Tuesday, May 20, 2014

Hadiah birthday sempoi - akuarium dan rak putih

Seingat saya sejak Ahad lepas 2 buah kedai akuarium kami terjah tapi xda yang dapat memikat hati kami untuk membeli. Kesian leloi kat umah lama, masuk bulan kedua kami tinggalkan dia. 

Leloi, seekor ikan kaloi sabah berwarna hitam. Dia bersama kami hampir 3 tahun. Rasanya dah besar memandangkan kolam kayu tempat dia duduk dah nampak cetek. eh barangkali dia yang besar sebab sirip atas dia dah boleh nampak di permukaan air.

Dia suka menyorok belakang pokok keladi air.

So sempena birthday papa, Mama pun memulakan misi mencari rumah baru leloi yang comel tapi garang itu.

Kaloi Sabah - kawan si Leloi Papa
Kenapa garang? 
Dah 4 kali beli ikan puyu semua mati keluar dari kolam, begitu juga ikan koi. bila dicari dalam kolam tak ada, rupanya membusuk tepi kolam. Kesian.

Dan semalam lepas kerja mama merayau mencari kedai Pak Tam di Seri Kembangan berdekatan Jusco Equine. Alhamdulillah ketemu dengan akuarium cantik berwarna putih, sama dengan konsep perabot rumah Mama, Tanpa fikir panjang terus bayar, Harga dalam lingkungan RM400-RM480 kerana ia sekali dengan rak, akuarium saiz 1.5 kaki x 2 kaki, penapis dan pokok hijau tu [ free je ]. 


Taraaaa.... cantik kan... mama masukkan dalam perut Che Vie, nasib baik muat. hehe...
Awal-awal call Papa, U tolong ambil Ammar & Annur ye... 

Haish suprise lagi.. 

Sampai rumah kerja mengangkut pula, nasib la duk apartment ground floor kan. mudah sikit kerja.  Angkatlah rak putih ke dalam. bila time nak angkat akuarium... oh mak aih... berat...

Biar dlu la tunggu Papa...

Assalammualaikum, Ammar beri salam...

Mama xleh nak suprise da senyum dlu.

Cantiknya, bila beli?

Kat mana?

Mesti mahal? Mama senyum jer...

U tolong angkatkan akuarium dalam kereta. birthday boy kena angkat. hahaha...

Thank You... Ciuman hinggap di pipi [ dalam mimpi je ] 

Sekian...


Monday, May 19, 2014

Surprise... Love.com.my yang hampeh...


16.5.2014

Niat di hati malas nak 'suprise' bagai. beli je dah siap kat kedai dan bagi tapi hati ini duk bergelodak nak buat something buat suami. Bukanlah nak meraih simpati bagaii tapi saja je gedik nak tawan hati.

ecehhhh hai...

Mulalah pencarian google kedai bunga online. bukan nak beli bunga tapi jambangan coklat dan teddy bear cute ada love... sayang laki ko.

Jumpa la page love.com.my. setelah mengisi form dan daftar penerima, teruskan pembayaran dibuat. Hati penuh yakin bila hubby balik ke office, chocolate bouquet ada atas meja. Bila ditanya pada officemates suami, tiada pun orang datang.

Website kedai bunga
Jam 9 malam, suami dapat panggilan telefon untuk menghantar barang dan mendesak meminta alamat. Hampagas betul. Kalau x boleh nak bagi services baik tolak je.

Jam 9 pagi keesokannya, sekali lagi apek tu call, mahu hantar.

Hantar jer la kat office. u ha jaga baik u punya bisnes... bla...bla...bla... marah gamaknya.

di pendekkan cerita, pagi isnin masuk je office, tengok ada whatsapp dari Mr Hubby. Oh sweet...

Surprise yang tak berapa nak surprise.
3 hari selepas birthday Incik Suami