Wednesday, October 8, 2014

Tragedi Oktober - Erti sebuah pengorbanan

Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan seorang wanita yg amat disanjungi, biar walau bagaimana pn keadaannya.



Biar dia lebih berumur, tapi aku senang bersamanya, mendekati sebagai anak, kawan, pendamping, penguat semangat dan penasihat tetap tidak bergaji.

Sedih melihat apa yg berlaku, tapi aku cuba kuatkan hati utk meneruskannya sedangkan aku boleh sahaja tidak mengambil tahu.

Hari raya korban
Anak-anak sangat seronok sepanjang perjalanan. Diberitakan hanya kami tetamu yang hadir. Alhamdulillah. Niat di hati menyambut aidiladha dengan penuh ketenangan dan meriah.

Seawal jam 7 pagi perjalanan kami ke selatan sangat lancar.

Petang raya kami sibuk menyediakan juadah utk esok hari. Bersama-sama di dapur bekerjasama. Syukur kami dilayan sangat mesra biar hanya tetamu.

Tiada berkira dalam bersedekah
Seperti kebanyakkan keluarga, bila menyambut raya, tanpa perlu dipaksa atau dipinta, menyumbang sedikit dana utk membantu tuan rumah adalah satu sedekah utk meringankan kos-kos utk menyediakan makanan, bukanlah tuan rumah ingin berkira, tetapi sumbangan kita sangat besar bagi mereka. Biar tidak dibayar di dunia; ianya menjadi salah satu saham akhirat, dan seharusnya ia ikhlas bukan utk menunjuk-nunjuk dan riak.

Sedekah walau secupak besar pahalanya, inikan pula utk keluarga dan kaum kerabat. Itu dari fahaman kami suami isteri. Dan ianya bukanlah perkara besar utk kami kerana kami jarang menziarah. Sebulan dua kali pn boleh dikira memandangkan kami duduk di kota metropolitan.

Dan rupanya sumbangan secupak yang ingin dikumpul ketika aidilfitri juga menjadi isu.

Sedikit dialog antara ibu dan anak yang menyentuh hati. (Nama telah diubah utk menjaga identiti)

Zaini, makanlah dah ada di meja, kata ibu tua itu.

Ah, tak naklah nanti kena bayar, jawap anak itu.

Rupa-rupanya sumbangan aidilfitri sebelum ini yang dipinta utk tuan rumah dipertikai. Sumbangan itu bukan untuk yang mengeluarkan modal membeli (oleh Adik beradiknya). Tetapi membantu si ibu tua. Bukan utk dimakan sendiri.


Aku dapat rasakan semua anak tuan rumah bersekolah agama dan cukup terdidik. Sedih memerhati. Si ibu cukup tabah mengadap karenah anak yang tidak pernah menghargai. Aku tahu pedihnya hati si ibu. Allahuakbar.

Komplot berantai ipar duai
Aku juga mendengar khabar angin, sejak peristiwa meminta dana sumbangan utk sambutan perayaan meringankan perbelanjaan, seakan ada komplot berantai utk tidak membantu si ibu tua menyediakan hidangan di dapur di kalangan menantu. Benar atau tidak, wallahualam.

Ah parah sungguh hati anak2 tersebut. Agak panas hati ini tetapi cuba ditenangkan jiwa.

Siapakah ibu tua itu? IBUMU dan IBU MERTUAMU!

Aku dapat rasa sekali lagi hati ibu itu tercalar tetapi cuba ditutupi dengan senyum manis kerana perasaan gembira kehadiran anak cucu di hadapan mata yang jarang sekali berjumpa.

Allahuakbar.

Pergorbanan tak bertepi
Sekali lagi seakan aku diduga di hadapan mata. Allah SWT ingin menduga kekuatan mental dan hati aku.

Di malam pertama, tika mata ingin terlelap, terdengar kesak- kesek, rupanya si ibu tua menyediakan tempat tidurnya beralaskan kain batik, bantal dan selimut nipis di sofa berdekatan tempat kami tidur.

Mengapa dia di situ?, hatiku tertanya- tanya.

Meruntun rasa hati bila melihat si ibu tidur di kerusi hingga ke pagi, sedangkan anak dan menantu yang disayangi tidur di katil empuknya di bilik. Allahuakbar. Sejauh itu pengorbananmu wahai ibu.

Rasa hati yg x keruan menyebabkan aku rasa x enak tidur. Kami sekeluarga sememangnya memilih tidur di ruang tamu memandangkan lebih selesa utk kami 4 beranak.

Ku ingat ianya hanya sementara... rupanya hujan di tengah hari.

Malam kedua kami diduga.

Jam menunjukkan jam 11.30malam, aku dah dapat agak ibu dan bapa tua ini akan tidur merempat di rumah sendiri, si suami di kerusi depan tv manakala si isteri di kerusi ruang tamu kedua. Lalu tilam yang kami ada, aku sediakan utk ibu dan bapa tua ini.

Ku sarung tilamnya, ku hampar toto supaya lebih tebal, 2 biji bantal juga selimut.

Lalu si bapa tua merebah diri utk tidur dan baring sambil melayan telefon bimbit. Tidak lama kemudian, datang si ibu tua dan menarik toto yang dibaring suami.

Bangun, saya nak toto utk diberi kepada anak, kata si isteri.

Lalu berlakulah sedikit pertengkaran hanya kerana si ibu lebih mementingkan keselesaan anaknya. Si bapa tua mengambil selimut dan bantal yang ada dan kembali ke kerusi di hadapan tv. Tilam yang ku hampar hanya terbiar.

Allahuakbar, kuatkan jiwaku... suami cuba meredakan api kemarahan yang mulai membakar di jiwa.

Si ibu tua pergi mendapatkan si anak, kemudian kembali mengambil sisa selimut dan bantal dan kembali di sofa tempat beradunya semalam.

Ku pandang dalam kelam malam dengan hati yang membara...

Akhirnya keluarlah perkataan yang lama kupendam.

Kenapa dalam rumah sendiri nak merempat?

Apa lebihnya si anak hingga mengajarnya menjadi biadap dengan mengambil bilik tidur orang tua?

Ibu tua hanya menjawap, biarlah, jangan marah nanti ada yang merajuk, jawapnya lembut.

Hargailah ibu yang melahirkan... tiba masa utk kita berkorban bukan hanya masa tetapi juga wang ringgit. Setiap satu ianya adalah sedekah.


Kerana sayangkan anak sanggup kurang adap dengan suami, sekali lagi aku bertanya.

Sedangkan nak masuk bilik orang tua pn ada adap perlu beri salam, ketuk, tunggu jawapan dan perlu lihat masa, inikan pula macam ni, jeritku.

Mengambil bilik tidur orang tua, mana perginya akal.

Aku hilang pertimbangan sebagai tetamu.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mengemas segala pakaian dan peralatan kami anak beranak. Tanpa berkata walau sepatah.

Anak yang tidur ku angkut ke kereta yang telah ku hamparkan toto di bahagian belakang.

Jam 12 malam, dalam sendu dan rasa tidak puas hati kami meninggalkan selatan tanah air. Suami mendiamkan diri sejak tadi dan hanya menurut. Aku meninggalkan pergi bukan cemburukan kami tidak dapat bilik yang privasi tetapi kami rasa kami tidak patut menumpang di situ.

Biarlah mereka tinggal dalam perasaan tertanya- tanya sehinggalah ianya terbuka.

Buat para menantu, hormati ibu dan bapa mertua anda. Anda telah terdidik dengan baik oleh ibu bapa anda. Jadilah contoh terbaik dan anak yang membanggakan ibu bapa anda. Anggaplah keluarga mertua anda seperti ibu bapa anda sendiri. Tanpa mereka tidak wujudlah suami anda. Janganlah bermegah dengan apa yang anda ada sekarang hingga merendah-rendah serta menghilangkan rasa hormat anda hanya utk bersalam dengan adik beradik suami atau isteri anda.

