Monday, May 6, 2013

Kanser Prostat, Lelaki Jangan Leka



KUALA TERENGGANU: Bekas pemain bola sepak kebangsaan Yahya Jusoh, 61, meninggal dunia di sini pada Selasa akibat kanser prostat.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada kira-kira 4.50 petang.
Anak Allahyarham, Hazim Yatimi berkata sebelum itu, bapanya mengadu sakit setelah demam beberapa hari lepas.
Beliau berkata selepas Subuh tadi, Allahyarham mengadu sesak nafas sehingga memaksanya memanggil doktor datang ke rumah mereka pada kira-kira 9 pagi.
"Sejurus menerima rawatan, doktor menyarankan supaya saya bawa bapa ke hospital kerana keadaannya semakin teruk," katanya ketika ditemui di Taman Permint Jaya Chendering di sini.
Hazim Yatimi berkata meskipun sedih, mereka sekeluarga reda memandangkan Allahyarham sudah lama menghidap penyakit saraf, iaitu sejak 2009.
Yahya, yang merupakan pemain seangkatan dengan lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarham Mokhtar Dahari, meninggalkan seorang balu, Normah Alias, 60, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki serta tiga cucu.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mencemar duli menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya.
Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Datuk Che Mat Jusoh.
Sementara itu, Che Mat menganggap pemergian Yahya satu kehilangan besar dalam arena bola sepak negara.
"Allahyarham seorang yang baik, sama ada di dalam atau di luar padang. Saya dah kenal lama dia dan pernah melawatnya sewaktu dia sakit dahulu. Kehilangannya memang amat dirasakan," katanya.
Jenazah Yahya, yang juga bekas tonggak pertahanan Terengganu pada era 70-an dan 80-an, dijangka disemadi pukul 9 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Batu Burok di sini. - BERNAMA
Apa itu Kanser Prostat?

Untuk pelbagai jenis kanser, lebih mudah merawat dan mengubati kanser jika ditemui awal. Doktor akan memeriksa prostat dengan cara menggunakan jari dengan sarung beberapa inci ke dalam anus untuk merasakan kelenjar prostat. Ini disebut ujian rektal digital. Prostat yang normal berasa kenyal. Jika ada bintik-bintik keras pada prostat, doktor mungkin mengesyaki kanser.
Satu lagi cara adalah dengan melakukan ujian darah yang dipanggil ujian Prostate Specific Antigen (PSA). Lelaki yang mengalami kanser prostat mempunyai tahap yang lebih tinggi dalam ujian PSA tetapi jangkitan juga boleh meningkatkan paras PSA. Seeloknya dapat kedua-dua ujian setiap tahun mulai usia 50 dan sebagian perlu mendapatkan ujian PSA pada usia 40.
Punca utama kanser prostat belum diketahui. Kajian menunjukkan bahawa genetik memainkan peranan yang kuat. Bukti juga menunjukkan bahawa diet dan gaya hidup juga jadi menyumbang kepada kanser prostat.
bagaimana boleh mencegah kanser prostat ini. Seeloknya kita menjalani gaya hidup sihat bermula sekarang. Gaya hidup salah satu usaha kita untuk mengelak daripada pelbagai penyakit. Kesihatan yang baik itu tidak datang sendiri, kita kena usaha untuknya. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

KHASIAT VIVIX
~ anti penuaan selular
~ mengurangkan kedutan di wajah
~ menstabilkan tekanan darah
~ menghilangkan lemas lesu
~ meredakan sakit sendi dan tulang
~ mengawal kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes
~ meningkatkan kesihatan jantung, otak dan sistem pertahanan badan
~ memperbaiki sel2 dalam badan
~ mempercepatkan proses pemulihan akibat jangkitan
~ mengurangkan risiko kanser
~ penawar bagi prokok tegar

GANGGUAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)
Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat.
Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser.
Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat




***********************************************************************

Bagi anda yang berminat untuk mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 908115 | loveliaprincess.blogspot.com| +6013.222.02.40
FB : Salmeza Salih [Vitamin Valley]
FB Fanpage : Vitamin Valley
~ Penghantaran ke seluruh Malaysia
~ Free Delivery / COD Putrajaya, Cyberjaya / Puchong / Ampang KL


No comments:

Post a Comment