Wednesday, February 18, 2015

Hidup seperti alunan ombak... Target Harus Ada...

Dalam hidup kena ada target, ada yang Allah izinkan kita laluinya, ada yang x. Dalm hidup tak susah pun if kita ikut flow, tapi lain org lain jalannya.

Saya set target dalam hidup sejak habis SPM. Mak paksa suruh amik STPM tapi saya agak fobia sbb hari pertama nak daftar da accident terseret motor habis baju koyak rabak. Lutut xyah cakaplah, hancus... bonus plak tulang belakang terpeleot. Dapat la skoliosis - tulang unik.

Pahtu....

Dalam otak dah target, aku mesti sambung belajar gak walaupun ke kolej swasta, bermula la perjalanan hidup ambil diploma kat jb kemudian ijazah kat kl. Alhamdulillah lancar. Keputusan memberangsangkan. 3 pointer okler... dapat pulop PTPTN free. mekasih gomen. kalau idak, koyak poket den nak membayor RM60k. dah tua pun lum tentu habis. Baik beli umah, ye dak.

***********************************

Bila dah belajar dan habis, balik kampung terus dapat kerja, Alhamdulillah. terima je apa kerja yang mai. Rajin kerja ni. Target dapat la mengikat tali percintaan awal sementara kumpul duit. Hidup dah mula tersusun.

Cinta yang diharap x pula kesampaian. Redha dan frust.

***********************************

Abg2 semua kahwin umur 21 thn, alamak aku ni dah 23 tahun. nampaknya yg paling lambat kawin. bila x kesampaian, ada yg mai ajak datim. Nak menolak pelawaan dating, saje gatai cakap, Encik nak ajak keluar kena jumpa mak ayah la hantar cincin. Haaa ko... lelaki jangan dicabar, esok dia mai bawa cincin. Kan da, dia mai chop, nak wat camne kan, terima je lah. Ok hujung tahun kawin. Nampak mudah je flow kan, xda halangan, Alhamdulillah. Sebab percaya 1 perkara, JODOH YANG MAI LEPAS NI DARI ALLAH. Lantak pi la dari mana, siapa family dia. Yer la frust katakan. okeh habis. Cam org dolu2 kan. Yang nyata saya bersyukur kenal dengan Mr JA. Memg the best. Terima kasih, Allah.

***********************************

Dah kahwin sebulan, rezeki mai awal dapat la berita baik, Puan akan dapat cahaya mata. Org kata bunting pelamin. Honeymoon? x sempat. Begitulah sehingga lahir anak ke2.

Okay, apa lagi tak dak. Ooo saya blm ada aset. umur dah 27 tahun... Bila masanya nak cipta  miracle dalam hidup. mula la perah otak, jumpa pulop Shaklee. Alhamdulillah rezeki murah, dapat beli rumah dan kereta atas nama sendiri. dan ianya semua dalam progress... Syukur...

28 tahun... nak capai apa ya? teringin nak pi Mekah. harap dipermudahkan jalan saya. Ameen...

************************************

Hidup ini mudah je,., just follow step kehidupan. Jangan lengah2kan something yang boleh dipercepatkan, termasuklah keputusan yang perlu dibuat. Selagi kita bergantung dengan Tuhan, Insya Allah, semua akan smooth je. Jangan fikir berat2 kalau orang x sudi terima kita, xyah bebankan otak mengharap dia kembali bawa bunga ros. Sebab kalau betul dia sayang kita dia akan pertahankan apa yang menjadi miliknya. Bukan membiarkannya pergi gitu jerrr... So adik2 mana yang belum jumpa jodoh ke, atau dah ada boipren gilpren tapi jodoh liat, serahkan pada Allah. Insya Allah.

Kerana Takdirnya... Ku rela kau pergi.... gitu....

Cinta pertama hanya satu...

Cinta sejati Insya Allah ke Jannah.



Kbai.