Friday, October 18, 2013

My Diary : Kedamaian hidup

Syukur ke hadrat Ilahi, aku masih diberi nikmat untuk merasai nikmat hidup bersama keluarga kecilku.

Seawal pagi melihat muka comel anak kecilku, membuatku tersenyum sendiri. Allahuakbar, besarnya nikmat yang Kau beri padaku. Dengan kehidupan yang telah tersusun untukku. Dunia penuh warna dalam lakaran kanvas hidupku. Bersama Kau hadirkan insan-insan pendamping dan teman-teman yang menyayangiku.

Jam 8:00pagi, suami memanaskan enjin motor. Jika dulu aku menghantar kedua-dua anakku ke rumah mak pengasuh, tetapi sejak 4 bulan lepas, suami bersama menghantar, berempat kami atas motor. dapat merasai kesusahan orang lain yang tak punya kereta.

Selepas menghantar anak2 kecilku, kami terus bersarapan pagi bersama.

Jam 8:30pagi kami bergerak ke tempat kerja bersama. Tangan kasarnya ku cium. bila tang pipi... tetiba makcik sebelah sedang siram bunga. aiyarkkk...

Malu dibuatnya...

Pintu blackie ku kuak, sterengnya ku usap,

Blackie, Mama sayanggggggggggggggg blackie. please jgn merajuk lagi.

Petang mama mandikan blackie, k?

TIPS KEDAMAIAN JIWA
---------------------------
Rutin saya setiap hari, sebelum mendengar apa2 muzik dan luahan hati org, masuk kereta sepanjang perjalanan ke office;

1. istigfar
2. selawat ke atas Nabi
3. surah dhuha - alam nasyrah
4. ayat 1000 dinar
5. zikir ya wahhab - menjemput rezeki

basahkan lidahmu dengan memuji kebesaran TuhanMu, penuhkan dadamu dengan makanan rohani. 




Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan


18 Sebab Shaklee Menjadi Fenomena di Malaysia

18 sebab kenapa jenama Shaklee berbeza dari yang lain...


  1. Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral.Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”.Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.
  2.  Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.
  3. Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  4. Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayur2an dan minima lemak dan gula.
  5. Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
  6. Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
  7. Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.
  8. Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
  9. Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University)dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
  10. Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka
  11. Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas,enzim2 dan juga pyhtochemicals (bahan2 kimia semulajadi dalam sayur2an dan buahan ie karotenoid, flavonoid..yang ni nanti saya ulas panjang dalam entry yang lain)
  12. Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
  13. Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.
  14. Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia
  15. 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
  16. Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
  17. Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  18.  Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti.
credit: Master Shareeza Hashim

Hidup pasti Luarbiasa,

MeaSalih
908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

Thursday, October 17, 2013

Sajak Mentalis Pak Sako

Bapak rugged, anak groovy,
Sedang membiak di sana sini,
Di pantai memakai bikini,
Di kubur memakai mini.
Orang-orang kampung menghadap Kiblat,
Mereka membawa komik-komik Barat,
Bermain karate, ganti bersilat,
Makan anggur, menggantikan langsat,
Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dansing,
Tetapi, bila bergula dalam kencing,
Barulah teringat nak makan jering,
Terkenang kepada petai dan kerdas,
Barulah nak belajar mandi hadas.
Melayu bukan, Malaysian pun bukan,
Cina bukan, Indian pun bukan,
Inikah akar-akar yang mangaku rotan?
Atau kaca-kaca yang mengaku intan?
– Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad)
Sangat mendalam maksud sajak yang kerap ku dengar. Aku telah jatuh cinta dengan radio Bernama penuh info dan sarat dengan penjanaan minda lebih kreatif. 
Hidup pasti Luarbiasa,

MeaSalih
908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

Cabaran Kejayaan : Mr Blackie Merajuk

Jam 8.30pagi aku bergerak ke office, dari semalam lagi Mr blackie merajukk bila aku usha family car baru.

Merengus mengeluarkan bau hangit, tersengut-sengut dan berhenti di tepi highway. Pagi ini dia buat perangai lagi. Sian dia. Mama sayang blackie la, Mama x jual blackie.

Sejam menunggu panas dia reda, sampai abg driver tempat kerja lama.


Oh my baby... please... jgn merajuk. 


Call husband "U, keter ni rosak la. Merajuk lagi."

Suami, cuba u cium rim 4/4. Tgk dr mana hangit. Takut break sangkut. 

Jd kerja plak nk menonggeng kan.

U biar sejuk dlu. Pastu u goose turn. 

ha U nak I bawa kereta terbalik ke???

Bingung ke bengong aku jadinya. Hahahahahaha. 

Perlahan-lahan bawa ke bengkel, tanpa boleh tekan break, takut sangkut lagi. sangat mencabar giler. Boleh drift bila hanya pakai handbrake. 