Cerpen aidiladha 2014
Salmeza Salih
8/10/2014 9:18pm




Thursday, October 2, 2014

Oktober Ohsem! - Ibu Hamil dan Demam Campak

Sedang hamil 4 bulan kemudian anak yang ada terkena demam campak. Sebagai ibu amatlah risau.

Hati ibu mana yg tak terkesan. Melihat anak demam dan miang dek campak atau nama lainnya, chicken pox. Suami perlu mainkan peranan membantu menguruskan anak kecil. Ingin mendekati si anak yg merengek tetapi risaukan campak menjejaskan kandungan. Tanpa sedar terpaksa mengelak daripada mendekati dan bermain bersamanya.

Apa Ibu hamil perlu buat?

Sabarkan hati dan kuatkan semangat. Ye saya tahu mendengar tangisan anak2 pn boleh buat anda bersedih, lebih- lebih lagi ketika mereka tidak sihat dan mahukan belaian kasih ibu.

Jika anda suami membantu, bersyukurlah kerana suami telah mengambil alih tugas menjaga anak yang demam.


Oh  anak....


Ibu hamil harus memastikan diri dan bayi yang dikandung dalam keadaan sihat. Dengan menjauhkan diri mengurangkan risiko kepada ibu hamil dan bayi dijangkiti dengan demam campak.

Jika anda tidak pernah mendapat demam campak sebelum ini, segeralah berjumpa doktor untuk mengambil ubat immunoglubolin untuk menghindar dr demam campak.

Atau anda boleh mengambil Nutriferon Shaklee bagi membantu meningkatkan sistem imun secara semulajadi. Dan menggunakan basic h utk mengurangkan gatal dan rengsa. Esp Shaklee pula utk pemulihan secara dalaman dan menghilangkan parut campak.

Sekiranya telah ada tanda-tanda terus berjumpa doktor. Ini kerana demam campak semasa kehamilan boleh membawa kemudaratan serta maut jika tidak dikawal.

Sebarang pertanyaan, hubungi:


Salmeza Salih 013 222 0240
Puchong - Putrajaya - Cyberjaya - Bangi

Oktober OHSEM! - ESP Shaklee rawat parut jerawat ketika hamil

Alhamdulillah ramai rupanya RCA mengharapkan ESP sebagai promosi Oktober 2014 biarpun Mac lepas Shaklee telah lancarkannya.

Kenapa ESP SHAKLEE bestseller?

Ini pendapat daripada saya sebagai pengguna.

"Saya mengenali Shaklee dengan set pantang add on ESP SHAKLEE. Memang sangat mengharapkan parut jerawat ketika hamil yang hitam-hitam akan hilang dan kulit muka bertambah sihat daripada masalah menggerutu dan miang bila berpeluh. Konsistem pengambilan selama 2 bulan hanya 1 tong (time tu suami tak kacau minum). Pic tudung kuning waktu hamil 6 bulan. Kulit sangat sensitif. kadangkala garu kulit muka tak ingat sampai berdarah-darah. Pic tudung orange bulan 4, 2013. first time ke National Conference Shaklee. Tiada kesan khas atau camera 360. time ni saya pakai nokia N95. Rasa bersyukur sangat.

Saya jatuh chenta dengan Shaklee kerana ESP SHAKLEE - Salmeza Salih"



Testimoni sendiri je tau, bukan sebab saya pengedar tetapi kerana saya pengguna tegar ESP. Saya nak datin, puan, adik, akakdan abg sado mempunyai kulit cantik, badan bertenaga dan sihat juga,

Cam comey je kulit... perasan gitew...

Abg Sado - Zill Faezrul... boleh... grrrr...


Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya;


Salmeza Salih
Pengedar Bebas Shaklee
013.222.02.40
Puchong - Bangi - Putrajaya - Cyberjaya

Saturday, September 27, 2014

Suplemen Kesihatan dan Otak Anak Anda

Assalammualaikum...

Saya nak share something mengenai suplemen yg membantu anak saya, Incik Ammar utk survive tanpa steroid sejak disahkan mengidap buah pinggang bocor.


