Saturday, February 22, 2014

Rencah kehidupan - Neprotik Sindrom

Lama tak mencoret bukan tiada cerita tetapi Allah SWT menyayangi saya dan menguji saya dengan pelbagai dugaan.

Duduk berteleku di atas sejadah. Tiada apa yang harus di tangisi.

Saya menerima dengan hati redha, mungkin ini bahagian untuk saya. Muhammad Ammar Raziq yang saya kandungkan selama 40 minggu 2 hari, mengalami masalah kebocoran buah pinggang di usia 2 tahun 4 bulan.

Anak yang aktif dan lasak, tanpa disedari mengalami bengkak di kawasan mata, badan dan kaki.

Ibu mana yang tak gembira bila melihat perubahan berat badannya. Anak yang kurus, nampak membulat. Incik Ammar tidak menunjukkan tanda-tanda sakit.

Kami mula pelik dengan keadaan mata yang tak surut. Tergerak hati membawa ke panel Pakar Kanak-kanak Dr Chan.

Setelah di check tekanan darah dan denyutan nadi serta beberapa ujian.

Anak awak ini ada ada simptom buah pinggang bocor, saya buatkan satu surat rujukan terus bawa ke specialist hospital di Sunway Medical Centre atau Subang Jaya Medical centre, kata Dr Chan.

Terasa kaki x jejak tanah dan tangan mengeletar.

Darah meruap ke muka.

Ya Allah.

Air mata cuba ditahan.

Apa punca ye Doktor, kataku.

Doktor hanya tersenyum. Menambah tanda soal dalam hati.

Tak apa awak bawa anak terus. Jika di SJMC ada seorang pakar, Doktor Indon.

Baiklah doktor.

Saya terus ke kaunter pembayaran.

Ammar Raziq, nama dipanggil.

RM60 Puan.

Tanpa bersuara aku terus membayar seperti yang diminta.

Bagai lembu dicucuk hidung. Perasaan terawang-awang.

Apa yang berlaku pada anakku?

Seriuskah?

Apa perlu aku buat?

Allahuakbar. Aku berserah hanya padaMu. Ringanlah kesakitan anakku ini. Lapangkanlah dadaku.

No comments:

Post a Comment