Wednesday, January 8, 2014

Tabung simpanan Kecemasan, Perlukah?

8 hari berlalu dalam tahun 2014...

Berbagai kos hidup naik, haruskah anda berdiam menghadapi atau mencari alternatif? Bagaiman untuk anda kenalpasti adakah anda perlukan side income?


Dalam rumahtangga ada banyak isu yang sering hadir. Antaranya kecemasan iaitu sesuatu yang anda tidak jangka akan berlaku, contohnya, anak sakit, kereta rosak, suami/isteri mengalami accident, suami/isteri disabit bersalah dan perlu naik mahkamah, kematian di kampung dan banyak lagi contoh.

Bagaimana anda menangani masalah ini, ada dua cara mudah;

1. pinjam orang lain
2. buat persediaan menabung bermula di awal tahun

Apakah simpanan (tabung) yang perlu anda ada di rumah?


1. Tabung road tax
Jika kereta anda menggunakan insurans dan roadtax kelas pertama harus ada RM1000 ke atas. Bahagikan kepada 12 bulan. Sebulan anda harus buat simpanan yang sukar diambil sebanyak RM50 sebulan, cukup tarikh tamat road tax, simpanan da cukup.

2. Tabung kecemasan
Wajib ada di rumah walau anda sudah berkahwin atau masih bujang. Malang tak berbau, sediakan payung sebelum hujan.

3. Tabung Anak-anak Sekolah
Tabung ini adalah untuk simpanan anak2 bermula mereka lahir hingga nak masuk sekolah, berapa anda peruntukan, terpulang pada anda. Cukup tahun masukkan ke bank atas nama mereka. Jika ada 2 anak, buat 2 tabung berasingan.

4. Tabung Melancong
Peruntukan untuk anda membuat simpanan melancong di dalam atau di luar negeri. Setelah penat berkerja, kadangkala kita perlukan waktu senggang untuk diri dan keluarga. 

"Jangan rasa kaya sebelum kaya"

Jadilah pelabur yang serius, anda pasti berjaya dan duit pasti akan bertambah. Orang yang kaya adalah orang yang pandai mengurus kewangan dan masa. Jika gaji masih tak cukup, perlu mencari pendapatan dari sumber yang lain. 

Berubahlah dari segi fizikal dan mental. Anda mampu!


Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan



No comments:

Post a Comment