Februari 2014 - bulan yg sangat menduga. Antibodi Incik Ammar memang sangat rendah. Sempat menyusu badan hanya 2 bulan. Mama x sempat tahu mengenai produk Shaklee. Kurang ilmu pengetahuan berkenaan suplemen yg boleh membantu mama bertenaga. Dan kurang support dr org sekeliling. 

Sejak Incik Ammar disahkan sakit, doktor menyarankan untuknya bergantung kepada steroid bg menampal kembali buah pinggang yg mempunyai lubang2 kecil akibat kebocoran disebabkan virus yg menyerang.


2 bulan sahaja mama dan papa konsisten bg Ammar steroid. Setelah mengetahui keburukan steroid yg bakal menyebabkan Ammar menghadapi tulang rapuh dan masalah pemakanan, mama terus hentikan pengambilannya.

Sekarang, Ammar hanya mengambil suplemen tambahan utk membantunya survive utk hidup.

Suplemen Shaklee utk pesakit sindrom nephrotic;

1. Nutriferon
- dalam bentuk serbuk yang boleh dicampurkan bersama air masak atau susu. Sebaiknya diambil bersama air masak segelas lebih kurang 150ml.
- sehari 1 stik atau sekiranya ammar demam mama akan tambah mengikut keadaannya.
- pesakit nephrotic sindrom mempunyai sistem imun yg sangat rendah dan badan mereka tak mampu melawan virus dan bakteria.

2. Mealshake
- dalam bentuk serbuk berperisa vanilla yang wangi.
- sehari sesudu dicampurkan bersama susu tepung formula.
- ia membantu ammar utk antibodi dan selera makan
- membantu utk masalah sembelit

3. Omegaguard
- dalam bentuk kapsul dan sumber utama adalah minyak ikan dari laut dalam
- membantu perkembangan otak ammar dan mengurangkan masalah kolestrol tinggi ammar.

Alhamdulillah mama bersyukur dengan perkembangan Incik Ammar yg positif. Berat badannya ideal mengikut umurnya dan jarang sakit. Dan masalah sindrom nephrotic dalam kawalan. Mama masih mengambil ujian air kencing utk check protein dalam air kencing Ammar.

Semoga anak mama sihat walafiat. Amin.

Jika anda ibu yang mempunyai anak nephrotic, boleh berkongsi bersama saya utk cara pemakanan seharian ammar dan cara utk mengelak serangan kali kedua. Dan pastikan anak2 anda mendapat nutrien seharian yg cukup.

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya;
Salmeza Salih
Pengedar Bebas Shaklee
013.222.02.40
Puchong - Bangi - Putrajaya - Cyberjaya

Tuesday, September 23, 2014

Kulit Muka Sensitif dan rawatan dalaman Shaklee

Allahuakbar... Dah banyak kali saya cuba nak share tapi niat asyik selalu bertangguh dan terbengkalai. Tidak berniat memburukkan sesuatu produk kerana saya sedar saya memang mempunyai kulit muka yang sangat sensitif terhadap bahan kosmetik atau penjagaan wajah.

Boleh dikata kulit muka yg sangat manja. Saya share sedikit sejarah saya memakai produk. Saya tiada masalah kulit berjerawat atau kasar, jadi masalah mencari produk penjagaan wajah yg sesuai memang tidak menjadi isu. Saya start terbuka hati ingin menggunakan produk pd Oktober 2010. Lagi 2 bulan nak kahwin, kulit licin tapi sedikit kusam kerna x pernah pakai produk dan x pakai kosmetik. Keputusan disimpul dan saya membeli set penjagaan wajah Sendayu Tinggi Flawless.

Memang ada perubahan tetapi setelah berkahwin dan 2 minggu kemudian ada tanda2 kehamilan terus saya stop segala mak nenek pencuci hingga ke lipstick. Agak lama juga, dari hamil Incik Ammar hingga ke Annur dan melahirkan hingga Annur 11 bulan.

