Monday, April 21, 2014

Part 1: Hari Keluarga VVCrews Central di Tiara Beach Resort, PD

Assalammualaikum...

Seronok sangat dalam jalankan program untuk VVCREWS. ini merupakan program Sulung daripada Legasi Jutawan VV. 

Persiapan dilakukan dua minggu awal untuk penginapan, tempat makan, tshirt rasmi, doorgift dan hamper cabutan bertuah yang disponsor khas dari saya selaku tuan rumah.

Mea bersama anak-anak, Ammar dan Annur
Kami bertolak dari Puchong jam 3 petang bersama ibu bapa yang datang mengejut dari kampung dan jiran lama sekeluaraga sebelah rumah.

Perjalanan kami berjalan lancar. Jam 5 petang kami tiba di Tiara Beach Resort, yang disewa dengan Tuan Fariz. Beliau merupakan pengusaha resort persendirian yang menyediakan 5 buah bilik studio dan sebuah apartment 2 bilik yang menjadi ibu rumah tempat kami berkumpul.
Kadar sewa untuk 2hari 1malam

Apartment RM240.00
Studio view pool RM160.00
Studio country view hutan RM140.00

* tiada perkhidmatan sarapan pagi disediakan
* anda boleh mendapatkan perkhidmatan sewa melalui Tuan Fariz, 013-393 1828

Selesai check in, saya terus mencari tempat makan seafood segar di kawasan berhampiran. hampir 7km, kami menemui Restoran yang agak popular di PD iaitu Restoran Mayang Sari yang menyediakan pelabagai juadah berasaskan seafood yang segar.

Papan tanda restoran di tepi jalan sebelum Ancasa Resort
Alhamdulillah, kami disambut pemilik restoran. Hanya perlu beritahu berapa dewasa dan kanak-kanak serta pilihan menu. Beliau yang akan suggest berapa hidangan lebih sedikit tetapi tidak membazir.

Jom layan pic semasa makan.










lepas makan ramai masih duduk di meja. mereka risau nak blah tanpa bayar. jangan risau. semuakan di'sponsor.

bersama anak cucu bisnes
Sampai bilik, saya telah ditunggu oleh anak-anak bisnes untuk berkongsi ilmu. banyak topik dibincangkan. cuba bersuaikenal dan berbincang dengan kehadiran suami dan anak-anak.

Alhamdulillah, selesai jam 11 malam. dan kami masuk tidur...

Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan

No comments:

Post a Comment