Monday, September 30, 2013

BUKAN KAU TAKDIRKU -

mengimbas detik hampir 13 tahun lepas... tika itu aku masih di bangku sekolah. riang ria remaja bilamana pelajar kampung sepertiku berpindah ke sekolah menengah di kawasan bandar. berbekal keputusan upsr yang tak berapa nak ok, hanya 2a3b aku didaftarkan ke sekolah menengah oleh ayahku. alhamdulillah, bff masa sekolah rendah ditempatkan sekelas denganku.
ya, bermulalah dunia remajaku...

aku memilih duduk di sebelah rakanku di kelas 1B berhampiran tangga. agak janggal bila terpaksa berkongsi kelas dgn kaum india dan cina. kejutan budaya, pasti. aku kurang bercakap dan bertegur siapa dengan orang. di rumah aku tiada adik beradik perempuan. ibu menjadi teman dan pendamping. di sekolah juga aku hanya pergi ke mana-mana bersama geng kampungku. keadaanku yang begitu membuatkan aku sering dikatakan sombong... ah peduli apa... janji aku bahagia.

di hari pertama, aku diperkenalkan dengan guruku yang padaku dia cukup cantik dan lembut. namanya Rohani bt Pungut. Aku selesa dengannya.

masuk sebulan aku bersekolah di tingkatan 1, aku mula dapat membiasakan diri, terpaksa berhimpit2 di dalam bas sekolah yang terkenal dgn panggilan bas bombay.

aku begitu meminati matapelajaran sejarah yang diajar oleh cikgu Roslan. dan sesuatu yang menakjubkan aku menyukai tulisan cantik yang sering melingkari papan hitam di hadapan kelas. selain itu, cikgu roslan pandai menggunakan kelebihan beliau menulis dgn tangan kiri dan kanan.

indahnya...

**********************************

Aku tidaklah seperti remaja yang lain. Dibenarkan keluar rumah hingga ke lewat malam. Masa yang ada jika tidak di sekolah, aku habiskan di bilik peribadiku. kerana aku salah satunya anak perempuan dalam keluarga. nak kata dimanja tidak juga.

kerna sejak kecil aku dipukul hingga tangisanku jadi tak bernilai. bila mak bapak ke kebun, jika aku berjalan ke rumah jiran perempuan bermain pondok pondok, balik rumah pasti tendangan dan tali pinggang hinggap di badanku dipukul oleh abang-abangku. aku dianggap pemalas kerana jika tidak melakukan kerja kerja rumah seperti membasuh pinggang atau menyapu.

ah, da biasa tubuh kecilku dihenyak, tulang belakangku disepak. seperti aku bukanlah dari daging mereka. aku hanya berdiam.

dendam yang bakal ku bawa hingga tiba titik akhir hidupku.

pernah suatu ketika umurmu 10 tahun, tika aku bermain masak2 pasir di belakang rumah, aku dipanggil dan sesampai di rumah, aku dipanggil bohsia yang kerjanya hanya berkeliaran di luar rumah. hidupku sedari kecil tidak seperti kanak2 lain. selepas habis mak berpantang aku dibawa ke kebun kerana aku hanya menyusu badan. tika mak menoreh aku di tinggal di tengah kebun getah di dalam buaian.

dunia kecilku yang tak mengerti apa-apa sehingga ubat nyamuk lingkar menjadi makanan tika lapar menunggu mak siap menoreh.

anak2 sekarang merasa gigitan nyamuk dan agas sepertiku.

nantikan sambungannya Kau Bukan Takdirku.


**********************************


BAB 1: PACARAN
==============
aku tak percaya cinta

aku tak percaya cinta

aku tak percaya C.I.N.T.A

Remaja sepertiku bukan tahu erti cinta pun. yang aku tahu boipren girlpren. tapi x pernah pun aku bercinta sakan. cinta monyet org suka sana sini ada la. perasan meletoppp la.

dari sekolah rendah xda havoc sangat pun dalam alam pacaran kerana perwatakkanku yang kasar ala jantan kerana direkrut oleh abang2ku menjadikan jiwaku kental. x heran dek hinaan dan cercaan yang mengatakan aku tomboy.  aku dengan hal aku je.

balik sekolah, jika x ke kelas agama, aku duk melepak atas pohon jambu bol di perdu paling atas dengan kawan sejiwa, Afiz.

aku anak ustazah kafa, memang diwajibkan belajar lebih pandai dan tak pernah mengecewakan mak sebab tak pernah corot lagi. ujian solat first class kerana setiap kali ujian aku akan melakonkan cara solat dengan bacaan yang kuat.

habis sekolah agama, aku bersama jalan kaki dengan mak yang jauhnya dalam 2km turun naik bukit. kesian mak. aku tak apalah muda lagi.

FASA PERKENALAN
================
Sejak awal aku masuk kelas 1B bersama-sama teman rapatku, segalanya nampak normal. Aku duduk di barisan paling hadapan di tepi pintu. memudahkan pelajaran menusuk di otakku yang sedikit lambat.

hampir dua bulan, Tiba-tiba jiwa remajaku seakan tidak enak  pabila terasa ada mata nakal memerhati.
kot ye pun kan jangan lah pandang macam tu, kataku dalam hati. Gangguan sungguh. setiap kali mata nakal itu memerhati, aku seakan tidak selesa dan terus mencuit teman sebelahku, mak yah nama panggilannya.

kataku, mak yah mamat tu pandang ko la. dia nak ngorat ko tanpa rasa bersalah. beriyalah minah ni pusing belakang kerana aku pun tak tahu mamat ni pandang siapa.

di kalangan teman2, aku suka menggusik. kdgkala aku dianggap ketua geng yang suke nyakat orang.
berlalu selama 2 minggu ku biarkan perkara ni berlanjutan. lantak pi la dengan mamat mata nakal tu yabg sering buat aku tak selesa dan ingin mencungkilnya.


teruskan menunggu ~ Bukan Kau Takdirku

No comments:

Post a Comment