Tuesday, September 23, 2014

Kulit Muka Sensitif dan rawatan dalaman Shaklee

Allahuakbar... Dah banyak kali saya cuba nak share tapi niat asyik selalu bertangguh dan terbengkalai. Tidak berniat memburukkan sesuatu produk kerana saya sedar saya memang mempunyai kulit muka yang sangat sensitif terhadap bahan kosmetik atau penjagaan wajah.

Boleh dikata kulit muka yg sangat manja. Saya share sedikit sejarah saya memakai produk. Saya tiada masalah kulit berjerawat atau kasar, jadi masalah mencari produk penjagaan wajah yg sesuai memang tidak menjadi isu. Saya start terbuka hati ingin menggunakan produk pd Oktober 2010. Lagi 2 bulan nak kahwin, kulit licin tapi sedikit kusam kerna x pernah pakai produk dan x pakai kosmetik. Keputusan disimpul dan saya membeli set penjagaan wajah Sendayu Tinggi Flawless.

Memang ada perubahan tetapi setelah berkahwin dan 2 minggu kemudian ada tanda2 kehamilan terus saya stop segala mak nenek pencuci hingga ke lipstick. Agak lama juga, dari hamil Incik Ammar hingga ke Annur dan melahirkan hingga Annur 11 bulan.

Haa... bermula la story mencari produk penjagaan bila Mr Hubby tegur, cam air liur basi di tepi mulut disebabkan kulit yg kering. Agak kritikal juga kerna kulit yg kering kontang. Duk survey sana sini, kemudian dipertemukan dengan set penjagaan wajah dari US. 6 bulan pertama pakai memg cun. Sangat berpuashati. Pada bulan ke 7 bila saya upgrade ke set yg lebih mencantikkan kulit, saya dapat masalah kulat.

Masalah kulat yg terjadi disebabkan produk penjagaan wajah yang tidak sesuai

Hampir sebulan lebih saya menghadapi masalah ini. Malu memang tak payah cerita. Bila orang tanya, kau langgar dinding ke?

Masalah kulat ini berulang sehingga saya rasa kecewa dengan keadaan wajah kerana sebelum ini saya tiada masalah seperti ini. Adakah kerana Shaklee?

Saya consume Shaklee hampir 2 tahun. Dan tidak pernah timbul masalah kulit. Sekiranya ada jerawat pn, kesannya akan pudar dalam masa 2 minggu.

Akhirnya saya stop menggunakan set penjagaan muka tersebut dan memulakan rawatan secara dalaman dengan Shaklee.

RAWATAN DALAMAN SHAKLEE UNTUK PENYAKIT KULIT MUKA SENSITIF
* Nutriferon - 2 stick setiap hari
* ESP - konsisten setiap hari sebelum breakfast
* GLA Complex - 3 biji sebelum tidur


Alhamdulillah, kesan di dahi yang bengkak telah surut dan tiada lagi mengelupas. Sekarang saya meneruskan minum ESP untuk mengembalikan tona kulit yang berkulat sebelum ini.

Sebarang pertanyaan dan perkongsian jika anda menghadapi masalah kulit yg sensitif, terus hubungi;

Salmeza Salih - 013.222.02.40
Shaklee Independent Distributor
Puchong - Bangi - Cyberjaya - Putrajaya
Free delivery * Free consultation * Free biz coaching

No comments:

Post a Comment