Wednesday, July 24, 2013

[PENYUSUAN] Pemilihan Bra Yang Betul

Berlatarbelakangkan keluarga yang lebih ramai lelaki, saya kurang mendapat info pemilihan bra yang betul di samping kekangan kewangan.

Sejak melahirkan anak pertama terdapat benjolan besaar di bahagian ketiak saya yang menyebabkan saya kurang selesa. hal ini menjadi lebih serius bila saya melahirkan anak kedua dan bayi saya menyusu badan. benjolan di ketiak semakin besar.

seorang rakan pejabat lama saya cadangkan untuk saya berjumpa pakar dalam pemilihan bra yang betul. 2 hari lepas saya pergi berjumpa pakar tersebut, sebelum ni saya memakai cup C dgn saiz 38. rupanya ia tak dapat sokong sepenuhnya. tanpa mengukur, pakar tersebut mengambil bra yang ada dan menyuruh saya cuba satu persatu. Alhamdulillah, bra tersebut sangat selesa dan pakar mengajar saya cara pemakaian bra yang betul dan menarik lemak di sekitar ketiak dan belakang badan masuk ke cup dgn betul. Biarpun harganya mahal lebih dari RM1xx sehelai, tapi amat berbaloi. Pakar menyatakan benjolan pulih mengambil masa 3 bulan. bra yang dicadangkan boleh bertahan 3 tahun.

Kesan pemilihan bra yang salah menyebabkan payudara anda kendur, kurang menarik, ketulan lemak di bahagian bawah bra dan ketiak. jika dibiarkan benjolan tersebut menyebabkan kalenjar payudara anda sakit dan perlu dibedah.

sumber mrs google
Terdapat pelbagai jenis jenama bra di pasaran. Tetapi apa yang patut ketahui adalah mengenali jenama yang bersesuaian dengan payu dara anda. Beberapa jenama dikenal pasti mempunyai bahan yang berkualiti tinggi dan jahitan yang bersesuaian dengan payu dara. Semua sedia maklum, payu dara adalah organ penting ditubuh wanita jadi pemilihan bra yang betul amatlah penting. Jika anda keliru dan tidak mengetahuinya, rujuklah di kaunter pembelian bra kerana mereka arif dan pakar tentang hal berkaitan. 


Di sini terdapat beberapa tips:

Cara pemilihan bra yang betul
1) Kenali bentuk dan ukuran payu dara anda.
Jika anda mempunyai saiz payu dara yang besar, pilih bra yang dapat menopang tanpa membuatnya jadi terlalu penuh. Caranya dengan memilih bra yan menopang kawat, namun hindari bra yang dipenuhi span melainkan anda ingin memberi kesan yang menonjol. Sebaliknya jika payudara anda kecil, sebaiknya pilih bra yang dapat menopang payu dara anda dengan kawat dan yang mempunyai span, ianya memberi kesan penuh pada payu dara anda.

2) Pilih dan kenali bra yang bersesuain dengan keadaan.
Jangan sesekali mengenakan bra ala lingerie seksi yang hanya mempunyai kain yang nipis dan tidak mempunyai kawat jika anda ingin bersenam atau melakukan aktiviti lasak. Ianya sama sekali tidak dapat memberi keselesaan pada payu dara anda.

3) Jaga bra dengan baik
Jangan sesekali mencuci bra anda dengan mesin cuci. Cucilah selalu dengan tangan agar bentuk kualiti terjaga. Hindari detergen atau serbuk pencuci dan gunalah yang mempunyai PH yang rendah. Malah, hindari bra anda dari cahaya matahari. Jemur ditempat yang terlindung dari sinaran terik matahari.

4) Cuba dahulu bra bila ingin beli
Sebelum anda membayar bra yang dikehendaki, cuba dahulu dan jangan hanya mempercayai ukuran semata-mata saja. Pastikan lingkar lilit dada anda dan ukuran cup bra terasa cukup sesuai bagi payudara anda.


Cara pemakaian bra yang betul

1) Selepas memakai bra, bongkokkan badan sedikit, tolak ketulan lemak yang ada di tulang selangka dan bahagian atas perut masuk ke mangkuk bra supaya lemak itu boleh berkumpul di bahagian hadapan.

2) Bahagian belakang dan perut akan nampak lurus dan kelihatan kedudukan tegak tanpa ada ketulan lemak.

Jadi pilihlah bra yang tepat untuk kesihatan dan keindahan payu dara anda. Radang payu dara adalah infeksi yang terjadi pada jaringan payu dara yang umumnya disebabkan bakteria yang biasa terdapat pada kulit. Bakteria ini biasanya masuk melalui puting payu dara sehingga menimbulkan gejala seperti nyeri payu dara, bengkak salah satu payu dara, payu dara kemerahan, gatal dan disertai dengan demam.

Salmeza Salih
Pakar IbuBF Slimfit & Kesuburan
013.222.02.40

No comments:

Post a Comment