Haa... bermula la story mencari produk penjagaan bila Mr Hubby tegur, cam air liur basi di tepi mulut disebabkan kulit yg kering. Agak kritikal juga kerna kulit yg kering kontang. Duk survey sana sini, kemudian dipertemukan dengan set penjagaan wajah dari US. 6 bulan pertama pakai memg cun. Sangat berpuashati. Pada bulan ke 7 bila saya upgrade ke set yg lebih mencantikkan kulit, saya dapat masalah kulat.

Masalah kulat yg terjadi disebabkan produk penjagaan wajah yang tidak sesuai

Hampir sebulan lebih saya menghadapi masalah ini. Malu memang tak payah cerita. Bila orang tanya, kau langgar dinding ke?

Masalah kulat ini berulang sehingga saya rasa kecewa dengan keadaan wajah kerana sebelum ini saya tiada masalah seperti ini. Adakah kerana Shaklee?

Saya consume Shaklee hampir 2 tahun. Dan tidak pernah timbul masalah kulit. Sekiranya ada jerawat pn, kesannya akan pudar dalam masa 2 minggu.

Akhirnya saya stop menggunakan set penjagaan muka tersebut dan memulakan rawatan secara dalaman dengan Shaklee.

RAWATAN DALAMAN SHAKLEE UNTUK PENYAKIT KULIT MUKA SENSITIF
* Nutriferon - 2 stick setiap hari
* ESP - konsisten setiap hari sebelum breakfast
* GLA Complex - 3 biji sebelum tidur


Alhamdulillah, kesan di dahi yang bengkak telah surut dan tiada lagi mengelupas. Sekarang saya meneruskan minum ESP untuk mengembalikan tona kulit yang berkulat sebelum ini.

Sebarang pertanyaan dan perkongsian jika anda menghadapi masalah kulit yg sensitif, terus hubungi;

Salmeza Salih - 013.222.02.40
Shaklee Independent Distributor
Puchong - Bangi - Cyberjaya - Putrajaya
Free delivery * Free consultation * Free biz coaching

Sunday, September 21, 2014

Tips Penyusuan Untuk Bakal Ibu dan Ibu Baru

Saat melahirkan adalah saat yang terindah dan sukar digambarkan betapa agungnya ciptaan Allah. Begitu juga pengalaman menyusukan bayi anda suatu pengalaman yang sukar dilupakan.


Tips 1
----------
Hadiri kelas persediaan susu ibu atau kaunselor/konsultan laktasi. Terdapat beberapa Hospital atau breastfeeding Centre yang mengadakan kelas Persediaan. Sertainya dan bawa suami atau orang tua yang akan menjaga anda sama ada dalam tempoh berpantang.

Kenalpasti doktor anda, komplikasi dan tempat melahirkan.

Tips 2
---------
Faham anatomi dan fisiologi payu dara anda. Semasa mengandung, tubuh anda sudah bersedia menyediakan payudara anda untuk menyusukan anak yg bakal dilahirkan. Susukan bayi sebaik sahaja selepas dilahirkan.

Tips 3
---------
'Rooming in' dan breastfeeding on demand. Tidur bersama-sama bayi semasa di hospital dan susukannya pada setiap 2 jam atau perhatikan 'ques' bayi.

Tips 4
---------
Sediakan pam payudara dan aksesori utk kemudahan penyusuan, seperti;
a. Pam payudara
b. Pad payudara
c. Coli penyusu
d. Baju yg sesuai utk menyusukan semasa dalam pantang supaya anda selesa menyusukan bayi ketika tetamu datang bertandang
e. Bantal menyusu

Tips 5
----------
Pemakanan yang berkhasiat. Ibu yang menyusukan harus menjaga pemakanan, iaitu makan makanan yang seimbang mengikut waktu makan yg betul.

Ambil karbohidrat dan protein secukupnya supaya ibu lebih bertenaga dan sentiasa gembira ketika menyusukan.

