Kebiasaannya scoliosis tidak dapat diubat dengan senaman atau urut kecuali kes yang mild/ringan dan untuk mengurangkan sakit. Senaman/physiotherapy boleh menguatkan otot tetapi tidak membantu pembentukan semula tulang. Biasanya physiotherapy dimulakan selepas pembedahan utk menguatkan muscle sekitar tulang belakangKesan jangkan panjang skoliosis mmg ada dan biasanya jelas apabila sudah tua, mengandung etc.....biasanya kdg-kdg sakit belakang yg berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian. Operation biasanya membantu,tapi mana-mana operation pasti ada risiko semasa pembedahan, ubat anaesthesia, luka (jangkita etc( dan kesan operation itu sendiri. Tapi, mungkin ia berbaloi jika dibandingkan dengan perlu hidup dengan skoliosis seumur hidup. Wallahualam - Dr khairol

lebih info - Skoliosis [kongsi pengalaman anda] klik SINI

Ya Allah berikanku kesihatan zahir dan batin supaya dapat ku jalani kehidupan yang sempurna, menjalankan kewajipan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anakku dan berikanlah ku kekuatan untuk menempuh cabaran dan dugaan untuk berjaya. Amin...



Bagi anda yang berminat untuk mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 908115 | loveliaprincess.blogspot.com| +6013.222.02.40
FB : Salmeza Salih [Vitamin Valley]
FB Fanpage : Vitamin Valley [klik]
~ Penghantaran ke seluruh Malaysia
~ Free Delivery / COD Putrajaya, Cyberjaya / Puchong - Putra Perdana, Kg Ayer Itam, Puchong Prima, Taman Mas, Puchong Perdana, Bukit Puchong / Ampang KL

Wednesday, May 22, 2013

Sperma Tak Berkualiti Kecewakan Isteri



Setiap pasangan berumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata.Namun tidak semua bernasib baik dianugerahkan zuriat dalam tempoh terdekat.Ada di antaranya bertahun-tahun hidup bersama tetapi hasilnya tetap kecewa.
Mungkin ada yang terlepas pandang,antaranya perihal sperma yang dihasilkan suami.Sejauh manakah ia berkualiti?Ramai suami tidak memikirkan perkara ini sebaliknya hanya sekadar mahu ejakulasi.Keadaan ini membuatkan isteri yang menginginkan cahaya mata kecewa.
Jadi jika anda ingin menjadi bapa dalam masa terdekat maka ikuti tip yang diberikan bagi meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.
Belajar untuk berhenti merokok
Lelaki dan rokok sangat sinonim biarpun kebelakangan ini wanita juga menjadi pengguna.Sekiranya anda prihatin pada pasangan dan inginkan kualiti kesihatan yang baik maka berhentilah merokok.
Disamping menyebabkan nafas berbau,perokok juga mampu mempengaruhi kekurangan sperma.Berdasarkan kajian yang dijalankan menemui perokok memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok.
Jadi tunggu apa lagi.Cubalah berhenti dari sekarang sekiranya anda benar-benar prihatin tentang zuriat dan kesihatan diri serta pasangan yang dicintai.
Elak pakai seluar ketat
Mungkin ada yang tersenyum bila membaca fakta ini.Hakikatnya ia benar dan bukannya sesuatu yang lucu.Sebolehnya elakkan dari memakai seluar yang ketat dan kurang pengaliran udara.Ini kerana testis perlu memiliki suhu yang lebih sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain.
Oleh kerana itulah maka seluar yang dipakai terlalu ketat secara tidak langsung mengganggu keselesaan testis untuk bernafas.Sekali gus ia menjadi faktor pendorong untuk mengurangkan jumlah sperma soran lelaki.
Pilih makanan yang baik dan seimbang
Makanan yang baik menjamin tubuh yang sihat.Begitu juga dengan pola makanan yang perlu diambil bagi meningkatkan produksi sperma.Semuanya harus rendah lemak,tinggi kandungan protein dan banyakkan sayur-sayuran.Biar semuanya seimbang dan menyihatkan.
Rancang waktu untuk seks
Masalah sperma cair mungkin berlaku disebabkan kekerapan ejakulasi.Ini kerana sperma akan berkurangan apabila hubungan intim dilakukan dalam tempoh waktu yang agak dekat.
Mungkin setiap hari atau selang dua hari,siapa tahu.Oleh itu,rancanglah masa yang sesuai untuk bersama dengan pasangan.Tidak semestinya kalau sehari tidak berhubungan akan menjejaskan kualiti perkahwinan.
Katakan tidak pada alkohol
Selain merokok,satu tabiat lagi yang perlu dihentikan ialah pengambilan alkohol.Ini kerana ia mampu menjejaskan fungsi hati sekaligus , menyebabkan peningkatan estrogen dalam badan.
Kesan estrogen yang tinggi secara tidak langsung mempengaruhi produksi sperma.Dengan mudah,jumlah sperma akan berkurangan sekiranya anda masih tegar mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak dan kerap.
Selain itu elakkan dari mengambil dua makanan berikut:
1.Daging berlemak
Daging memang baik untuk membekalkan tenaga tetapi jika berlebihan,ia mengundang masalah kesihatan pada anda.Memakan daging dengan kuantiti yang banyak menyebabkan pengambilnya malas bergerak,agresif dan fikiran tidak tenang.
Oleh itu kurangkan kuantiti pengambilan daging dalam diet makanan harian kerana ia boleh membuatkan anda tidak bersemangat untuk melakukan seks bersama isteri tercinta.
2.Makanan segera
Umum mengetahui,makanan segera mengandungi bahan kimia yang mampu merosakkan tahap kesihatan seseorang.Malah pengambilan terlalu kerap juga dikatakan boleh melemahkan sperma sekali gus mengakibatkan kemandulan.
Jenis - jenis sperma