Sesampai di bengkel, saat ingin ku tinggal blackie, tetiba kunci rumah tertinggal plak, buka balik pintu blackie, ku ambil kunci, saat ingin menutup, tanganku terkatup sekali.

Arggggggggggggggggg, jeritan jantan terkeluar. sepanjang jalan ke office ku urut2 tangaku, sampai office aku ikat guna selotep bagi tegak. 


best sangat hari ni, aku suka diuji. sebab ia mengajarku menjadi matang, sabar dan mampu menerima apa saja yang datang. 

Smile.

Watlek Watpeace...

Hidup pasti Luarbiasa,

MeaSalih
908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan



Friday, October 11, 2013

Reward Diri : 8 bulan bersama Shaklee - Samsung Smart Camera

Life is beautiful. 

One just needs to see the better side of the things...

Keep smilling 




Sharing pengalaman indah bersama Shaklee. Alhamdulillah impian untuk miliki samsung smart camera tercapai dalam masa 8 bln menghuru harakan bisnes menjual suplemen terbaik di dunia buat kaum ibu menyusu, ibu berpantang, ibu menyusu slimfit dan pelbagai. Niat membantu dipermudah dengan perjumpaan dengan insan2 hebat seperti Presidential Master Shareeza Hashim dan keluarga Jutawan yang melebihi 10000 orang di seluruh Malaysia.

Tidak lupa juga saya dipertemukan dengan anak-anak bisnes yang hebat dan luar biasa.

Bersama kita seiring menuju kejayaan. Impian pendapatan RM10000 sebulan bakal menyusul untuk wanita biasa seperti saya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Usaha tanpa doa adalah sombong
Doa tanpa usaha adalah sia-sia
Usaha dengan doa adalah kejayaan hakiki.


selalu kena tegur dengan Kak Cery, macam nak balik kampung... duk usung beg yang penuh dengan stok dan buku hari-hari.

Kenapa SAMSUNG SMART CAMERA?

sedikit review kenapa camera ini menjadi pilihan saya:
---------------------------------------------------------------

1. mea suka ambil gambar... sangat2 suka... x kira jumpa customer hantar barang, anak2 bisnes, rakan2, kumbang ke... semut ke... pn mea ambil gambar dia. dan memudahkan amik gambar produk.
2. boleh link dengan handphone samsung Note II untuk ambil gambar dari jarak jauh, just stand camera, dan klik guna handphone samsung dari jauh.
3. boleh link wifi untuk update gambar dan video dalam 1 masa ke facebook dan youtube
3. speed shutter sangat cepat. kamera lain 3 gambar/second. camera samsung ni 10 gambar/second. huwa... gempakkkk...

Harga RM2,400.00

sebulan mea simpan RM300.00 dari duit bonus Shaklee. Alhamdulillah. cukup 8 bulan cukup duit meza gi kedai, terus pilih SAMSUNG SMART CAMERA ni. sambar warna putih sebab nampak eksklusif. ada 3 color - pink / silver dan putih.

selebihnya mea akan update... nak test dulu... sila jeles. hehehe...




MeaSalih
908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

Wednesday, October 9, 2013

KISAH CINTA HAMIL: Kurus Jadi Hamil Shaklee

Allahuakbar... Allah Maha Besar. Dengan kebesaranMu juga dapat aku merasai kebahagiaan di petang hari. 

Speechless.



Testimoni sumber whatsapp

Customer merangkap anak bisnes saya mendapat berita baik hamil anak ke2 setelah mengambil alfalfa, lecithin dan esp. Niat hati nak kurus slimfit tp Allah telah rancangkan yang terbaik untuknya.

Kami keluarga VVCrews mengucap jutaan TAHNIAH buat Nurul Shuhada, VVCrews Pahang. Jaga diri n baby k.

Syahdu...

Salmeza Salih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

Anak Degil Jika Dicium???


Di'tag pada isu ini?

Aku? Pasti membangkang. Aku tak kisah siapa yang keluarkan isu. Tapi kata-kata ini macam tak berasas. Setiap parent sure tertanya, WHY? Bukan Wa Hayun You!!! No... No... No...

Setiap hujah pasti ada penerangan yang jelas.

Aku sebagai ibu, aku juga tak ingin anak yang degil, dan hanya disebabkan kita menciumnya, menjadi punca sifat mereka. Adakah kita ibu binatang? Kita manusia. Naluri seorang ibu sangat kuat. Anak-anak yang kurang sentuhanlah, kadangkala menjadi anak yang degil, suka memberontak dan suka memencilkan diri. Degil disebabkan dari asuhan dan didikan bukan dari ciuman seorang ibu dan bapa.

