Monday, September 15, 2014

Laukku Cukup Masin

Lewat tiba di rumah petang ini...

Jika biasanya 25 minit perjalanan dari pejabat ke rumah, tetapi hari ini makan masa 1 jam 30 minit.

Selalu muka aku yg akan terpacak depan lif bila jam 5 petang tetapi tidak untuk hari ini kerna minggu depan seminggu boss ke oversea sempena cuti sekolah.

Jadi tepat jam 4.30pm aku dah berada di dalam bilik meeting. Beberapa topik perlu dibincangkan. Sejak berpindah ke pejabat yg lebih sofistikated, operasi syarikat juga berubah ke arah lebih positif dan berdaya saing. Dan yang paling penting bekerja di dalam satu pasukan dan lebih mementingkan  prestasi setiap pekerja.

Seronok? Pastinya. Aku suka bekerja di dalam suasana positif dan kritikan ke arah kebaikan. Dari situ kita belajar utk berubah utk lebih berdaya saing.

Meeting berjalan selama 1 jam. Selesai, ku lihat jam di dinding, seakan 4.39pm. Eh xkan lama berlalu br 9 minit jam bergerak. Tanpa membuang masa, terus ku lihat jam di hp.

5.39pm... oh Tuhan. Pasti terlewat utk ambil anak2 syurgaku, Ammar dan Annur.

Dalam perjalanan, jamm merata. Sebelum balik masih sempat untukku membuat pengeposan barangan kepada pelanggan bisnes onlineku.

Lega... hanya itu yg dapat ku rasa.

Jam di dashboard ku kerling sambil mengagak samada Mr Hubby da sampai ke rumah.

6.20pm...

U, dah sampai rumah?

Dah... (dari caranya menjawap ku dapat agak si dia sedang melepak di kerusi empuk).

U tolong ambil anak2. I lambat la. Tadi ada meeting.

Ok, jawapnya.

Thanks.

Sampai di rumah, senyap sunyi. Nak menelefon malas.

Badan yg letih direbahkan ke kerusi.

**********************

Maghrib menjelang...

Usai solat, Mr Hubby bersuara, laparlah...

Ok, tiba masanya ku bersilat di dapur.

Telur dadar dan sambal goreng simple ku hidang utk makan malam kami empat beranak.

Alhamdulillah...

Semoga rezeki yg dimakan berkat... amin...

Sang ratu,
Umi Hana

No comments:

Post a Comment