Wednesday, October 9, 2013

Anak Degil Jika Dicium???


Di'tag pada isu ini?

Aku? Pasti membangkang. Aku tak kisah siapa yang keluarkan isu. Tapi kata-kata ini macam tak berasas. Setiap parent sure tertanya, WHY? Bukan Wa Hayun You!!! No... No... No...

Setiap hujah pasti ada penerangan yang jelas.

Aku sebagai ibu, aku juga tak ingin anak yang degil, dan hanya disebabkan kita menciumnya, menjadi punca sifat mereka. Adakah kita ibu binatang? Kita manusia. Naluri seorang ibu sangat kuat. Anak-anak yang kurang sentuhanlah, kadangkala menjadi anak yang degil, suka memberontak dan suka memencilkan diri. Degil disebabkan dari asuhan dan didikan bukan dari ciuman seorang ibu dan bapa.

Muhammad Ammar Raziq, dilahirkan dari rahimku, yang ku kandung selama 9 bulan 2 hari. Sejak kecil segala urusannya hanya suamiku yang banyak sentuh tubuh badannya. Usianya 1 hari hingga kini, Suamiku yang memandikannya, mengusapnya, mengurutnnya dan tidur bersama, pendek kata tidur mesti bawah ketiak papa. aku agak jarang menguruskannya. Akhirnya Ammar jadi anak yang cukup kuat dari segi dalaman dan luaran. Bila Papa marah dia menurut, walau nangis tapi cari papa. Bila turn aku menjaganya, dia kurang mendengar, bila aku marah dia menjauh. Dari situ aku sedar, aku kurang menyentuhnya.

Tiada cara lain, aku cari alternatif. Apa aku buat?. Aku tahu masa anak tidur minda separa sedar time tu kita baca al fatihah, zikir dan nasihatkan mereka. Dalam x sedar kita akan cium anak kita. Terlahir anak2 yang bijak pandai dari cara kita beri mereka nasihat ketika mereka tidur. Mata mereka akan berkedip. Dan ini juga 1 cara org jepun bijak pandai gunakan utk latih anak mereka.

 Dia berak pn kita cium. Inikan dlm keadaan dia tidur. 1 kedamaian dan ketenangan abadi. Seakan mengadap penciptaNya. Allah. Syahdu ko. Kekdg mengalir air mata. Ni pn da bergenang. Br taip. Huhu. Rindu my son n daughter. Mama love u. Jerih payah melahirkan mereka. Nak peluk mereka.

Seharian kita bekerja mengadap cabaran duniawi, bagaimana mendapat terapi jiwa. dengan memerhati setiap inci wajah anak, mengusap tulang belakangnya, menciumnya. bagaikan roh masuk ke tubuh menghilangkan rasa penat dan kesakitan. Allahuakbar. 

Aku hanya meluahkan apa aku rasa, sebagai seorang ibu. Selagi tidak termaktub dalam Al-Quran. Nak cari la buku Cara Rasulullah mendidik anak untuk aku jadikan teras.

Maaf sesiapa yang tersinggung ya.

Salmeza Salih

No comments:

Post a Comment