Saturday, February 22, 2014

Rencah kehidupan - Neprotik Sindrom

Lama tak mencoret bukan tiada cerita tetapi Allah SWT menyayangi saya dan menguji saya dengan pelbagai dugaan.

Duduk berteleku di atas sejadah. Tiada apa yang harus di tangisi.

Saya menerima dengan hati redha, mungkin ini bahagian untuk saya. Muhammad Ammar Raziq yang saya kandungkan selama 40 minggu 2 hari, mengalami masalah kebocoran buah pinggang di usia 2 tahun 4 bulan.

Anak yang aktif dan lasak, tanpa disedari mengalami bengkak di kawasan mata, badan dan kaki.

Ibu mana yang tak gembira bila melihat perubahan berat badannya. Anak yang kurus, nampak membulat. Incik Ammar tidak menunjukkan tanda-tanda sakit.

Kami mula pelik dengan keadaan mata yang tak surut. Tergerak hati membawa ke panel Pakar Kanak-kanak Dr Chan.

Setelah di check tekanan darah dan denyutan nadi serta beberapa ujian.

Anak awak ini ada ada simptom buah pinggang bocor, saya buatkan satu surat rujukan terus bawa ke specialist hospital di Sunway Medical Centre atau Subang Jaya Medical centre, kata Dr Chan.

Terasa kaki x jejak tanah dan tangan mengeletar.

Darah meruap ke muka.

Ya Allah.

Air mata cuba ditahan.

Apa punca ye Doktor, kataku.

Doktor hanya tersenyum. Menambah tanda soal dalam hati.

Tak apa awak bawa anak terus. Jika di SJMC ada seorang pakar, Doktor Indon.

Baiklah doktor.

Saya terus ke kaunter pembayaran.

Ammar Raziq, nama dipanggil.

RM60 Puan.

Tanpa bersuara aku terus membayar seperti yang diminta.

Bagai lembu dicucuk hidung. Perasaan terawang-awang.

Apa yang berlaku pada anakku?

Seriuskah?

Apa perlu aku buat?

Allahuakbar. Aku berserah hanya padaMu. Ringanlah kesakitan anakku ini. Lapangkanlah dadaku.

Tuesday, February 4, 2014

Shaklee 3'C - Desa by Hatia, Nilai 3

Syukur... Syukur... Syukur...

Tiada siapa yang mampu merancang, tika orang lain masih single menikmati alam keseronokan lewat remaja, saya mempunyai anak dua, kerjaya yang bagus dan mempunyai bisnes kukuh - finger bizz di usia 27 tahun.

Dalam hidup saya keseluruhannya, saya tak pernah minta banyak, dapat hidup tenang dengan insan dan keluarga tersayang sudah mencukupi. Bila direnung kembali kehidupan saya umpama mengikut alunan ombak. Belum pernah menongkah arus, step by step. Tiba satu masa saya menghadapi setiap saat-saat alam kanak-kanak, remaja, kolej, pertunangan, perkahwinan dan percintaan.

Kenapa CINTA yang last?
Sebab saya mengenalinya selepas akad nikah.



----------------------------------------------

Detik kegemilangan bermula...

Itulah yang saya rasai sekarang, perubahan dalam hidup 360 darjah yang sangat drastik. daripada manusia yang jahil pasal agama, kembali mempelajari ilmu-ilmu menguatkan mental dan spiritual daripada keluarga Jutawan Shaklee Master Shareeza. 

Daripada insan kerdil yang tidak mengetahui ilmu perniagaan kepada manusia yang mampu membantu orang lain merasai nikmat hidup. Syukur alhamdulillah. Saya nak orang lain merasai setiap apa yang saya rasa.

Indahnya hidup memberi.

3 bulan terakhir ni saya berjaya lengkapkan misi meraih Bonus Kereta yang di tawarkan. Alhamdulillah, lepas untuk bulanan Alza & Viva. Tetapi bila memikirkan kereta adalah liabiliti dan akan susut nilai, saya terfikir untuk mencapai impian mempunyai sebuah rumah mewah di atas bukit.

Pagi cuti Thaipusam seawal jam 8 pagi kami sampai di kawasan Nilai, Negeri Sembilan, hanya berpandukan iklan di mudah mengenai kawasan perumahan yang bakal didirikan. 3 kawasan kami jejaki untuk melihat. Tempat kedua seakan membawa ketenangan dan kami rasa tempat ini sesuai untuk kami diami.

Dejavu Mengutip bintang
Tika saya usia 14 tahun, saya pernah bermimpi melalui denai berlumpur, melalui dengan basikal menyukarkan perjalanan. Tapi saya x putus asa, sehingga akhirnya saya tiba di atas bukit tinggi, dan melihat objek berkilau-kilau terletak di batu-batu di kawasan bukit, saya mengutipnya dan ianya bercahaya memenuhi bag sandang.

Jika diimbas kembali, jalan yang nak naik ke kawasan perumahan itu, lengkungan jalan sama seperti denai yang saya lalui dalam mimpi.

Setelah berfikir dan hasil penyatuan 2 hati dan pemikiran, saya mengambil keputusan, YA, INI SYURGA DUNIA KAMI.

Fikirkan kehidupan 2 tahun akan datang, di mana kita? bagaimana kehidupan kita? Apa yang ingin kita jadi?

Mimpi lebih bermakna dengan perancangan teliti bersama-sama DOA, USAHA, IKHTIAR DAN TAWAKAL.

Serahkan hanya padaNya.

Double Storey House - 24 hour guarded
Bila direnung gambar di atas, ada lampu-lampu kat pokok tu seakan-akan bintang yang saya kutip dulu.




Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan