Monday, May 13, 2013

Kejang Kaki / cramp / ular-ular / simpul urat


Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda. 

Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit. 

Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan

Mengapakah urat simpul berlaku pada kaki saya?

Bayi anda yang sedang membesar, plasenta (uri) dan uterus (rahim) anda menekan salur darah pada bahagian pelvik anda. Ini termasuklah salur darah besar (vena kava inferior) pada bahagian kanan badan anda. 

Salur darah utama ini terpaksa bekerja keras. Ia menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah dan kebanyakan organ dalam pelvik dan perut. Tekanan yang diterima oleh vena kava inferior membuatkan lebih sukar bagi darah dari kaki anda untuk pulang ke jantung. 

Pada masa yang sama, terdapat lebih banyak darah mengalir di seluruh badan anda ketika ini dan hormon progesteron pula merelakskan dinding salur-salur darah ini. 

Kesemua ini membawa maksud salur darah pada kaki anda lebih berkemungkinan untuk membengkak. Urat simpul adalah biasa dalam kehamilan, tetapi ia akan beransur baik selepas anda bersalin. 


Adakah urat simpul boleh berlaku pada bahagian badan yang lain?

Anda lebih berkemungkinan mengalami urat simpul di kaki anda, tetapi ia juga boleh berlaku di bahagian-bahagian tubuh yang lain. Buasir ialah sejenis urat simpul yang berlaku di bahagian dubur dan merupakan perkara biasa dalam kehamilan. 

Kira-kira empatperatus wanita hamil mengalami urat simpul pada bahagian dalam dan di sekeliling faraj mereka. Masalah ini biasanya pulih sendiri selepas mereka bersalin. 

Apakah simptom-simptom urat simpul?

Selain daripada kelihatan sangat tidak menarik, urat simpul boleh mengakibatkan simptom-simptom lain yang tidak menyenangkan, termasuk:
  • kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit di mana urat simpul berlaku;
  • bengkak tapak kaki dan buku lali;
  • kejang otot pada waktu malam;
  • lenguh kaki dan kaki terasa berat.
Jika simptom-simptom ini agak teruk atau menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa, mintalah bantuan daripada doktor anda. 

Bolehkah saya mengelakkan urat simpul?

Malangnya, tidak banyak yang anda boleh lakukan untuk mengelak atau menghalang masalah ini daripada berlaku. Tetapi jangan putus asa. Ada beberapa perkara yang anda boleh cuba: 
  • Baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior anda. Letakkan bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang anda.
  • Jangan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. Berjalan-jalanlah sekurang-kurangnya sekali setiap setengah jam. Anda juga boleh membuat beberapa senaman ringkas seperti berjalan untuk melancarkan peredaran darah.
  • Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki. Tinggikanlah kaki anda bila-bila boleh. Gunakan bangku kecil atau kotak.
  • Pertambahan berat yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang.
Terdapat juga pelbagai jenis seluar ketat (tights) dan stokin khas untuk ibu mengandung yang anda boleh cuba pakai untuk mengelakkan darah dari berkumpul di kaki. 

Pakai seluar ketat atau stokin ini sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang untuk berkumpul di kaki. Tiada jaminan seluar ketat atau stokin ini dapat menghalang urat simpul daripada berlaku atau menghalangnya daripada menjadi teruk, tetapi ia mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan yang anda rasa. 




Khasiat Ostematrix-Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.


OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


Kaplet bersalut yang mudah ditelan


  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

***********************************************************************


Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 908115 | loveliaprincess.blogspot.com| +6013.222.02.40
FB : Salmeza Salih [Vitamin Valley]
FB Fanpage : Vitamin Valley
~ Penghantaran ke seluruh Malaysia
~ Free Delivery / COD Putrajaya, Cyberjaya / Puchong / Ampang KL

No comments:

Post a Comment