Monday, April 21, 2014

Part 1: Hari Keluarga VVCrews Central di Tiara Beach Resort, PD

Assalammualaikum...

Seronok sangat dalam jalankan program untuk VVCREWS. ini merupakan program Sulung daripada Legasi Jutawan VV. 

Persiapan dilakukan dua minggu awal untuk penginapan, tempat makan, tshirt rasmi, doorgift dan hamper cabutan bertuah yang disponsor khas dari saya selaku tuan rumah.

Mea bersama anak-anak, Ammar dan Annur
Kami bertolak dari Puchong jam 3 petang bersama ibu bapa yang datang mengejut dari kampung dan jiran lama sekeluaraga sebelah rumah.

Perjalanan kami berjalan lancar. Jam 5 petang kami tiba di Tiara Beach Resort, yang disewa dengan Tuan Fariz. Beliau merupakan pengusaha resort persendirian yang menyediakan 5 buah bilik studio dan sebuah apartment 2 bilik yang menjadi ibu rumah tempat kami berkumpul.
Kadar sewa untuk 2hari 1malam

Apartment RM240.00
Studio view pool RM160.00
Studio country view hutan RM140.00

* tiada perkhidmatan sarapan pagi disediakan
* anda boleh mendapatkan perkhidmatan sewa melalui Tuan Fariz, 013-393 1828

Selesai check in, saya terus mencari tempat makan seafood segar di kawasan berhampiran. hampir 7km, kami menemui Restoran yang agak popular di PD iaitu Restoran Mayang Sari yang menyediakan pelabagai juadah berasaskan seafood yang segar.

Papan tanda restoran di tepi jalan sebelum Ancasa Resort
Alhamdulillah, kami disambut pemilik restoran. Hanya perlu beritahu berapa dewasa dan kanak-kanak serta pilihan menu. Beliau yang akan suggest berapa hidangan lebih sedikit tetapi tidak membazir.

Jom layan pic semasa makan.










lepas makan ramai masih duduk di meja. mereka risau nak blah tanpa bayar. jangan risau. semuakan di'sponsor.

bersama anak cucu bisnes
Sampai bilik, saya telah ditunggu oleh anak-anak bisnes untuk berkongsi ilmu. banyak topik dibincangkan. cuba bersuaikenal dan berbincang dengan kehadiran suami dan anak-anak.

Alhamdulillah, selesai jam 11 malam. dan kami masuk tidur...

Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

Monday, April 14, 2014

Rumah Itu syurgaku : perabot unik putih

Bila rumah siap sedia berhias dengan cat ceria di sana sini, tiba masanya untuk dimasukkan perabot yang indah dan menawan...

Wah apakah konsepnya ya... Bagaimana pula mengetahui citarasa diri sendiri. Tetapi sebelum itu perlu dipastikan:
  1. Bajet
  2. Keperluan dan keutamaan
  3. Ukuran perabot 
  4. Perabot mengikut kesesuaian rumah dan konsep
  5. Listkan perabot yang penting

Perabot Impian saya;
Sofa set warna ribena 

Coffee table unique 

Bed 

Cabinet TV

Tetapi setiap pemilihan haruslah mengikut nasihat suami sebab rumah ini kan syurga dunia kami. Memandangkan ini juga rumah suami. So nantikan je konsep rumah dan perabot pilihan bersama.

Okay, Enjoy!

Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

Thursday, April 10, 2014

Rumah Itu Syurgaku -Proses Cat Rumah Baru

Alhamdulillah, sejak seminggu lepas kami sibuk menguruskan pindah rumah.

Jika dilihat barang kami sikit sahaja, kecuali barang besar seperti peti ais dan mesin basuh pemberian tuan rumah yang lama.

Tapi bila dipunggah makin lama makin banyak.

Kami memilih rumah apartment sahaja memandangkan keluarga kami kecil sahaja x besar. Ada mama, papa, Incik Ammar dan Che Annur.

proses menutup cat lama
Penyewa lama mengecat rumah dengan warna kuning. tidak kena dengan citarasa kami yang lebih sukakan suasana cool.

Incik Hubby memulakan sesi mengecat
Kami mengambil keputusan untuk mengecat sendiri memandangkan kos mengupah orang untuk seluruh rumah adalah RM1000.00 tidak termasuk cat.

Kami mengecat sendiri dengan kos hanya RM600.00 menggunakan Jotun Silk Shield [cat yang berkilat, mudah dibersihkan dan kurang bau].

Mengenai tone warna sememangnya saya yang tetapkan. saya menggunakan tiga jenis warna tone yang menarik dan boleh di'matching.

Kos Cat

Jotun Silk Shield RM91.00 / 5 liter x 6 tong
Jotun maxilite RM65 / 5 liter
Jotun easy RM85.00 / 5 liter
Jotun Weathershield RM125 / 5 liter

hampir keseluruhan dicat

Kawasan Kabinet Tv yang dicat Incik Hubby

Cantik sudah! X sabar nak memasukkan perabot baru yang nampak unik dan mewah.

Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan