Friday, October 18, 2013

My Diary : Kedamaian hidup

Syukur ke hadrat Ilahi, aku masih diberi nikmat untuk merasai nikmat hidup bersama keluarga kecilku.

Seawal pagi melihat muka comel anak kecilku, membuatku tersenyum sendiri. Allahuakbar, besarnya nikmat yang Kau beri padaku. Dengan kehidupan yang telah tersusun untukku. Dunia penuh warna dalam lakaran kanvas hidupku. Bersama Kau hadirkan insan-insan pendamping dan teman-teman yang menyayangiku.

Jam 8:00pagi, suami memanaskan enjin motor. Jika dulu aku menghantar kedua-dua anakku ke rumah mak pengasuh, tetapi sejak 4 bulan lepas, suami bersama menghantar, berempat kami atas motor. dapat merasai kesusahan orang lain yang tak punya kereta.

Selepas menghantar anak2 kecilku, kami terus bersarapan pagi bersama.

Jam 8:30pagi kami bergerak ke tempat kerja bersama. Tangan kasarnya ku cium. bila tang pipi... tetiba makcik sebelah sedang siram bunga. aiyarkkk...

Malu dibuatnya...

Pintu blackie ku kuak, sterengnya ku usap,

Blackie, Mama sayanggggggggggggggg blackie. please jgn merajuk lagi.

Petang mama mandikan blackie, k?

TIPS KEDAMAIAN JIWA
---------------------------
Rutin saya setiap hari, sebelum mendengar apa2 muzik dan luahan hati org, masuk kereta sepanjang perjalanan ke office;

1. istigfar
2. selawat ke atas Nabi
3. surah dhuha - alam nasyrah
4. ayat 1000 dinar
5. zikir ya wahhab - menjemput rezeki

basahkan lidahmu dengan memuji kebesaran TuhanMu, penuhkan dadamu dengan makanan rohani. 




Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan


No comments:

Post a Comment