Muhammad Ammar Raziq, dilahirkan dari rahimku, yang ku kandung selama 9 bulan 2 hari. Sejak kecil segala urusannya hanya suamiku yang banyak sentuh tubuh badannya. Usianya 1 hari hingga kini, Suamiku yang memandikannya, mengusapnya, mengurutnnya dan tidur bersama, pendek kata tidur mesti bawah ketiak papa. aku agak jarang menguruskannya. Akhirnya Ammar jadi anak yang cukup kuat dari segi dalaman dan luaran. Bila Papa marah dia menurut, walau nangis tapi cari papa. Bila turn aku menjaganya, dia kurang mendengar, bila aku marah dia menjauh. Dari situ aku sedar, aku kurang menyentuhnya.

Tiada cara lain, aku cari alternatif. Apa aku buat?. Aku tahu masa anak tidur minda separa sedar time tu kita baca al fatihah, zikir dan nasihatkan mereka. Dalam x sedar kita akan cium anak kita. Terlahir anak2 yang bijak pandai dari cara kita beri mereka nasihat ketika mereka tidur. Mata mereka akan berkedip. Dan ini juga 1 cara org jepun bijak pandai gunakan utk latih anak mereka.

 Dia berak pn kita cium. Inikan dlm keadaan dia tidur. 1 kedamaian dan ketenangan abadi. Seakan mengadap penciptaNya. Allah. Syahdu ko. Kekdg mengalir air mata. Ni pn da bergenang. Br taip. Huhu. Rindu my son n daughter. Mama love u. Jerih payah melahirkan mereka. Nak peluk mereka.

Seharian kita bekerja mengadap cabaran duniawi, bagaimana mendapat terapi jiwa. dengan memerhati setiap inci wajah anak, mengusap tulang belakangnya, menciumnya. bagaikan roh masuk ke tubuh menghilangkan rasa penat dan kesakitan. Allahuakbar. 

Aku hanya meluahkan apa aku rasa, sebagai seorang ibu. Selagi tidak termaktub dalam Al-Quran. Nak cari la buku Cara Rasulullah mendidik anak untuk aku jadikan teras.

Maaf sesiapa yang tersinggung ya.

Salmeza Salih

KISAH CINTA CAROTOMAX : Rawat Rabun dengan Shaklee


30 minit ke office tanpa cermin mata setelah makan caratomax selama hampir sebulan, saya dapat baca signboard jalan dengan jelas. Dulu tengok tv yang jarak 1 meter pn x nampak apa bayang. 

Seronoknya x sabar nak hidup tanpa bergantung pada cermin mata yang duk kat batang hidung sejak berumur 13 tahun.

Ruginya x kenal dari dulu.

Dulu x dapat drive tanpa cermin mata. Kini, pemandangan lebih jelas dan terang. Petang ni nak kena buat cermin mata baru dgn power baru. Kesan seawal 60 hari.

Untuk masalah rabun yang kritikal, pengambilan 2 biji sehari membantu hidup lebih bermakna.

Sayangi Mata Anda.

Salmeza Salih
908115 | 013.222.02.40 

Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

Tuesday, October 8, 2013

Fenomena Shaklee di Malaysia

Bagus ke Shaklee ni? Hebat ke?

Buat anda yang masih tertanya, ragu-ragu, dan sering berfikir negatif, simpanlah buah fikiran anda.

Di saat anda tertanya-tanya, kami dah maju ke hadapan. 

Kenapa Shaklee menjadi fenomena di Malaysia???

Kualiti dan kebersanan produknya untuk seisi keluarga.

Semalam admin bergerak ke Shaklee pada pukul 5 petang untuk mengambil stok dan mendaftarkan VVCrews. Sesi order dan mengambil stok mengambil masa sehingga 6 jam.

Jika tak cekal hati, kuat mental dan fizikal dah lama rapuh dan terpengaruh dengan hasutan fikiran menyuruh admin balik rumah.

Demi sebuah perjuangan untuk berjaya, admin teruskan jua menempuh untuk mendapatkan stok Shaklee di HQ Subang. 




Sampai di rumah jam 11.45pm. Inilah gara-gara stok Herb Lax hot yang baru tiba dan dihadkan hanya 2 botol untuk seorang distributor.

Dikhabarkan bila SMS Shaklee sampai.

"RM0.00 Shaklee : Herb-Lax is now available! Only 2 bottles allowed p/distributorship p/ transaction/p month due to limited stock. Only for walk in orders at Home Office and Branch not applicable to online orders. Sorry for any inconvenience caused."

Ramai berpusu-pusu hingga kehabisan bekalan stok di beberapa stokis di negeri lain.

Alhamdulillah, stok anda ada pada saya. Boleh terus pm atau whatsapp secara personal. Apa yang saya janjikan kualiti konsultansi eksklusif buat anda.