Kini terdapat produk penyusuan khas buat ibu yg sedang berpantang dan berniat menyusukan anak sehingga 2 tahun. Diformulakan oleh syarikat suplemen terbesar di dunia dan bertapak 50 tahun, Shaklee menyediakan set penyusuan optimum yang membantu ibu menyusu mencapai impian murni.

Set basic
-------------
Energizing soy protein
alfalfa complex

Set penyusuan optimum
--------------------------------------
Energizing soy protein
Vita-lea
Ostematrix
B complex
Alfalfa complex
Sustain released Vita C

Untuk mendapatkan khidmat pengambilan dan pembelian dengan harga jimat, hubungi;

Salmeza Salih - 013.222.02.40
Shaklee independent distributor
Puchong - Cyberjaya - Putrajaya - Bangi
Free postage * free delivery * free consultation




Saturday, September 20, 2014

Hq Shaklee Sunway Pinnacle ~ Che Zaza Shaklee Car Bonus

Petang yang suram dan mendung. Ikutkan hati malas nak keluar. Lihat anak2 selesa di rumah.

Tiba-tiba, incik suami pelawa.

Xnak keluar ke? Bagai org mengantuk disorongkan bantal.

I nak pi Shaklee la beli brg customer.

Perjalanan mengambil masa 20 minit. Akhirnya sampai ke Shaklee Hq baru di sebelah Sunway Resort & Spa.

Festime Che Zaza ke Hq Shaklee. Kereta khas usaha kerja keras yg menampakkan hasil dari perniagaan Shaklee. Perodua Alza Advanced diambil pd bulan Julai 2014.

Terdapat 12 kaunter yg disediakan utk memudahkan pengedar utk membeli barang secara walk in. 8 kaunter utk membuat proses order dan 4 kaunter penerimaan order.

Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau penggunaan debit atau kredit kad. Agak lengang kerana kebanyakan pengedar lebih menyukai produk pembelian secara dalam talian dan terus sampai ke hadapan rumah.

Ruangan menunggu yang luas utk pengedar-pengedar berdaftar.

Anak2 syurga berlari ke sana sini. Terhibur staff shaklee dengan kunjungan kami. Proses pembelian tidak memakan masa yg lama. Kurang dari 20 minit.

Alhamdulillah selesai sesi pembelian dan kami bergerak pulang. Pembelian khas buat pelanggan di Australia.


Jika ada sebarang pertanyaan mengenai bisnes Shaklee dengan modal serendah RM65, hubungi
MEZA 013.222.02.40

Monday, September 15, 2014

Laukku Cukup Masin

Lewat tiba di rumah petang ini...

Jika biasanya 25 minit perjalanan dari pejabat ke rumah, tetapi hari ini makan masa 1 jam 30 minit.

Selalu muka aku yg akan terpacak depan lif bila jam 5 petang tetapi tidak untuk hari ini kerna minggu depan seminggu boss ke oversea sempena cuti sekolah.

Jadi tepat jam 4.30pm aku dah berada di dalam bilik meeting. Beberapa topik perlu dibincangkan. Sejak berpindah ke pejabat yg lebih sofistikated, operasi syarikat juga berubah ke arah lebih positif dan berdaya saing. Dan yang paling penting bekerja di dalam satu pasukan dan lebih mementingkan  prestasi setiap pekerja.

Seronok? Pastinya. Aku suka bekerja di dalam suasana positif dan kritikan ke arah kebaikan. Dari situ kita belajar utk berubah utk lebih berdaya saing.

Meeting berjalan selama 1 jam. Selesai, ku lihat jam di dinding, seakan 4.39pm. Eh xkan lama berlalu br 9 minit jam bergerak. Tanpa membuang masa, terus ku lihat jam di hp.

5.39pm... oh Tuhan. Pasti terlewat utk ambil anak2 syurgaku, Ammar dan Annur.

Dalam perjalanan, jamm merata. Sebelum balik masih sempat untukku membuat pengeposan barangan kepada pelanggan bisnes onlineku.

Lega... hanya itu yg dapat ku rasa.

Jam di dashboard ku kerling sambil mengagak samada Mr Hubby da sampai ke rumah.

