Wednesday, October 8, 2014

Tragedi Oktober - Erti sebuah pengorbanan

Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan seorang wanita yg amat disanjungi, biar walau bagaimana pn keadaannya.



Biar dia lebih berumur, tapi aku senang bersamanya, mendekati sebagai anak, kawan, pendamping, penguat semangat dan penasihat tetap tidak bergaji.

Sedih melihat apa yg berlaku, tapi aku cuba kuatkan hati utk meneruskannya sedangkan aku boleh sahaja tidak mengambil tahu.

Hari raya korban
Anak-anak sangat seronok sepanjang perjalanan. Diberitakan hanya kami tetamu yang hadir. Alhamdulillah. Niat di hati menyambut aidiladha dengan penuh ketenangan dan meriah.

Seawal jam 7 pagi perjalanan kami ke selatan sangat lancar.

Petang raya kami sibuk menyediakan juadah utk esok hari. Bersama-sama di dapur bekerjasama. Syukur kami dilayan sangat mesra biar hanya tetamu.

Tiada berkira dalam bersedekah
Seperti kebanyakkan keluarga, bila menyambut raya, tanpa perlu dipaksa atau dipinta, menyumbang sedikit dana utk membantu tuan rumah adalah satu sedekah utk meringankan kos-kos utk menyediakan makanan, bukanlah tuan rumah ingin berkira, tetapi sumbangan kita sangat besar bagi mereka. Biar tidak dibayar di dunia; ianya menjadi salah satu saham akhirat, dan seharusnya ia ikhlas bukan utk menunjuk-nunjuk dan riak.

Sedekah walau secupak besar pahalanya, inikan pula utk keluarga dan kaum kerabat. Itu dari fahaman kami suami isteri. Dan ianya bukanlah perkara besar utk kami kerana kami jarang menziarah. Sebulan dua kali pn boleh dikira memandangkan kami duduk di kota metropolitan.

Dan rupanya sumbangan secupak yang ingin dikumpul ketika aidilfitri juga menjadi isu.

Sedikit dialog antara ibu dan anak yang menyentuh hati. (Nama telah diubah utk menjaga identiti)

Zaini, makanlah dah ada di meja, kata ibu tua itu.

Ah, tak naklah nanti kena bayar, jawap anak itu.

Rupa-rupanya sumbangan aidilfitri sebelum ini yang dipinta utk tuan rumah dipertikai. Sumbangan itu bukan untuk yang mengeluarkan modal membeli (oleh Adik beradiknya). Tetapi membantu si ibu tua. Bukan utk dimakan sendiri.


Aku dapat rasakan semua anak tuan rumah bersekolah agama dan cukup terdidik. Sedih memerhati. Si ibu cukup tabah mengadap karenah anak yang tidak pernah menghargai. Aku tahu pedihnya hati si ibu. Allahuakbar.

Komplot berantai ipar duai
Aku juga mendengar khabar angin, sejak peristiwa meminta dana sumbangan utk sambutan perayaan meringankan perbelanjaan, seakan ada komplot berantai utk tidak membantu si ibu tua menyediakan hidangan di dapur di kalangan menantu. Benar atau tidak, wallahualam.

Ah parah sungguh hati anak2 tersebut. Agak panas hati ini tetapi cuba ditenangkan jiwa.

Siapakah ibu tua itu? IBUMU dan IBU MERTUAMU!

Aku dapat rasa sekali lagi hati ibu itu tercalar tetapi cuba ditutupi dengan senyum manis kerana perasaan gembira kehadiran anak cucu di hadapan mata yang jarang sekali berjumpa.

Allahuakbar.

Pergorbanan tak bertepi
Sekali lagi seakan aku diduga di hadapan mata. Allah SWT ingin menduga kekuatan mental dan hati aku.

Di malam pertama, tika mata ingin terlelap, terdengar kesak- kesek, rupanya si ibu tua menyediakan tempat tidurnya beralaskan kain batik, bantal dan selimut nipis di sofa berdekatan tempat kami tidur.

Mengapa dia di situ?, hatiku tertanya- tanya.