Ramai ibu2 berpantang kembali sihat dan cergas
Ramai ibu2 muda yang menghasilkan susu yang berkualiti dan meriah untuk bayi mereka
Ramai ibu2 menyusu kembali slimfit
Ramai isteri2 yang berjaya hamil dan memberi kebahagiaan buat semua mereka
Ramai2 ibu bapa yang kembali senyum sihat dan ceria.

Anda bila lagi? Ingin menjadi rantaian pengedar atau menjadi pemerhati setia?

~~~~~~~~~~~~~~~
Hidup untuk memberi

MamaAR
908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

Thursday, October 3, 2013

KULIT BERSERI DAN GLOWING SHAKLEE


KULIT CANTIK GLOWING
================

"sungguh cantik, memang cantik"
"sungguh manis, memang manis"

Sebilangan VVCREWS di serata Malaysia mempunyai kulit yang cantik, gebu dan glowing. Kesan pengambilan suplemen untuk sihat secara konsisten.

kulit yang kusam, gelap dan berjerawat tiada lagi, kini kulit lebih bertenaga dan licin. bila kulit cantik, orang sekeliling pun nampak perubahan.

Kami mengambil suplemen Shaklee terbaik di dunia.

Energizing Soy Protein
==============

Diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modofied Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

Manfaat Utama:

Awet Muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap kunci kepada awet muda.

Baik untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung.

Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaan mengekang pertumbuhan dan perebakann sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopause, dan pembesaran prostat.

Kulit remaja - meransang pembentukan sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi dan kedutan

Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dalam rangsangan.

Dosage pengambilan:
==============
2 - 3 kali sehari. 2 sudu besar (perut kosong).

Cara tempahan:
===========
1. Tinggalkan mesej anda di:
https://www.facebook.com/shakleevitaminvalley?sk=messages_inbox
2. whatsapp ke 0132220240 untuk tempahan pantas

Shaklee Independent Distributor
Salmeza Salih - Id : 908115

Tips Mata Cantik - Penawar Rabun Shaklee


Adakah anda inginkan mata yang cantik dan sihat? Berikut adalah tips berguna untuk anda memelihara dan mendapatkan mata yang anda idamkan.
1. Pengambilan telur
Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang memakan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dpat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.

2. Perbanyakkan pengambilan Antioksida
Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.

3. Banyakkan mengambil Omega 3 
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

4. Supplemen 
Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risiko mata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnya kecuali atas arahan doktor.

5. Menjaga tekanan darah dan berat badan
Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.
Salmeza Salih
Pakar IbuBF Slimfit
908115 | 013.222.02.40

Wednesday, October 2, 2013

7 Rahsia Kecantikan dengan Kolagen Powder Shaklee

Muka berjelaga... suami tengok pun x syiok. 

belum kahwin punya lah cantik bini aku ni. harum je. da kahwin, bau perok dapur... 

Ubahlah yunk sebelum terlambat.

sedihnya hati. demi suami isteri sanggup berkorban tapi kalau suami da cari lain sanggup ke nak berkorban. sempena bulan kecantikkan saya nak bantu kawan-kawan wanita saya mencuba kolagen pwder Shaklee yang asli tanpa campuran bahan asing.
beli 3 percuma keahlian. harga runcit RM298. tawaran harga runtuh, jimat sehingga RM94.

suplemen kolagen Shaklee yang unggul mengandungi 4000mg Kolagen RSS (Red Snapper Scale/Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalamberat molekular, sekitar 1000 Dalton, amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, Kolagen Ikan, Ekstrak Kekerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

7 Kesan dan Faedah Mengambil Collagen Powder Shaklee

1. Anti Penuaan - Mengecilkan liang-liang pori, kedutan dan garris-garis halus yang kelihatan.

2. Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan mengelupas pada muka.

3. Mengembalikan Keanjalan Kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.

4. Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.

5. Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.

6. Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

7. Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

Bukan itu sahaja, Collagen Powder Shaklee juga membantu menguatkan tulang, membantu mengurangkan rasa sakit sendi, membantu mengekalkan otot mata supaya anjal serta membantu meningkatkan fungsi otak.



Salmeza Salih
Pakar IbuBF Slimfit

908115 | 013.222.02.40

Tuesday, October 1, 2013

Promosi Shaklee Oct'13 - Apa itu Collagen Powder Shaklee?

Apa itu Collagen Powder Shaklee?


* Shaklee Collagen Powder (1 box : 15 sachets) 

Ia Merupakan suplemen KOLAGEN HEBAT yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 

Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. 

Satu hidangan dipek dalam satu sachet untuk memudahkan anda menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. 

Gabungan tujuh bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran. 

Ekstrak biji benih Camelia Japonica 
Ekstrak Pfaffia 
Kolagen ikan 
Ekstrak kerang-kerangan 
Lactobacillus Acidophilus 
Vitamin C 
Vitamin B

Salmeza Salih
Pakar IbuBF Slimfit
908115 | 013.222.02.40