Suplemen kesihatan Lelaki
Zinc Complex

~ menjaga kesihatan reproduktif lelaki
~ mencegah kanser prostat
~ menghasilkan sperma berkualiti 



*****************************************************

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 908115 | loveliaprincess.blogspot.com| +6013.222.02.40
FB : Salmeza Salih [Vitamin Valley]
FB Fanpage : Vitamin Valley
~ Penghantaran ke seluruh Malaysia
~ Free Delivery / COD Putrajaya, Cyberjaya / Puchong / Ampang KL



Monday, May 20, 2013

Tips Slim Fit dan Khasiat Meminum Lebih Air

Kembunglah perut kalau minum banyak air. Tahukah anda dengan pengambilan air masak, anda akan;

  • Rasa badan segar dan x mudah letih
  • Tiada masalah sakit kepala dan migrain
  • Tiada masalah sembelit
  • Tidak berlaku ketegangan otot
  • Tekanan darah yang seimbang
  • Mengatasi masalah buah pinggang
  • Kulit menjadi lembap
  • Kurangkan risiko kematian.
  • Mengurangkan berat badan



Bagaimana saya boleh kurangkan berat badan
Mengurangkan pengambilan kalori melalui penggantian makanan supaya kalori yang dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar.



*****************************************************

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 908115 | loveliaprincess.blogspot.com| +6013.222.02.40
FB : Salmeza Salih [Vitamin Valley]
FB Fanpage : Vitamin Valley
~ Penghantaran ke seluruh Malaysia
~ Free Delivery / COD Putrajaya, Cyberjaya / Puchong / Ampang KL

Budak 1 tahun 8 bulan Jaga Mama dan adik 4 bulan.

Hujung minggu saya terlalu pack dengan pelbagai aktiviti. Sabtu malam masih tak terasa kepenatan, masuk malam Ahad rasa badan cam kayu balak. berat sangat, dada terasa sesak. Macam enjin kereta lama yang dah semput n nazak.

Tak dapat nak layan Ammar main macam biasa, hanya baring sambil TV terbuka.

Sambil menyusukan Annur, sambil baring. Lama-lama terlelap.

Dalam lena dan jaga, terasa ada sentuhan. Dalam keadaan mata yang berat nak buka, rupanya Ammar kucup dahi Mama lama sambil tengok ke dalam mata Mama. Mungkin dia faham Mama da terlalu penat. Dia kucup sekali lagi Pipi Mama.

Mama betul2 x larat Abang. Kesian Abang, xda sape nak layan.

Usai cium pipi Mama, ciuman hinggap di pipi dan kening adik Annur pula. Sayu terasa...

Saat Papa xda, Ammar banyak tolong Mama. Bila Mama jemur baju Ammar tolong hulurkan baju dari bakul. Bila Mama menyapu Ammar tolong pegang penyodok. Bila Mama kat dapur Ammar teman sampai habis buat kerja.

Mama Sayanggggggggggggggggggggggggggg sangat kat Ammar,



Duduk melihat adik yang sedang tidur, dia ambil bantal busuk dan baring.

Wednesday, May 15, 2013

Serangan Gout dan Suplemen Shaklee

Apa itu Gout?


Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik (uric acid) di dalam darah yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout , asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama-kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat . Asid urik ini kemudian akan mendap di bahagian sendi terutama di bahagian sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain seperti di bahagian belakang, kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terlibat. 

Gout adalah salah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur termasuk remaja. Gout juga boleh disebabkan oleh masalah kegemukan, tekanan, kerosakkan buah pinggang. Penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik kesan sampingan ubat 'diuretik' dan akibat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.

 Contoh anggota badan yang sering diserang Gout

Monday, May 13, 2013

Sambutan Hari Ibu Cluster 8, Taman Putra Perdana Puchong

Selamat Hari Ibu...

Semalam 12.05.2013 sempat buat jamuan Potluck bersama penduduk setempat meraikan hari Ibu penuh bermakna. Jom layan gambar-gambar sepanjang Majlis.


