Thursday, September 19, 2013

Happy Birthday Incik Ammar ke 2 Tahun

Bangun subuh pagi tadi, biasa Ammar yang kejut semua orang, tapi pagi ini dia tidur meniarap tangan di perut, badan kejung x bergerak. Mama pegang badan lembut kejutkan langsung x bergerak. Allah. Takutnya.

Muhammad Ammar Raziq
15 minit rasanya goncang badannya, cium pipinya, sejuk angin dari aircond. Allah, kenapa anakku, ku raih ke pelukkanku, ku cium, dan ku seru namanya, Ammar, Mama ni bangunlah.

Tiba-tiba Ammar menangis dan mengeliat. Terima kasih Allah kerna Kau tiupkan kembali rohnya. Mama cuak betul. Takut kehilangan anugerah yang Kau beri dan janganlah Kau ambil balik di hari lahirnya kedua.

Allahuakbar, rasa sangat bersyukur atas anugerah yang Kau berikan kepada kami suami Jef Arjuna Jusoh isteri, seorang anak lelaki yang aktif, manja, mudah tersenyum, periang dan penyayang. 

Masih terasa saat Kau berikanku rasa nikmat sebagai wanita untuk hamil janin di rahimku. memberi nyawa ketika usianya 4 bulan dan mengizinkannya mengerakkan tangan dan kakinya ketika usia 19 minggu, saat bacaan Al Quran pertama didengarkan di perutku. seakan-akan pergerakan kupu2 di dalam rahimku. Allah, indahnya saat itu.

Selamat Ulangtahun ke-2, Sayang. Ya Allah, jadikanlah Anakku, Muhammad Ammar Raziq seorang hambaMu yang soleh, yang taat kepada Perintahmu, Patuh dan menghormati kedua orang tuanya, baik akhlak dan budi, menjadi abang yang bertanggungjawab dan penyayang, cerdik akal dan sihat tubuh badan.

Mama, Papa & adik Annur Rhea Hana sayang Ammar Raziq.

Salmeza Salih
Pakar IbuBF Slimfit
908115 | 013.222.02.40

No comments:

Post a Comment