Friday, August 23, 2013

BAHANA VICKS MENGECUTKAN KERANDUT BUAH ZAKAR

sumber m|r google
SEGAMAT, Pada 9 Syawal 2013, seorang kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan yang dilahirkan sempurna dimasukkan ke hospital dan dibedah kerana kantung buah zakarnya mengecut sejak bayi kerana ibunya sering menyapu sejenis balsem Vicks yang berangin dan sejuk sejak dilahirkan.

Ini terjadi kerana, ibu bayi tersebut malas untuk menuam dengan tungku bayi atau daun sireh untuk mengelakkan angin pasang kepada bayi lelaki tersebut. Sikap malas ini mengakibatkan kulit di bahagian buah zakar mengecut dan membuatkan buah zakar tersebut naik ke bahagian pundi kencing. Bayi ini menanggung akibat terpaksa dibedah untuk menurunkan buah zakar secara normal.

Buat ibu-ibu di luar sana, jadikan hal ini sebagai ikhtibar. jangan jadikan anak kita sebagai bahan ujikaji untuk kesenangan anda. Biar bersusah daripada anak-anak anda merana terpaksa dibedah dan ditebuk badannya.


No comments:

Post a Comment