Susah Kurus sebab Kurang Metabolisme


Ramai yang mengalami masalah obesiti selalu berkata “Aku susah lah nak kurus, metabolisme aku tak tinggi”Betul tak kenyataan tu?. Well untuk menjawap soalan itu, kita kena firstly faham apa itu metabolisme.

Apa dia metabolisme?

Definasi: Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala akitivti (termasuk proses pernafasan dan system badan) memerlukan tenaga (sumber calorie).

Perkara Semulajadi Yang Mempengaruhi Metabolisme

  1. Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.
  2. Genetik: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.
  3. Umur: Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan memambahkan berat badan walaupun mengambil makanana yang sama (sewaktu muda).

Kejang Kaki / cramp / ular-ular / simpul urat


Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda. 

Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit. 

Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan

Tips Keluarga Sakinah


63 TIPS untuk Menjadi Keluarga Sakina

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan

JERAGAT Pudar???

Alhamdulillah...

Sebulan meminum ESP dan pengambilan suplemen Zinc secara konsisten. Hajat di hati nak Hubby sihat dan bertenaga tetapi perubahan luar biasa nampak.

Kulit beliau lembap dan jeragat yang selama ni sangat menrunsingkan saya semakin pudar. syukur dan happy sangat utk beliau.

Kurus Itu Cantik Ke?

Kadangkala orang terlalu fanatik nak kurus dan sanggup menghabiskan duit membeli produk slimming yang belum tentu menjamin kesihatan mereka. Jika silap dalam percaturan anda memperjudikan nasib buah pinggang anda. Mungkin ia mengambil jangka masa panjang untuk menampakkan kesan. So berwaspadalah.

Berusahalah dengan pengambilan nutrisi yang seimbang dan menjamin kesihatan anda.

Kenapa susah nak naikkan berat badan?
1. Kurang rehat. Terlalu kuat bekerja sampai terlupa nak makan.
2. Metabolisma terlalu tinggi. Kalori cepat terbakar sehingga tak sempat digunakan untuk badan.
3. Sistem pencernaan yang kurang baik. Usus kotor menyebabkan zat2 makanan susah nak diserap masuk kedalam badan
.4. Ketidakseimbangan pengambilan nutrisi.
5. Kurang minum air kosong. 











Dapatkan set SLIM FIT Shaklee...





***********************************************************************


Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 908115 | loveliaprincess.blogspot.com| +6013.222.02.40
FB : Salmeza Salih [Vitamin Valley]
FB Fanpage : Vitamin Valley
~ Penghantaran ke seluruh Malaysia
~ Free Delivery / COD Putrajaya, Cyberjaya / Puchong / Ampang KL

Friday, May 10, 2013

SUSU SEMAKIN KURANG, BAYI TAK PUAS MENYUSU


5 Punca Susu Merudum 



Susu merudum merupakan kerisauan ibu-ibu yang fully breastfeed. Tapi susu merudum bukan lah sebab tiba-tiba drop. Ia disebabkan beberapa punca. Kita kenali punca yang biasa, lepas tu boleh take action 


1. Pam yang tidak kerap

Tahukah anda, untuk hasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu di rangsang (stimulate) sekerap 2 atau 3 jam sekali. Bukan 4 jam sekali ya. Masa dalammpantang dulu, untuk kasi susu keluar, saya stimulate setiap 1 Jam. Jangan bosan dan putus asa perah susu atau pam susu walaupun hasil mula -mula adalah sedikit. Lebih kerap payudara di kosongkan, lebih banyak susu akan di hasilkan.

2. Period

Bila ibu mula period, banyak darah akan keluar. Bila banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 91% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan merudum.

TIPS: Banyakkan makanan bersumber kalsium dan tambahkan kekerapan pam sewaktu period untuk atasi masalah ini

3. Kurang makan dan minum

Bila ibu skip meals, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama susu ibu. Kalau kering je badan kita, cemana pulak nak hasilkan banyak susu kan?

TIPS: untuk dapatkan susu yang pekat, banyakkan makanan berprotein seperti ikan, daging dan ayam. Jika anda mencari supplement untuk bantu pekatkan susu, anda boleh dapatkan Energizing Soy Protein (ESP)

4. Anak dah mula ‘solid’

Bila anak dah mula ‘solid’, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula kenyang dengan makanan selain susu.

TIPS: Ibu perlu tambah kekerapan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus

5. Ibu Stress


Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.

Jadi ibu-ibu, bila susu mula drop, kenali puncanya. Kemudian boleh amalkan tips yang saya kongsikan
 






***********************************************************************

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 908115 | loveliaprincess.blogspot.com| +6013.222.02.40
FB : Salmeza Salih [Vitamin Valley]
FB Fanpage : Vitamin Valley
~ Penghantaran ke seluruh Malaysia
~ Free Delivery / COD Putrajaya, Cyberjaya / Puchong / Ampang KL