Monday, November 25, 2013

FAKTA KESIHATAN - Air Batu

Fakta Khasiat Air Batu atau Air Sejuk



1. Membiasakan diri mengunyah air batu akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
2. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
3. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
4. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
5. Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
6. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
7. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
8. Benarkan anak anda mengunyah air batu kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
9. Air batu amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
10. Air sejuk atau air batu kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
13. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
19. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
27. Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.



Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

Thursday, November 14, 2013

Mimpi Diskusi bersama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil


Bangun tidur, aku terkebil-kebil keseorangan, anak-anak masih nyenyak tidur. 

Aku bermimpi duduk berbincang di tempat yang indah macam di hotel Palace Golden Horses bersama Datuk Shahrizat. Topik apa aku dah tak ingat. Dalam mimpi tu beliau seolah-olah ketawa bersama begini. Teringat-ingat muka beliau. 

Semalam aku xda pun teringat atau terfikir pasal sesiapa, sebut nama pun tidak. 

Tafsir mimpi:

Bertemu Orang kenamaan dan berpangkat

Jika anda bermimpi bertemu dengan seorang/banyak pangkat

hidup usaha (dagang) anda dan dikehidupan sosial sangatlah maju. Dan jika seorang wanita yang bermimpikan bertemu dengan orang kenamaan akan bersuamikan sorang duda yang terhormat dan kaya raya.

Tak lupa juga, 3 tahun lepas aku pernah bermimpikan tentang Nabi Muhammad yang memimpin tanganku dan ibu di kawasan lembah yang gelap ke atas bukit yang terang benderang. Mukanya suci, bercahaya dan kacak. 

Tafsir mimpi:
Bertemu Nabi-nabi
Jika anda bermimpi bertemu dengan nabi Muhammad SAW, bermakna anda
akan mendapat kemuliaan baik didunia mahupun di akhirat, jika bertemu
dengan nabi Adam AS bermakna akan mendapat kemuliaan di dunia dan
akhirat dan segala doa akan dikabulkan. Dan jika melihat nabi (nabi
yang lain), bertanda akan tiba karunia Tuhan yang kelak
membahagiakan. Bila bertemu dengan sahabat nabi bermakna akan menjadi
orang pintar ilmu lahir batin. Berjumpa dengan para Wali pecinta nabi
bermakna jika anda sedang menuntut ilmu akan berhasil.

Allahuakbar, jika kata-kata ini benar, sesungguhnya akulah manusia yang sungguh bertuah, kerana Ustaz pernah berkata syaitan tak boleh menyerupai Nabi Muhammad S.A.W. di dalam mimpi ataupun nyata. 

Lagi 1 mimpi yang tak mungkin aku lupa, di suatu pagi aku melalui kawasan denai berlumpur sangat tebal, tika itu aku menyorong basikal, apabila basikal tersekat, aku melalui denai hingga ke atas bukit. Bila mana tiba di atas bukit itu, aku terlihat bintang-bintang yang berkelipan, sangat bercahaya. Ku kutip bintang-bintang itu ke masukkan penuh ke dalam beg sandangku. 

Tiada tafsiran mimpi tapi aku tahu, aku akan berjaya. Tunggu masa dan ketikanya. Insya Allah.

Fakta Menarik Tentang Mimpi

Berikut ini beberapa fakta menarik yang berhubungan dengan mimpi:
  1. Orang buta juga bermimpi. Orang yang terlahir buta dalam mimpinya memang tidak melihat  ‘gambar’, tapi mereka bermimpi tentang suara, sentuhan, dan emosi yang  mereka rasakan. Memang sulit bagi orang normal untuk memahami, tetapi  keinginan tubuh untuk tidur dan bermimpi sedemikian kuatnya sehingga  bisa mengatasi segala macam hambatan fisiknya.
  2. Semua orang bermimpi. Semua orang bermimpi, kecuali pada beberapa kasus penyakit jiwa yang  parah. Meskipun demikian antara laki-laki dan perempuan memiliki  perbedaan mimpi dan reaksi fisiknya. Laki-laki cenderung bermimpi  tentang laki-laki lain, sedangkan mimpi kaum perempuan cenderung  berimbang antara laki-laki atau perempuan lain.
  3. Mimpi mencegah gangguan emosi. Dalam penelitian mengenai tidur, percobaan pada orang yang  dibangunkan pada awal mimpi dan tetap diperbolehkan tidur selama delapan  jam sehari, setelah tiga hari menjadi kehilangan konsentrasi, gampang  marah, mengalami halusinasi, dan tanda-tanda gangguan emosi lainnya.
Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan


Wednesday, November 13, 2013

Cik Annur - 10 bulan : Gebus cebol


Berat : 7.6kg
Tinggi : 67cm
BMI : 16.9

Perkembangan: 
Cik Annur Mama sangat aktif, pandai berdiri, panjat tangga, lompat2, merangkak laju, duduk atas kerusi set dan pandai kawan dgn Incik Ammar. Gadis cute yang suka mengalah tapi  kuat nangis bila diusik. 

ada timing tidur yang sangat ketat. cukup masa nak makan dan tidur. Tinggi x naik. Berat naik 1 kg je. hish banyak da lari sebab aktif sangat.

Pergi Klinik jumpa aunty Angeline, waaa... perut dia comel dan besar. hehe. katanya, baby girl. officemate masa keje Ruskin. X sangka dapat jumpa lagi.  

Mama pn apa lagi, edar la flyer pada aunty Angeline...

Moga aunty selamat melahirkan baby girl yang comel yang Cik Annur.