Thursday, April 10, 2014

Rumah Itu Syurgaku -Proses Cat Rumah Baru

Alhamdulillah, sejak seminggu lepas kami sibuk menguruskan pindah rumah.

Jika dilihat barang kami sikit sahaja, kecuali barang besar seperti peti ais dan mesin basuh pemberian tuan rumah yang lama.

Tapi bila dipunggah makin lama makin banyak.

Kami memilih rumah apartment sahaja memandangkan keluarga kami kecil sahaja x besar. Ada mama, papa, Incik Ammar dan Che Annur.

proses menutup cat lama
Penyewa lama mengecat rumah dengan warna kuning. tidak kena dengan citarasa kami yang lebih sukakan suasana cool.

Incik Hubby memulakan sesi mengecat
Kami mengambil keputusan untuk mengecat sendiri memandangkan kos mengupah orang untuk seluruh rumah adalah RM1000.00 tidak termasuk cat.

Kami mengecat sendiri dengan kos hanya RM600.00 menggunakan Jotun Silk Shield [cat yang berkilat, mudah dibersihkan dan kurang bau].

Mengenai tone warna sememangnya saya yang tetapkan. saya menggunakan tiga jenis warna tone yang menarik dan boleh di'matching.

Kos Cat

Jotun Silk Shield RM91.00 / 5 liter x 6 tong
Jotun maxilite RM65 / 5 liter
Jotun easy RM85.00 / 5 liter
Jotun Weathershield RM125 / 5 liter

hampir keseluruhan dicat

Kawasan Kabinet Tv yang dicat Incik Hubby

Cantik sudah! X sabar nak memasukkan perabot baru yang nampak unik dan mewah.

Hidup pasti Luarbiasa,
MeaSalih

908115 | 013.222.02.40 
Shaklee independent distributor
Pakar ibubf Slimfit & kesuburan


No comments:

Post a Comment