Monday, May 20, 2013

Budak 1 tahun 8 bulan Jaga Mama dan adik 4 bulan.

Hujung minggu saya terlalu pack dengan pelbagai aktiviti. Sabtu malam masih tak terasa kepenatan, masuk malam Ahad rasa badan cam kayu balak. berat sangat, dada terasa sesak. Macam enjin kereta lama yang dah semput n nazak.

Tak dapat nak layan Ammar main macam biasa, hanya baring sambil TV terbuka.

Sambil menyusukan Annur, sambil baring. Lama-lama terlelap.

Dalam lena dan jaga, terasa ada sentuhan. Dalam keadaan mata yang berat nak buka, rupanya Ammar kucup dahi Mama lama sambil tengok ke dalam mata Mama. Mungkin dia faham Mama da terlalu penat. Dia kucup sekali lagi Pipi Mama.

Mama betul2 x larat Abang. Kesian Abang, xda sape nak layan.

Usai cium pipi Mama, ciuman hinggap di pipi dan kening adik Annur pula. Sayu terasa...

Saat Papa xda, Ammar banyak tolong Mama. Bila Mama jemur baju Ammar tolong hulurkan baju dari bakul. Bila Mama menyapu Ammar tolong pegang penyodok. Bila Mama kat dapur Ammar teman sampai habis buat kerja.

Mama Sayanggggggggggggggggggggggggggg sangat kat Ammar,



Duduk melihat adik yang sedang tidur, dia ambil bantal busuk dan baring.

No comments:

Post a Comment