Wednesday, May 29, 2013

Skoliosis (tulang belakang bengkok) Mengancam Nyawa dan Rawatan Shaklee

Dua hari ini saya sibuk menjaga anak-anak memandangkan babysitter bercuti. Memang x menang tangan menjaga anak aktif dan lincah berumur 1 tahun 8 bulan dan 4 bulan. Seawal 6 pagi saya sudah bangun menyiapkan diri dan membasuh kain. kemudian melayan anak-anak mandi dan memberinya susu.

Siap mengemas rumah, saya hanya fokus kepada anak-anak. kita kemas sini, dia berselerakkan barang di sana.

Kalau ikut keupayaan diri memang tak larat tetapi gagahkan jua disebabkan masalah tulang belakang.

***************************************
AKU BUKAN INSAN SEMPURNA

Imbas balik kenangan 2005 yang lepas. Hampir 8 tahun. Waktu  itu, saya bersama BFF ingin mendaftar diri ke kelas Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat. Kami bertolak dari Medoi menaiki motor baru. Kawan baru je dapat lesen. Aku hanya menumpang di belakang. Sampai di sebelum simpang Duckham, tetiba ada anjing melintas bawah motor, kawan saya break mengejut menyebabkan motor terseret dan saya tercampak ke tengah jalan. Nasib baik ada org baik hati angkat saya ke pinggir jalan. Kalau tidak memang dah arwah sebab ngam2 treler sampai dari jalan yang sama.

Sampai di hospital, imbasan Xray dijalankan memandangkan saya terhentak ke jalan. Pegawai kesihatan menyatakan tulang belakang saya unik kerana hasil imbasan mengesahkan tulang belakang saya bengkok 10 darjah di bahagian lumbar.


contoh

Data terbaru mengungkapkan sepanjang 2011 ada 508 kematian yang disebabkan skoliosis di banyak negara, dimana Amerika Serikat menempati angka kematian tertinggi. The National Scoliosis Foundation AS menemukan fakta skoliosis terjadi pada 4,5% populasi di banyak negara dan lebih sering menimpa perempuan daripada laki-laki dengan nisbah 2:1


Mengikut Doktor Pakar Orto, saya tidak perlu menjalani pembedahan memasang pendakap utk menegakkan kembali tulang belakang kerana risiko 50/50 sama ada pulih atau lumpuh keseluruhan. Saya memang x nak menjalani pembedahan. Bialah saya boleh bergerak bebas dan menjalani kehidupan seperti manusia biasa.

Pernah bertanya pada Doktor Pakar Orto, bolehkah saya mengandung memandangkan saya tak boleh mengangkat beban berat?

Katanya boleh jika tak membahayakan saya. Alhamdulillah saya telah melahirkan 2 orang cahaya mata comel pada tahun yang berturut-turut.


Tapi akhir-akhir ini masalah sakit pinggang dan sengal-sengal di tulang belakang menjadi-jadi. Kadangkala menyebabkan pernafasan saya bermasalah. Dada terasa berat ketika menarik nafas.

Adakah kecondongan makin kritikal? Walahualam.

Sebelum tidur saya akan ambil pil kalsium untuk menyamankan kesakitan dan memudahkan saya tidur.

Alhamdulillah sejak sebulan pengambilan Ostematrix Shaklee, masalah ini dapat diatasi. Saya rasa ringan badan dan kesakitan hilang bila bangun pagi. Masalah sakit -sakit sendi di lutut berkurangan.


Kebiasaannya scoliosis tidak dapat diubat dengan senaman atau urut kecuali kes yang mild/ringan dan untuk mengurangkan sakit. Senaman/physiotherapy boleh menguatkan otot tetapi tidak membantu pembentukan semula tulang. Biasanya physiotherapy dimulakan selepas pembedahan utk menguatkan muscle sekitar tulang belakangKesan jangkan panjang skoliosis mmg ada dan biasanya jelas apabila sudah tua, mengandung etc.....biasanya kdg-kdg sakit belakang yg berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian. Operation biasanya membantu,tapi mana-mana operation pasti ada risiko semasa pembedahan, ubat anaesthesia, luka (jangkita etc( dan kesan operation itu sendiri. Tapi, mungkin ia berbaloi jika dibandingkan dengan perlu hidup dengan skoliosis seumur hidup. Wallahualam - Dr khairol

lebih info - Skoliosis [kongsi pengalaman anda] klik SINI

Ya Allah berikanku kesihatan zahir dan batin supaya dapat ku jalani kehidupan yang sempurna, menjalankan kewajipan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anakku dan berikanlah ku kekuatan untuk menempuh cabaran dan dugaan untuk berjaya. Amin...



Bagi anda yang berminat untuk mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 908115 | loveliaprincess.blogspot.com| +6013.222.02.40
FB : Salmeza Salih [Vitamin Valley]
FB Fanpage : Vitamin Valley [klik]
~ Penghantaran ke seluruh Malaysia
~ Free Delivery / COD Putrajaya, Cyberjaya / Puchong - Putra Perdana, Kg Ayer Itam, Puchong Prima, Taman Mas, Puchong Perdana, Bukit Puchong / Ampang KL

4 comments:

  1. saya juga mengalami sakit tulang belakang bengkok baru dikesan sebulan yang lalu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. come join us: https://www.facebook.com/pages/Kelab-Skoliosis-Malaysia-Pemilik-Tulang-Unik/393849650736947

      Delete
  2. Buat treatment di pakar tulang kampung di Padang Rengas.Kampung Landu?? Latiff.

    ReplyDelete