Friday, May 10, 2013

SUSU SEMAKIN KURANG, BAYI TAK PUAS MENYUSU


5 Punca Susu Merudum 



Susu merudum merupakan kerisauan ibu-ibu yang fully breastfeed. Tapi susu merudum bukan lah sebab tiba-tiba drop. Ia disebabkan beberapa punca. Kita kenali punca yang biasa, lepas tu boleh take action 


1. Pam yang tidak kerap

Tahukah anda, untuk hasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu di rangsang (stimulate) sekerap 2 atau 3 jam sekali. Bukan 4 jam sekali ya. Masa dalammpantang dulu, untuk kasi susu keluar, saya stimulate setiap 1 Jam. Jangan bosan dan putus asa perah susu atau pam susu walaupun hasil mula -mula adalah sedikit. Lebih kerap payudara di kosongkan, lebih banyak susu akan di hasilkan.

2. Period

Bila ibu mula period, banyak darah akan keluar. Bila banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 91% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan merudum.

TIPS: Banyakkan makanan bersumber kalsium dan tambahkan kekerapan pam sewaktu period untuk atasi masalah ini

3. Kurang makan dan minum

Bila ibu skip meals, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama susu ibu. Kalau kering je badan kita, cemana pulak nak hasilkan banyak susu kan?

TIPS: untuk dapatkan susu yang pekat, banyakkan makanan berprotein seperti ikan, daging dan ayam. Jika anda mencari supplement untuk bantu pekatkan susu, anda boleh dapatkan Energizing Soy Protein (ESP)

4. Anak dah mula ‘solid’

Bila anak dah mula ‘solid’, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula kenyang dengan makanan selain susu.

TIPS: Ibu perlu tambah kekerapan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus

5. Ibu Stress


Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.

Jadi ibu-ibu, bila susu mula drop, kenali puncanya. Kemudian boleh amalkan tips yang saya kongsikan
 






***********************************************************************

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya. Pengedar sah Shaklee di Putrajaya & KL serta kawasan-kawasan yang berdekatan
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 908115 | loveliaprincess.blogspot.com| +6013.222.02.40
FB : Salmeza Salih [Vitamin Valley]
FB Fanpage : Vitamin Valley
~ Penghantaran ke seluruh Malaysia
~ Free Delivery / COD Putrajaya, Cyberjaya / Puchong / Ampang KL


No comments:

Post a Comment