6.20pm...

U, dah sampai rumah?

Dah... (dari caranya menjawap ku dapat agak si dia sedang melepak di kerusi empuk).

U tolong ambil anak2. I lambat la. Tadi ada meeting.

Ok, jawapnya.

Thanks.

Sampai di rumah, senyap sunyi. Nak menelefon malas.

Badan yg letih direbahkan ke kerusi.

**********************

Maghrib menjelang...

Usai solat, Mr Hubby bersuara, laparlah...

Ok, tiba masanya ku bersilat di dapur.

Telur dadar dan sambal goreng simple ku hidang utk makan malam kami empat beranak.

Alhamdulillah...

Semoga rezeki yg dimakan berkat... amin...

Sang ratu,
Umi Hana

Saturday, September 6, 2014

Kenapa Perlu Jatuh Chenta dgn Jutawan Shaklee

Kenapa seronok berada di group jutawan?

Satu-satunya kelainan dari pelbagai MLM yang telah saya join adalah Amalan Rohani yang diterapkan spt tahajjud, solat taubat, hajat, dhuha, zikir amalan harian ya wahhab - ya hayyun ya qayyum, baca yasin setelah solat subuh, baca alquran sehari 100 ayat, RCA, doa, sedekah dan pelbagai lagi yang mendekatkan kita pd Tuhan.

Yes, dalam bisnes lain ada menyatakan priority pertama adalah kepada Allah tapi ulasan dan sharing jauh sekali kepada perkara tersebut.

Sebab itu walau buat bisnes lain sekalipun, keseronokan buat shaklee dan melakukan amalan rohani yang menjadi kita kuat dari dalaman.


APA TUJUANNYA?

Sama seperti dalam hidup, ada masanya kita akan putus asa, begitu juga dalam bisnes kadangkala kita diuji spt skrg, kita byk ditag mengenai keburukan produk promosi, setiap bulan pasti ada fitnah melata pasal produk shaklee, produk israel, anak2 shaklee down, kurang performance dll.
Di waktu inilah amalan rohani ini menjadi tonggak. Menjadi amalan utama yg anda perlu buat adalah utk menguatkan dalaman anda, membina keyakinan anda dan ia akan menstrukturkan diri anda hanya di landasan yg sgt positif.
Menjadikan anda individu yang berlainan yang hebat dr dalaman. Bergantung hanya pada Allah dan meminta dgn senjata doa yang sangat hebat.
Kerana Allah pemegang agung hati2 manusia. Dia yang mengerakkan hati2 manusia. Berserahlah hanya pada Allah SWT. Redhalah dengan setiap apa yang berlaku.
Pertemuan kita di sini adalah jodoh yang ditentukan Tuhan.
Salam ukhwah fillah
Umi Hana
6.22am 5.9.2014

Tuesday, September 2, 2014

Kenali Collagen Powder Shaklee

Collagen Powder Canggih

Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.

Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.


Hubungi
Salmeza Salih
Shaklee Independent Distributor
013-2220240
Puchong - Bandar Baru Bangi - Cyberjaya - Putrajaya - Ampang

Wednesday, August 13, 2014

Kisah Jariku Tersepit Pintu Kereta

Dalam kereta duk layan suami borak. Tapi dari semalam cam kurang nak bercerita. Lebih suka menjadi pendengar. Sampai naik pelik kawan tu. Memacam soalan keluar.

U, Okay ke?
U, sakit ek?
Demam ke?

Tapi entahlah, ku pun xtahu fikiran duk melayang memikir apa pun ku tak tahu.

Akhirnya, sampai di parking... Sekali tutup, x kuat.

Dua kali tutup... Arghhhhhhhhhhhh... dalam hati je. Tak terkeluar dari tekak. [tu tandanya sakit sangatttttttttt]

Kejap je kan...

Darah sikit terpancut dan selebihnya hitam dalam kuku. [huwaa Che Vie xmau kawan mama, dia gigit mama]

Selama naik blackie x penah pun kena.