Meruntun rasa hati bila melihat si ibu tidur di kerusi hingga ke pagi, sedangkan anak dan menantu yang disayangi tidur di katil empuknya di bilik. Allahuakbar. Sejauh itu pengorbananmu wahai ibu.

Rasa hati yg x keruan menyebabkan aku rasa x enak tidur. Kami sekeluarga sememangnya memilih tidur di ruang tamu memandangkan lebih selesa utk kami 4 beranak.

Ku ingat ianya hanya sementara... rupanya hujan di tengah hari.

Malam kedua kami diduga.

Jam menunjukkan jam 11.30malam, aku dah dapat agak ibu dan bapa tua ini akan tidur merempat di rumah sendiri, si suami di kerusi depan tv manakala si isteri di kerusi ruang tamu kedua. Lalu tilam yang kami ada, aku sediakan utk ibu dan bapa tua ini.

Ku sarung tilamnya, ku hampar toto supaya lebih tebal, 2 biji bantal juga selimut.

Lalu si bapa tua merebah diri utk tidur dan baring sambil melayan telefon bimbit. Tidak lama kemudian, datang si ibu tua dan menarik toto yang dibaring suami.

Bangun, saya nak toto utk diberi kepada anak, kata si isteri.

Lalu berlakulah sedikit pertengkaran hanya kerana si ibu lebih mementingkan keselesaan anaknya. Si bapa tua mengambil selimut dan bantal yang ada dan kembali ke kerusi di hadapan tv. Tilam yang ku hampar hanya terbiar.

Allahuakbar, kuatkan jiwaku... suami cuba meredakan api kemarahan yang mulai membakar di jiwa.

Si ibu tua pergi mendapatkan si anak, kemudian kembali mengambil sisa selimut dan bantal dan kembali di sofa tempat beradunya semalam.

Ku pandang dalam kelam malam dengan hati yang membara...

Akhirnya keluarlah perkataan yang lama kupendam.

Kenapa dalam rumah sendiri nak merempat?

Apa lebihnya si anak hingga mengajarnya menjadi biadap dengan mengambil bilik tidur orang tua?

Ibu tua hanya menjawap, biarlah, jangan marah nanti ada yang merajuk, jawapnya lembut.

Hargailah ibu yang melahirkan... tiba masa utk kita berkorban bukan hanya masa tetapi juga wang ringgit. Setiap satu ianya adalah sedekah.


Kerana sayangkan anak sanggup kurang adap dengan suami, sekali lagi aku bertanya.

Sedangkan nak masuk bilik orang tua pn ada adap perlu beri salam, ketuk, tunggu jawapan dan perlu lihat masa, inikan pula macam ni, jeritku.

Mengambil bilik tidur orang tua, mana perginya akal.

Aku hilang pertimbangan sebagai tetamu.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mengemas segala pakaian dan peralatan kami anak beranak. Tanpa berkata walau sepatah.

Anak yang tidur ku angkut ke kereta yang telah ku hamparkan toto di bahagian belakang.

Jam 12 malam, dalam sendu dan rasa tidak puas hati kami meninggalkan selatan tanah air. Suami mendiamkan diri sejak tadi dan hanya menurut. Aku meninggalkan pergi bukan cemburukan kami tidak dapat bilik yang privasi tetapi kami rasa kami tidak patut menumpang di situ.

Biarlah mereka tinggal dalam perasaan tertanya- tanya sehinggalah ianya terbuka.

Buat para menantu, hormati ibu dan bapa mertua anda. Anda telah terdidik dengan baik oleh ibu bapa anda. Jadilah contoh terbaik dan anak yang membanggakan ibu bapa anda. Anggaplah keluarga mertua anda seperti ibu bapa anda sendiri. Tanpa mereka tidak wujudlah suami anda. Janganlah bermegah dengan apa yang anda ada sekarang hingga merendah-rendah serta menghilangkan rasa hormat anda hanya utk bersalam dengan adik beradik suami atau isteri anda.

Cerpen aidiladha 2014
Salmeza Salih
8/10/2014 9:18pm




No comments:

Post a Comment