U kenapa ni? Lebih relax berbanding biasa, sambil ku tunjuk jari yang dah berbelang hitam. diambil jariku, dibelek dan ditiup lembut.

Aku masih duk ngong tak tahu nak fikir apa. Air mata je meleleh [haru, sakit sangat dan ia mula membengkak]. Kuat diri gak pi keje.

share gak la kat fb, ramai bagi tips mengurangkan denyut. seharian juga menahan. teringat plak depan rumah ada pokok inai gemuk subur tu.


Malam hari tiba, keje memetik daun dan memasukkan ke dalam lesung batu bermula. ada pula la assistant korea saya, Incik Ammar, Dia ni memang pantang, if kat rumah, semua keje nak ditolong. pendek kata mama duduk rehat je kalau ada papa n Incik Ammar kt rumah. Alhamdulillah syukur dikurniakan lelaki2 hebat.


Setelah siap lumat yang x berapa, Incik Hubby tolong pasangkan inai di jari tengah. Inai ditumbuk tanpa campuran apa2.


Setelah itu dibungkus dengan facial cloth MK. 


Nak bagus minta orang yang menubuk tolong tiup sampai kering. ceh ni tambahan je. hahaha. untung ada anak. Alhamdulillah


Apa rasanya?
 Sejuk, selesa, kurang denyut dan macam disedut. Best2. Sampai kecut la yang bengkak2 tu. 


Hari ni da x sakit, cume rasa nyeri bila kuku kena permukaan apa2. nak tertanggal kot. Alhamdulillah, berjaya juga petua tradisional ini. Selamat mencuba.


Ibu Penyayang
Meza Salih
#sayajualShaklee





Wednesday, August 6, 2014

Bulan Kesuburan Shaklee - Gla Complex Bantu Hamil

Alhamdulillah, happy sangat bila diberitahu awal bulan Ogos, promosi dari Syarikat Shaklee yang beribu pejabat di Subang Jaya  pada Bulan ini adalah GLA COMPLEX.

Salah satu vitamin kegemaran saya kerana;
1. membantu pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata untuk mengamalkannya.
2. membantu para wanita di luar sana yang menghadapi masalah period tak teratur dan gela PMS seperti senggugut, sakit pinggang dll.
3. mengecutkan cyst atau ketumbuhan di dalam rahim
4. menstabilkan paras gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

Dan dengan GLA COMPLEX, saya telah membantu 14 pasangan hamil biarpun ada seorang yang mengalami keguguran.

Jom ikuti testimoni dari saya.











Jom ketahui lebih lanjut mengenai GLA COMPLEX Shaklee.

Myza Shaklee - Set pantang terbaik MURAH
013.222.02.40

Thursday, June 26, 2014

Review Jualan Gudang Baby 2014 puchong - MyDear

Hai-hai... hamba memang terkenal dengan kaki jualan gudang. pandang dengar. tapi syukur Alhamdulillah, semua jualan gudang dekat dengan rumah dan kali ini ia berentap dalam masa yang sama iaitu BABYKIKO, MYDEAR dan OKBABY.

semua brand yang berkualiti dan mampu milik pastinya. Kan-kan... Ha, memg muka saya jer la yang kat situ.

tapi x datang untuk menyopping semata, sebab saya do parttime job di situ untuk membantu ibu hamil berpantang secara FANTASTIC dengan produk Shaklee.

ada juga bertanya, tahu Shaklee x?

dengan muka pelik dan berkerut, apa tu ek?

its ok, nanti akk balik baca flyer saya bagi k, thanks tau.

Setel bab edar flyer, yeay...

jom layan gambar yang mengegarkan jiwa dan mata anda.

















Tak dilupa baju buat anakanda... beli sikit-sikit tuk raya. tema ijo. cute kan...


Pi-pi memborong.

Mydear - 26 Jun - 6 Julai 2014
Masa 10 pagi - 6 petang
Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd (MY DEAR). CO. No. 281814P
No.34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

Myza Shaklee - Set pantang terbaik MURAH
012.646.8774